Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Philips Iron Steamer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Philips Iron Steamer. Papar semua catatan

Khamis, 13 April 2017

Terpaksa Kongsi Kebaikan Produk Philips Seterika Perfectcare Aqua

Assalamualaikum,

Suka betul bila bulan ini ada ramai kawan-kawan yang mendapat seterika ajaib Philips ni. Takdelah ajaib sangat, cuma kalau dengan kehadiran benda alah ni kerja menggosok memang akan cepat sikit berbanding biasa.

Pendek kata tiada stress-stress nak tekan seterika. Ya Allah bertuahnya kita kan? Kalau dulu Mekla ingat lagi mak guna seterika arang untuk gosok baju. Nak kena panaskan arang dulu baru bubuh dalam seterika tu. Eh mana lah perginya barang antik tu? Dulu kat rumah mak di kampung ada tapi rasanya dah kena jual oleh mak T___T"

Mekla terpaksa kongsikan kebaikan atau keseronokan kawan-kawan bila mendapat iron tersebut.


Kalau dah beli dapat sekali dengan iron board, kalau beli kat kedai elektrik tak akan dapat iron besar gabak kalah papan peluncur ni. Tapi besar-besar gabak pun utuh tau, made in TURKEY lagi (terperasan kat kotak) Ha ha ha


Yang ini pengakuan dari kawan di facebook. Mekla tak minta pun cuma tiba-tiba beliau komen di gambar tersebut. Alhamdulillah seronok kan? Teruja pun iya :)


Jangan tak tahu, orang lelaki pun mengaku mudah gosok baju. Abu Huzaifah tu suami anak buah Mekla, dia seorang cikgu. Haaa cikgu-cikgu memanglah sesuai terrr


Janganlah tanya Mekla apa beza dengan laman sesawang hak lain seperti Gasaklah, Lazakdar atau 12Jalan jual, Mekla tak reti tau. Mekla hanya tahu jual apa yang Mekla tahu dan pakai. Alhamdulillah sudah hampir 2 tahun guna tapi Mekla dapat siri sebelum siri terbaru. Siri terbaru bestnya ada safety lock, kiranya tak akan terjatuhlah seterika tu. Tapi kan, jujurnya lah sepanjang guna hak siri lama pun tak pernah seterika tu terjatuh. Paling Mekla suka kalau letak lama-lama atas iron board pun tak terbakar sebab seterika ni ada auto shut off kalau tak digunakan dalam masa tertentu dia akan OFF sendiri tau. Selamat kan?

Kalau nak beli boleh hubungi Mekla di Whats App 012-970 6828. Harga memang agak "terkejut" tapi Mekla dah biasa dengan harga begini. Bak kata orang tua-tua "Alah membeli menang memakai" Insya Allah. Kalau rosak pun boleh baiki sebab pusat servis ada di mana-mana di sekitar Malaysia.

Jangan lupa ya, Whats App 012-970 6828 tau. Nak join kutu pon boleh ajeee :)

Sabtu, 1 April 2017

Penangan Seterika Ajaib, Ramai Yang Tak Stress Bila Gosok Baju

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah memasuki bulan April. Kejapnya masa berlalu kan? Bulan April ni ada promosi dari Amway untuk mereka yang berkeinginan memiliki seterika ajaib. Eh bukan aku yang bagi gelaran ini tapi orang-orang kat luar sana tau. Tapi memang best sangat bila dah ada seterika ni, alhamdulillah setahun lebih dah aku beli. Zaaaas zaaas gosok baju sekejap aje tapi malas tu tetap malas tapi kalau dah buat tak terasa sangatlah tahap stress nak pusing-pusing baju untuk elak berkedut.

Kalau bab harga tu memang ramai yang TERLALU BERKIRA tapi percayalah, tutup mata sekejap waktu bayar tu. Insya Allah sangat-sangat memudahkan kerja uols. Ibu-ibu berkerjaya, ibu-ibu yang punyai anak ramai bersekolah, ibu-ibu yang kerjanya pakai uniform kain keras, elok sangatlah beli tau. Alhamdulillah setakat ni, ramai kawan-kawan Mekla yang berpuas hati guna seterika ajaib ni. Ada yang hadiahkan untuk suami (wah! kerlas kau jangan tak tahu), ada yang hadiahkan untuk diri sendiri juga. Mekla pun gigih usaha kumpul duit buat bayar dan ehem ehem itu kira "harta buruk" untuk diri sendiri juga tapi syukur sangat ada gadget inilah yang sangat membantu memudahkan urusan kerja menggosok baju sekolah anak-anak & suami ;)


Tengok! Kawan Mekla cakap takde nak stress dah gosok baju, kalau baju nipis tu sekali gosok je tak payah nak terbalik-balikkan dah. Kalau baju yang kedut seribu tu sekejap aje boleh hilangkan kedut, kalau baju yang bersulam permata jangan risau "batu permata palsu" tu tak akan rosak dan seterika pun tak rosak juga. Mudah kan?


Bulan April ni siap ada FREE GIFT dari Amway tau. Selalunya mereka yang beli memang akan dapat papan gosok baju dari Philips dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, ini kita bagi extra lagi (tapi dengan syarat beli tunai ya). Bulan puasa dah nak dekat, elok sangatlah beli sebab nanti bawa balik kampung mudah nak gosok baju raya untuk satu kampung. Kah kah kah


Terliur tak? Silakan terliur dan cepat hubungi Mekla untuk pembelian. Barang bagus sudah tentulah cepat habis, jadi cecepat GRAB sebelum kehabisan stok tau. Whats App 012-970 6828 sekarang untuk sebarang pertanyaan harga :)

Iklan sat :


Berminat untuk tambah pendapatan dengan Amway boleh hubungi Mekla ya :)

Rabu, 29 Mac 2017

Resepi Mee Kari Seafood Sedap


Assalamualaikum,

Lama tak kongsi resepi di sini, maklumlah nak luangkan masa untuk menulis pun agak "bercinta". Jadi dikesempatan waktu yang ada ni, sempatlah aku taip resepi mudah mee kari seafood yang sedap. Ha ha ha Mekla kalau masak selalu puji sedap padahal kalau orang lain makan biasa-biasa aje tapi pujian sedap tu datang dari suami dan anak-anak, si penghuni setia cafe mama Zaila ;)

Tempohari aku pernah makan mee kari seafood di Restoran Mohd Chan, biasalah apabila balik teringat-ingat dan kebetulan terbeli isi kerang yang sudah dikopek di Pasaraya Segi Fresh, terus berhajat untuk buat mee kari. Oh! Sebelum itu kena tunggu angin rajin datang dulu sebab mee kuning tu aku buat sendiri dengan menggunakan #NoxxaNoodleMaker, garam, serbuk kunyit (untuk warna), minyak dan air sahaja. Mudah kan? Berminat untuk beli NNM boleh terus Whats App aku di 012-970 6828. Nak beli secara bayaran bulanan pun boleh :) *wah! Sempat lagi kau iklan ya noks!

Ok sambung kepada resepi mee kari mudah :

Bahan-bahan tiada sukatan tepat, sekadar anggaran sahaja :)

- 7 ulas bawang merah yang kecil *
- 3 atau 4 ulas bawang putih *
- 2 inci halia * mayang halus bahan bertanda *
- Rempah 4 sekawan (bunga cegkih, bunga lawang, kayu manis dan pelaga) tapi aku bubuh mana yang ada kat dapur je
- segenggam daun kari (sedih sebab belakang rumah takde pokok kari jadi gunalah daun kari kering yang ada kat dalam peti sejuk tu)
- 3 sudu serbuk kari ikan (serbuk kari ni aku beli di Kelantan cap jam) Kalau nak pekat mungkin boleh lebihkan tapi sebab keluarga Mekla semua tak suka pedas maka berpada-pada dalam memasukkan serbuk kari ;)
- Santan pekat dalam 2 cawan dan air dalam 2 cawan (kalau nak kuah banyak lebihkan air tapi tengok juga, jangan sampai cair sangat nanti orang kata kedekut santan pula)
- Isi ayam potong kecil, kalau nak best ambil yang bahagian bertulang
- 1 peket kepingan kek ikan (potong pendek)
- 1 peket tauhu kering (apa ke namanya tauhu pok ya?)
- 1 peket bebola ikan
- 1 mangkuk udang saiz besar
- isi kerang yang telah direbus (aku tak rebus pun cuma lepas masukkan tu pastikan sudah masak baru tutup api)
- 1 keping asam keping
- garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan sampingan :

- telur direbus dan belah dua
- bersihkan sawi dan celur sekejap
- mayang halus cili merah
- bawang goreng

Cara-Cara untuk membuatnya :

- Panaskan minyak di dalam periuk (kalau ada periuk belanga tanah liat lagi best), kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan dan daun kari dahulu sehingga layu.
- Masukkan pes serbuk kari ikan yang telah digaul dengan air
- Masukkan isi ayam, dan santan pekat, asam keping dan air
- Masukkan isi udang, bebola ikan, kek ikan, tauhu pok dan kerang
- Perisakan dengan garam & gula
- Apabila sudah mendidih dan yakin dengan rasanya, tutup api
- Masukkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan masukkan sawi, cili merah dan telur rebus ke atas mee tersebut
- Curahkan kuah yang mengandungi isi ayam, bebola ikan dan isi udang yang segar

Wallah selamat mencuba :)

Iklan sebentar


Bulan ini ada promosi gadget best yang bantu cepatkan kerja menggosok tau.Tak percaya? Baca pengakuan ini >> MUDAHNYA GOSOK BAJU. Yang bagusnya beli seterika dapat tempat menggosok sekali dengan hadiah juga. Siapa nak beli boleh terus Whats App ke 012-970 6828 sekarang. BULAN APRIL SAHAJA tawaran yang ada tau!

Rabu, 2 Mac 2016

Mudahnya Gosok Baju Dengan Philips Seterika PerfectCare Aqua System

Assalamualaikum,

Sejak dua menjak ni ramai pula yang Whats App bertanyakan tentang pengalaman aku menggunakan Philips seterika PerfectCare Aqua System ni. Maklumlah, sudah hampir 7 bulan kami menggunakan khidmat seterika ini. Kalau dulu punyalah susah dan paling tak suka gosok baju tapi sekarang ni boleh santai-santai je gosok baju untuk stok seminggu (tapi tetap tak suka gosok baju) T___T"

Pendek kata ianya memudahkan dan menjimatkan masa menggosok. Tak payah nak tekan kuat-kuat semata-mata nak bagi ada "side". Yang kelakarnya en suami pernah cakap selama dia bekerja inilah pertama kali seluar dia pakai pergi kerja ada "sideline" HA HA HA Nampak sangat sebelum ni gosok ala kadar je (sebab malas).

Alhamdulillah bulan lepas ada seorang pembaca blog ini yang menghadiahkan seterika ini buat suaminya. Haaaa sayangkan suami silalah belikan gadget yang berguna, ini barulah isteri yang bijak :) Sebabnya nanti memudahkan kerja isteri juga untuk menggosok sebab gadget macam ni memang kita akan gunapakai selalu di rumah. Ke ada yang tak gosok baju untuk ke pejabat atau sekolah? T___T"

Selalunya yang WA mesti akan bertanya apa beza yang aku jual dengan yang kedai jual. Seterika yang ini sebenarnya edaran Amway dan sebagai ABO (pengedar Amway) aku memang boleh jual seterika pada harga pasaran atau mungkin kalau nak bagi diskaun sikit-sikit ke bolehlah, ianya tak sama dengan yang kedai elektrik jual sebab siri ini telah direka khas untuk edaran Amway sahaja. Memang akan ada adik beradik yang muka sama dengan seterika ini di kedai eletrik Achong tapi yang ini kapasiti air adalah 2.5 liter tak akan sama dengan kedai Achong yang kapasiti mungkin dalam 1.7 liter yang harganya jauh lebih mahal dari yang ini. Jadi, tak salah kalau nak buat perbandingan dan banyak bertanya ya :)


Yang bagusnya kalau kita ni pengedar Amway (ahli Amway) penghantaran percuma terus ke alamat kita dan dapat pula PERCUMA iron board yang besar gabak tu. Sesuai sangatlah untuk gosok baju jubah atau kemeja sekali letak tak payah nak terbalikkan dah. Best kan? Member aku yang baru dapat pun cakap senang nak gosok baju untuk bekalan seminggu. KAlau dulu bercinta lah nak siapkan (itupun terpaksa layan drama Korea) tapi sekarang ni sekejap aje dah siap. Pendek kata tak sempat nak habis satu drama Korea tu :P


Oklah, kalau cakap banyak pun tak guna juga. Boleh Whats App 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan. Untuk pengetahuan, boleh juga sertai skim bayaran kutu / ansuran sekiranya tidak mampu nak beli secara tunai. Pendek kata, wajib ada bagi setiap rumah terutamanya rumah mereka yang mempunyai ramai anak untuk ke sekolah atau mereka yang pakai uniform seperti abam askar yang sado atau akak misi yang solid tu. Nanti mudah je keje menggosok baju uniform tau.

Oklah, hingga bertemu lagi. Bye!

Rabu, 18 November 2015

Rahsia Cepat Siapkan Kerjarumah




Assalamualaikum,

Haritu ada seorang pembaca Whats App aku bagaimana untuk cepat memasak atau lebih kurang nak tips masak cepat (kot). Lupa dah sebab lama sangat, hari ni baru teringat nak kongsikan tips-tips cepat untuk siapkan kerjarumah. Mula-mula tu aku nak jawab "Belilah Noxxa, sebab memang cepatlah siap masak" tapi kan nampak sangat menjual jadi aku hanya jawab "Nanti saya kongsi di blog".

Antara salah satu rahsia untuk cepat memasak dan siap memasak adalah dengan melaburkan duit ke atas gadget-gadget dapur yang memudahkan kita. Bukan apa, bagi aku tak salah kerana memang terbukti cepat dan mudah. Terutamanya buat ibu yang bekerja, waktu adalah emas sebab setiap hari memang wajib nak sediakan banyak benda kan? Sekarang ini setiap pagi telefon aku mesti berbunyi sebab ada ahli-ahli geng Noxxa "tunjuk" hasil masakan masing-masing. Dalam gambar di atas, bihun goreng hanya mengambil masa 2 minit sahaja untuk disiapkan (separuh peket bihun jenama Faiza). Kalau masak atas dapur gas rasanya lebih dari 2 minit nak tunggu bihun betul-betul masak kan?

Lagi satu rahsianya adalah masak dengan banyak kemudian simpankan dalam bekas di dalam peti sejuk beku (freezer) dan siap dengan label. Contohnya masak kari ayam, kalau masak dalam Noxxa memang banyaklah dapat dan selalunya aku akan asingkan dalam bekas lain kalau tak habis dan simpan dalam freezer. Bila ada masa nak cepat boleh panaskan aje lauk tu dalam Noxxa (noja lagi!). Dengan cara ni dah jimat banyak masa memasak ye tak? Lagipun Noxxa mempunyai 7 fungsi dala satu iaitu boleh menggoreng (menumis), memanaskan dan macam-macam lagi. Nak tahu lebih lanjut, silakan WA ke 012-970 6828

Untuk memudahkan lagi proses memasak, kalau boleh bahan-bahan mentah seperti ayam, ikan atau makanan laut tu buatlah dalam plastik untuk sekali masak (aku selalu letak dalam plastik putih yang bungkus lauk tu sebab murah). Apabila nak masak keluarkan dan campak dalam Noxxa aje. Eh Noxxa lagi :P Maksud aku, keluarkan siap-siaplah bila nak masak, takde lah nak menunggu lama untuk bahan mentah tu defrost (cair) baru boleh masak. Tapi sebenarnya kalau guna Noxxa memang boleh terus masukkan yang dalam peti ais dan masak. Adalah fungsi-fungsi yang boleh digunakan, yang pasti memang mudah memasak!

Rasanya itu sahaja rahsia untuk cepat memasak. Satu lagi pesanan buat para suami tu kalau isteri nak beli gadget dapur yang dirasakan mahal janganlah berkira atau kedekut sangat sebab ianya akan memudahkan kerja si isteri juga. Bayangkan isteri balik kerja pejabat kemudian nak masak lagi (uols juga yang nak makan) pastu nak siapkan anak-anak lagi. Hermm kesian isteri tau:P

Kisah aku beli Noxxa ni pun sebenarnya en suami tak tahu, beli melalui kawan dan main kutu. Bila dapat barang terus guna, setiap hari masak dan tunjukkan betapa mudahnya memasak menggunakan periuk ni. Nasib baik en suami tak marah (iyalah sebab guna duit aku sendiri) dan selepas itu aku terjebak beli seterika Philips yang macam dalam gambar di bawah ini pula :




Ikutkan harga tu memang fikir sepuluh kali (sebab cecah ribuan ringgit) tapi apabila memikirkan seterika rumah yang dah nazak dan dapat tahu pula ianya memudahkan kerja menggosok (kerja rumah paling tak suka sekali) maka aku pejamkan mata juga beli 4 kali bayar. Fuuh berpeluh-peluh juga nak membayar tapi alhamdulillah dah langsai dah pun semuanya.

Point aku di sini adalah jangan kedekut untuk melaburkan duit pada barang yang memudahkan kerja seharian kita. Setiap barang yang mahal itu sudah pasti ada kebaikan atau kelebihan berbanding produk yang murah atau biasa. Blogger femes Redmummy pun dah guna seterika Philips yang ni tau. Boleh baca link entri di sini : http://redmummy.com/category/philips/ tapi dia bukan beli dengan aku. He he he Cumanya nak minta uols baca kebaikan dan kelebihan produk ini. Dah macam goreng pisang aje produk ni cepat habis di pasaran. Kalau nak beli boleh WA aku laju-laju di 012-970 6828.

Oklah, nanti ada masa aku share lagi rahsia cepat siapkan kerjarumah menggunakan produk lain pula. Jadi surirumah zaman sekarang kena bijak sebab masa terlalu berharga buat kita semua. Tambah-tambah surirumah sekarang bukan hanya jaga pakai makan anak tapi ada juga yang sibuk berniaga tambah pendapatan keluarga sekali. Haaa nak tahu bagaimana cara aku jana pendapatan hanya dari rumah? Wasaplerr 012-970 6828. Bye!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^