Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 9 Mac 2017

Tukar Header Blog Sempena Hari Wanita 2017


Assalamualaikum,

Bersiaran lagi hari ini :) Selamat menyambut hari wanita sedunia semalam (08/03/2017) kita semua memang wanita hebat tak kira apa jua latarbelakang pendidikan dan pengalaman hidup. Syukur sangat-sangat Allah jadikan kita wanita sebab dengan menjadi seorang wanita kita dapat merasai penat lelah mengandung, melahirkan anak dan perasaan kasih sayang geram bengkak hati dengan perangai anak-anak :P

Sempena hari wanita, aku juga ambil peluang tukar "header blog" setelah hampir 2 tahun lebih menggunakan header lama. Macam biasa, hasil kerja Puan Suhaida (klik facebook Suhaida Sue) dan untuk hasil macam ni mestilah berbayar kan. Jangan ingat nak FREE aje *kah*kah* Kalau aku buat sendiri header tu mungkin uols lagi menyemak tak nak tengok &tutup muka*

Abaikan gambar famili masa raya tu, gambar itu sahaja yang ada anak-anak semua, tunggu 2 tahun lagi Insya Allah kalau panjang umur bolehlah tukar header baru lagi. Sudah semestinya gambar raya juga dan kalau ada rezeki mesti ahli keluarga juga bertambah *kah*kah* Stetmen berani sungguh! Apa-apa pun kita berserah pada Allah kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat aku dan keluarga. Memang anak-anak kecil ni memenatkan tapi sekarang alhamdulillah dah rasa ringan sedikit sebab Haziq & Husna banyak membantu.

Oklah, hingga berjumpa lagi. Sekarang ni tak tahu nak sembang apa sebab masa nak menulis pun sangat terhad cuma insya Allah aku akan cuba untuk update setiap hari. Bye!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^