Sekejap je sudah nak masuk ke tahun 2018 kan? Cuti sekolah kali ini aku agak pancit sedikit memandangkan en suami sibuk dengan kerja dan segala urusan anak-anak aku seorang yang kena aturkan. Boleh bayangkan tak aku bertukar jadi ghimau, naga malah hantu setiap hari. Ha ha ha Nasiblah jadi seorang mak anak ramai. Sudahlah ada 6 orang untuk dijaga, hak dalam perut pun boleh tahan aktifnya juga.
Minggu pertama cuti sekolah memang banyak rehat kecuali Haziq & Husna yang kami hantar ke kem solat di sekolah mereka. Selepas kem, maka huru-hara lah kehidupan Mekla T___T"
Tapi hidup mesti diteruskan, rutin harian aku adalah memasak, memasak, memasak dan mengamuk. Eh! Sesekali keluar bawa anak-anak ke pasaraya dan Plaza GM Klang untuk mengambil stok. Itu ajelah, kalau nak pergi jauh-jauh memang tak daya lah nak melayan karenah mereka semua.
Gambar kejadian ni waktu aku bawa anak-anak ke Aeon Big. Masa ni beli barang baby sikit-sikit. Boleh tahan juga ya harga barang baby sekarang ni. Beli mana yang wajib ada je dulu. Sesambil tu, terbeli juga DIY rak baju dan buku untuk diletakkan di bilik Husna. Maklumlah bilik dia macam kusam je, jadi saje beli barang sket untuk kasi lebih ceria. Nak bagi semangat untuk anak dara supaya nanti akan tidur dalam bilik dia sendiri tahun depan. Sekarang ni Husna tidur dalam bilik anak-anak laki atas alas an bilik ni takde penghawa dingin. Alahai anak, macam-macam kan alasan?
Rak baju 2 lapis tu aku beli pada harga RM37.50 sahaja. Rak buku pula RM19.90. Semua ni Haziq yang pasang sendiri. Lega bila dah ada sorang lagi tukang DIY kat dalam rumah ni. En suami memang sibuk dengan urusan kerja, hari-hari balik lambat dan kalau nak tunggu dia pasang, alamatnya mereput dululah rak kayu tu. Ha ha ha
Seronok juga bila shopping barang-barang baby ni. Boleh pilih ikut suka aje tapi sudah tentulah tak boleh lebih dari budget.
Gambar ini pula bila pergi setelkan bayaran buku sekolah Haziq dan Husna, belikan baju sekolah. Ya Allah terasa lajunya duit mengalir bak air sungai deras sewaktu banjir. Ha ha ha Tapi demi anak-anak, pejamkan mata aje. Syukur pada rezeki Allah bagi buat mereka, kami ni hanya menumpang aje.
Semalam siapkan senarai yuran dan komitmen bulanan untuk semua anak-anak. Maklumlah anak ramai ni kadang-kadang terlepas pandang pasal yuran. Haritu insuran Aaliyah sampai tak bayar 2 bulan sebab dok terlebih bayar kat Arman Hakeem. Memang haru-birulah kan? Harapan aku, kalau buat macam ni moga lebih tersusun dan senang nak lekat segala nota atau memo pasal anak-anak.
Gambar kejadian pagi tadi, pergi beli buku sekolah Ashraf di koperasi sekolah. Ikutkan, Ashraf merupakan anak pertama yang masuk ke sekolah kebangsaan, memang banyak yang aku tak tahu. Nasib baik hari ni tergerak hati mahu pergi selesaikan bayaran buku, baru tahu kena beli tali leher dan baju sukan kat koperasi sekolah. Petang ini juga aku selesaikan pendaftaran sekolah agama Ashraf. Memang lari dari perancangan asal sebabnya aku minta sekolah lain tapi dapatnya sekolah lain. Jadi, terpaksalah cari sekolah agama belah petang sebab sekolah kebangsaan belah pagi. Ada hikmahnya juga sebab dua-dua sekolah ni takdelah jauh dari rumah cuma tak tahulah macamana tahun depan nak hadapi proses mengambil dan menghantar Ashraf ke sekolah. Yang sekarang pun rasa macam nak tercabut nyawa dah. Hu hu hu
Tahun 2018 4 orang anak aku akan bersekolah, Haziq pula nak UPSR, Husna dah masuk darjah 4, Ashraf darjah 1 dan Azzam pula masuk tadika. Bertabahlah kami laki bini nak hadapi kehidupan tahun depan. Dengan adik baby no 7 lagi. Allahu, tak tahu nak cakap apa cumanya perlu banyak berdoa jelah, moga Allah mudahkan segala urusan kami. Sejujurnya memang takut tapi terpaksa kuatkan semangat demi anak-anak. Moga Allah murahkan lagi rezeki kami laki bini dalam membesarkan mereka.
Semalam ternampak gambar ni Husna tempek di peti ais. Aku tempek dalam blog sebagai kenangan. Nak tergelak pun ada bila tengok gambar lukisan Husna ni, imaginasi seorang anak. Paling tak tahan bila puji mama terbaik di dunia dan gambar kurus aje, suka mama tengok tau walaupun hakikat mama di luar adalah 3 kali ganda membesar atau melebar :P
Semoga keluarga kami terus bahagia di bawah rahmat Allah selalu. Tahun 2018 ni terlalu banyak azam yang aku tulis tapi tak tahulah mana satu yang akan tercapai. Biasalah, awal tahun semangatnya lebih sket, cuba masuk pertengahan, mulalah merudum ke bawah. Ha ha ha
Oklah, hingga berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku. Pada yang tertanya-Tanya adakah aku masih mengajar kelas asas blog? Jawapannya tahun 2018 semoga lebih ramai surirumah yang boleh menjana duit hasil dari berniaga online melalui blog. Aamin. Buat suri bekerja juga, moga impian kalian untuk bersara awal akan termakbul. Semoga anak-anak kita mendapat sentuhan ibu mereka. Insya Allah.
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan