Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan

Khamis, 9 Mac 2017

Tips Anjurkan Majlis Harijadi Versi Budget

Assalamualaikum,

Ada kawan bertanya "Macamana eh kau buat majlis, sudahlah masak sendiri lepastu ada anak kecil lagi?". Maka, aku pun terfikir untuk kongsikan tips untuk menganjurkan majlis harijadi versi budget. Biasalah, buat sekadar untuk suka-suka gembirakan anak-anak. Buat majlis budget ni jangan ada protokol sangat dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang ada seperti makanan tidak cukup atau makanan terlebih (yang ni takpe, boleh simpan dalam peti dan esoknya makan sampai lebam) :P

Ok pertama sekali kena pilih tarikh yang sesuai. Bila dah pilih tarikh tu dah boleh mula merancang menu, deko-deko sikit dan tempahan kek. Check it out ya :

1) Budget :

Kalau sudah namanya majlis budget maka janganlah berangan nak lantik "party planner" untuk majlis ini. Semuanya perlu disiapkan sendiri. Kalau tak nak rasa duit habis sedebuk, apakata barangan seperti goodies anak-anak, barang untuk deko-deko tu beli awal-awal. Boleh beli di fanpage Barangan Parti Harijadi (klik dekat link) sebab kat situ harga boleh tahan murah-murah dan kebanyakan tema kartun seperti Avengers, Frozen, Pokemon, Ultraman, Cars dan macam-macam lagi pun ada. Lepas tu sediakan budget untuk kek juga sebab kalau majlis harijadi takde kek tak bestlah kan. Kalau nak jimat boleh buat sendiri tapi kes aku ni Husna nasihatkan "mama beli aje sebab mama tak pandai buat kek" Ha ha ha

Untuk majlis ini aku tempah sebiji kek seberat 2kg, kalau beli kek kecil pastikan beli  2 biji atau lebih. Nanti tak cukup kesian pula tetamu. Untuk beli bahan-bahan mentah tu peruntukan dalam RM200 dan RM100 untuk beli barangan seperti pinggan mangkuk plastik, cawan, sudu garfu dan plastik sampah. Sebenarnya tak sampai pun kalau tahu beli di tempat yang murah.


Maaf gambar blurlah pula


2) Menu : Selalunya majlis harijadi orang akan buat waktu petang jadi boleh sediakan pasta seperti makaroni goreng atau bihun goreng atau mee goreng tapi aku derhaka haritu sediakan menu nasi kerabu dan kue teow goreng. Maklumlah nasi kerabu ni "all time faveret" bila buat makan-makan mesti ada menu ini. Sihat lagi mudah! Caranya aku siapkan bahan-bahan kering seperti sambal nyior tu pada malam sebelum majlis lagi. Pada hari kejadian hanya sediakan nasi (masak dengan Noxxa Pressure Cooker 8 min sahaja uols) dan ulaman hiris banyak-banyak terus. Untuk lauk aku beli 2 ekor ayam untuk goreng sahaja. Kata versi budget kan :P Untuk anak-anak pula siapkan keropok goreng dan nuget serta air koktel. Budak-budak main je lebih :) Tapi untungnya haritu kakak ipar datang bawakan kuih, ada yang bawa buah-buahan, sosej dan anak-anak buah pula siapkan air minuman detoks, maklumlah kami buat majlis sampai ke malam disusuli dengan bbq bersama keluarga :)

Kalau nak bagi mudah, sila buat senarai bahan-bahan mentah dan kering untuk dibeli siap-siap. Jadi bila keluar membeli barangan tu takdelah terambil benda yang tak diperlukan. Ingat, versi budget kena ikut budget betul-betul :)


Menu nasi kerabu 

3) Lokasi tu sudah semestinya rumah sendiri lah kan, jangan berangan pula nak buat di hotel atau kolam renang atau dewan (kecuali kalau ada orang yang sponsor). Jadi, pastikan kerusi dirapatkan dan ada ruang kosong untuk anak-anak duduk bersila. Meja untuk letak kek pun jangan letak sekali dengan meja makanan nanti serabut. Maklumlah zaman sekarang orang ada buat "candy buffetlah apa" tapi aku tak buat pun. Hanya sekadar buat dekorasi belakang tabir bertemakan Avengers dengan belon dan ada kek sahaja. Kan versi budget, bukan versi artis :P


Kek indulgence dibuat oleh "home bakers". Boleh tengok entri sebelum ini aku ada letak nombor telefon untuk tempahan.

4) Persediaan : Mental dan fizikal kena bersedia. Kalau majlis harijadi ni sudah tentulah kita nak bahagiakan anak-anak jadi sediakan goodies untuk mereka. Kalau boleh kurangkan bagi gula-gula tapi pilihlah makanan yang sihat. Aku bagi keropok TAM-TAM (hehe takdelah sihat mana tapi teringat kenangan waktu sekolah dulu mesti beli keropok ini). Oh pastikan plastik sampah beli yang besar dan letak di mana-mana aje kerana mesti akan terdapat sampah merata-rata T______T"

5) Kebersihan : Kalau buat majlis di rumah sudah tentunya kebersihan memang perlu dititiberatkan juga. Bagi aku, selepas siap masak tu pastikan basuh terus periuk atau kuali dan jangan tinggalkan di dalam sinki. Nanti bila tetamu mula datang dan percayalah sinki kita akan penuh dengan pinggan mangkuk yang ditinggalkan oleh tetamu. Lagi satu pastikan juga kain lap yang bersih disediakan, ini penting apabila terjadinya air tumpah atau sisa kuah tumpah atas lantai atau meja. Kalau boleh sisa makanan kering dibuang dalam plastik sampah dan sisa makanan basah tu kena asingkan dan cepat-cepat buang bagi mengelakkan dari berbau.

Apabila tetamu dah pulang, mula-mula tarik nafas dulu dan perlahan-lahan kemaskan dapur, basuh bekas-bekas makanan dan mop lantai. Kalau tak larat, tidur dulu baru kemas esoknya ;) hihihi


goodies bag untuk anak-anak :)

Itu sahaja tips yang aku boleh bagi. Dalam menganjurkan majlis memang kita tak boleh lepas dari melakukan pelbagai kesilapan tapi anggap itu sebagai dugaan dalam ingin menggembirakan hati orang. Memang terasa penat tapi satu kepuasan apabila tetamu datang dan pulang dengan perut yang kenyang (kalau hak tak makan tu mereka dietlah tu). Insya Allah semoga diberikan reszeki duit, masa dan tenaga untuk menganjurkan majlis lagi. Tak semestinya kena buat "grand" tapi cukuplah sekadar semampu mungkin dan ikhlaskan diri untuk membahagiakan insan yang tersayang :)

Bye!

Isnin, 6 Mac 2017

Majlis Harijadi Arman Hakeem Bertemakan Avengers

Assalamualaikum,

Sabtu yang lepas (4hb Mac) genap setahun usia anak bongsu aku (Eh!) Alhamdulillah, dalam kesulitan pasti ada kesenangan. Mencabar juga mempunyai anak-anak kecil berderet di kala diri kita juga punyai impian untuk berjaya dalam perniagaan (alah, bisnes kecil-kecilan je pun). Namun, sudah tentulah dalam apa jua pilihan sudah tentu aku akan utamakan keperluan keluarga dan anak-anak. Rasanya tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk berada di rumah menjaga mereka cuma ada juga waktu-waktu merasa badan "pancit" dan waktu ini mulalah emosi marah menguasai diri.

Syukur dalam dok marah anak-anak, mereka membesar bagai juara. Sekejap aje masa berlalu. Masih teringat lagi dugaan berpantangkan Arman. Ya Allah, betapa kasihnya Allah pada aku hingga setiap doa yang aku panjatkan Dia kurniakan dengan cara yang banyak mengajar aku erti kesabaran. Betul orang tua cakap "susah-susah dulu senang-senang kemudian".

Aduh, pepagi sudah emo ketika menulis :P

Oklah, kita kongsikan sedikit alkisah bagaimana majlis ini terjadi. Sebenarnya sudah agak lama aku tidak mengadakan majlis harijadi anak-anak. Kalau ada pun sekadar sambutan bersama suami dan anak-anak. Itupun kalau ingatlah tapi tahun ini aku nekad untuk meraikan walau sedikit sebab kadang-kadang dalam hidup kita harus juga menzahirkan kasih sayang pada mereka. Bukan niat untuk mengajar mereka membazir tapi bagi meraikan kasih sayang dan semoga anak-anak aku nanti bila besar saling berkasih sayang dan menghargai hubungan kekeluargaan yang terjalin.

Kebetulan juga 4hb jatuh pada hari cuti, terus cakap dekat en suami yang aku mahu mengadakan majlis harijadi buat anak-anak. Maklumlah, sudah lama tidak buat majlis tapi memandangkan kali ini aku sudah tidak ada pembantu (kalau dulu-dulu boleh aje ajak adik-adik ipar yang bujang datang menolong tapi sekarang semua dah berkahwin dan ada anak, jadi memang susahlah sedikit). Tapi dek kerana semangat yang ada, aku gagahkan juga buat majlis sekadar yang mampu. Memang perlukan perancangan dan kerahan tenaga juga. Anak-anak aku toksah cakaplah, mereka memang suka bila diberitahu akan ada majlis tapi bab mengemas ya Allah boleh tahan pemalas tapi aku ni kan "mama garam" (Azzam sebut garang tu garam) jadi alhamdulillah kemas rumah sekadar yang mampu ajelah.


Kek ni tempah dengan "home baker" yang tinggal dekat Jalan Kebun. Kek Choc Indulgence 2 kg bertemakan Superheroes Avengers. Memang sedap dan sangat-sangat direkemenkan. Harga kek RM70 untuk 2kg tapi kerana tambah hiasa gambar tu kena bayar RM20 lagi. Ini nombor pembuat kek tu ya (Facebook : Juhaidah Zaabar  Whats App 013-685 3800). Semua tetamu puji kesedapan kek ni, kita sokong produk muslim ya, dari dok beli di kedai SR boleh tukar beli dengan orang kita ;) Kebetulan Juhaidah ini biras kepada sepupu en suami, alahai kecilnya dunia kan? Syukur dikelilingi orang-orang hebat. Alhamdulillah.

Bab dekorasi majlis, memandangkan aku ni ehem ehem dok menjual barangan parti bertahun-tahun, maka adalah sikit barangan yang aku ambil dari stok yang ada. Untuk anak lelaki sudah tentunya tema ala-ala superheroes sket jadi pilihlah tema Avengers!

Background tu sebenarnya alas meja Avengers, tampal aje kat dinding. Punyalah suka anak-anak bila mama suruh buat dekorasi majlis ;)


Haziq dan HUsna yang banyak membantu. Anak-anak hak lain banyak menyebok aje ;)


Gambar hari kejadian, alahai macam biasalah gambar-gambar memang tak banyak sebab kami ni jenis "camera freak" bukan hantu selfie. Ha ha Poyo je padahal sibuk melayan tetamu. Maaflah pada tetamu yang datang ada yang sampai duduk atas tangga sebab takde tempat nak duduk..huhu


Birthday bos aka budak penyebok. Suka betul Arman bila tengok gambar kat dinding tu. Sibuk nak tarik kasi koyak T_____T"


Hajat sebenar nak letak lilin bunga api kat atas kek tu tapi en suami cakap nanti ahbislah habuk (serdak) abu jatuh atas kek jadi aku pun kansel lah. Lagipun seorang pun dari tteamu kami tak hisap rokok (bagus depa ni) jadi tak dapatlah nak nyalakan lilin. Ha ha ha


Hasil dekorasi anak-anak. Sebenarnya malam sebelum majlis aku sakit kepala sebab cuaca tengahari tu panas sangat. Asalnya nak buat cupcake dengan anak-anak pun terpaksa kansel. Kesian mereka sebab dah eksaited sangat nak buat kapkek dengan mama. (walaupun mama memang seorang chef amatur sahaja)


Ashraf bersama dengan teacher-teacher dari tadika nya. Tak sangka juga mereka akan datang. Tengoklah muka anak jantan aku tu, malulah tewww..Asalnya dia tak sangka teacher akan datang, bila dah datang terus jadi keras kejung. Ikut perangai siapa ni nak?

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun bersesak-sesak sikit di waktu puncak. Huhu Terima kasih buat keluarga terdekat yang datang. Malam tu kami sambung dengan acara bbq dan makan-makan lagi. Anak-anak sedara yang dah besar rajin menolong buatkan air detoks (sedap nanti aku kongsikan bagaimana nak buat ya).

Rasanya sampai sini aje boleh menulis momen-momen majlis harijadi anak-anak. Insya Allah akan datang kalau ada rezeki duit, masa dan tenaga boleh adakan pula untuk anak-anak perempuan (tema sang puteri lah pula). Bagi sesiapa yang mencari barangan parti harijadi tema Avengers boleh Whats App aku di 012-970 6828 ya atau like sahaja fanpage Barangan Parti Harijadi :)

Bye!

Khamis, 5 Mac 2015

Idea Untuk Door Gift Majlis Hari Jadi Anak-Anak

Assalamualaikum,

Sesiapa yang sedang merancang untuk mengadakan majlis harijadi untuk anak-anak, meh dekat-dekat kerana aku nak cadangkan beberapa jenis barangan yang boleh diberikan ke dalam plastik / beg kertas "door gift" majlis nanti. Sesuai sangatlah untuk anak-anak!

Antara barangan yang boleh diberikan adalah :

- set alat tulis
- buku nota kecil
- makanan (pastikan yang berkhasiat sahaja tau)
- minuman (kalau boleh beri minuman Milo kotak kecil atau susu UHT)
- sapu tangan / tisu

Oh! Nak ambil peluang promosikan barangan parti harijadi yang aku jual. Boleh tengok mana-mana yang berkenan. Stok bergantung kepada stok dari pembekal jadi kena lah tempah awal-awal supaya memudahkan aku mencari barang yang sesuai (kalau stok habis selalunya aku akan cadangkan produk yang sama harga dan tema dengan yang pelanggan mahu).


Buku nota kecil


buku nota besar


set alat tulis

Kalau dah bagi barang tu sudah tentulah mahukan beg kertas yang super duper lawa ikut tema kan








Untuk sebarang tempahan boleh PM / WA di 012-970 6828 ya. Pembelian borong min 12pcs dan belum termasuk kos pos. Sila tempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis dan penghantaran melalui POslaju hanya pada hari ISNIN dan SABTU bekerja sahaja kecuali memang ada banyak barang nak hantar jadi aku akan poskan sekali.

Harap faham terma & syarat di atas dahulu sebelum melakukan sebarang urusniaga. Sekian terima kasih :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^