Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Selasa, 24 Julai 2018
Resepi Ayam Goreng 3 Sos Yang Mudah
Assalamualaikum
Sementara tengah rajin, jomlah kongsi resepi yang sangat mudah untuk dibuat ni. Sesuai untuk mak anak ramai yang selalu nak cepat atau sebenarnya malas nak masak beria sangat 😂😏
Bahan-bahan ;
- Ayam yang dah siap digoreng. Nak bubuh garam kunyit dulu kemudian goreng pun boleh tapi pastikan jangan letak garam banyak sangat.
- 3 ulas bawang merah, mayang siap-siap
- 3 tangkai cili padi (kalau nak guna cili merah besar pun boleh)
- 3 sudu sos tiram
- 3 sudu sos lada hitam
- 5 sudu kicap manis atau kalau nak berkuah lebihkan
- 1 cawan air panas
- sayuran ikut suka atau yang ada dalam peti sejuk
Cara-cara masak
- Panaskan kuali kemudian bubuh minyak sedikit, masukkan bawang merah dan cili padi tu goreng sekejap sampai kekuningan.
- Masukkan semua sos dan kacau. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau lagi.
- Kalau nak berkuah, masukkan air panas tu sikit-sikit. Kalau banyak air pun tak sedaplah, nanti jadi sup ayam pula 🤣🤣
- Masukkan sayuran. Haritu Mekla masukkan putik jagung dan kacang panjang je. Kalau lebih banyak sayur lagi meriah. Boleh masukkan cemdawan butang ke, lobak merah ke, tomato ke kacang buncis ke
- Siap!
Mudah kan resepi ni. Sesuai untuk mak-mak pemalas macam Mekla ni. Ha ha ha
Hingga berjumpa lagi. Bye!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan