Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 1 Mac 2017

Mencari Barangan Parti Harijadi?


Assalamualaikum,

Pada yang masih tertanya-tanya aku menjual apa sekarang ini? Jawapannya masih lagi menjual barangan parti harijadi. Boleh like fanpage di sini : BARANGAN PARTI HARIJADI. Alhamdulillah, walaupun order tidak selebat rambut Arman ;P tapi bolehlah buat hidup Mekla huru-hara terutamanya apabila menumpang hari gaji uols :)

Sebenarnya seronok apabila kita dapat membantu ibu-ibu lain gembira. Iyalah, sekarang ni sudah menjadi trend kan buat sambutan majlis harijadi bertema-temakan watak kartun kegemaran anak-anak. Kalau takpun dah jadi kebiasaan anak-anak kita akan mendapat hadiah sempena harijadi anak-anak kawan mereka.

Macam anak aku yang ke 3 ni (Ashraf) boleh dikatakan setiap minggu pasti akan dapat hadiah daripada kawan-kawan sempena meraikan majlis harijadi anak-anak mereka. Ada yang menghantar kek ke sekolah, ada yang buat pulut kuning dan ada juga yang bagi goodies bag yang terdiri dari macam-macam hadiah seperti set alat tulis, cawan, jam tangan dan buku mewarna. Tak salah pun, asalkan benda-benda ini mendatangkan faedah dan kegembiraan buat anak-anak. Betul tak?

Kalau uols (bahasa hispter sangat ni) mahu mencari set barangan parti harijadi ke, mahu mencari set alat tulis ke belon harijadi ke atau makanan untuk diisi ke dalam goodies pack anak-anak, boleh hubungi Mekla di Whats App 012-970 6828. Jangan telefon lah sebab setiap masa Mekla sibuk menjadi supir ke hulu ke hilir menghantar anak-anak dan mengambil anak-anak ke sekolah. Jadi, Whats App duu kemudian Mekla akan balas sejurus ada kelapangan masa. Boleh like dulu fanpage dan riki-riki apa yang ada :)


Biskut kraker ni memang sedap. Kalau nak masukkan dalam goodies pack memang berbaloi-baloi


Gambar kiriman pelanggan dari Johor memilih tema Spiderman. Banyak juga pelanggan ni beli sebab tengok macam meriah majlisnya :)


Cawan Spiderman disertakan sekali dengan Vitagen. Bagus tu


 Yang ini pelanggan dari Johor juga memilih tema Frozen. Sebenarnya yang ditampal tu adalah alas meja, kreatif kan? Dekorasi ala budget pun hasilnya menakjubkan :)


Yang ini pelanggan dari Brunei. Fuuh sangat mencabar sebab pertama kali dapat bayaran melalui bank dari sana. Apa-apa pun syukur rezeki mereka dapat bergembira dengan barangan parti harijadi yang dibeli dari Mekla. Rezeki Mekla juga, dapatlah buat bayar bil telefon ni T____T"

Oklah, nak ambil anak-anak pula. Kalau berminat nak beli apa-apa Whats App ke 012-970 6828 ya. Bye!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^