Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Januari 2018

Musim Selsema, Pastikan Ambil Nutrilite Bio C Plus

Assalamualaikum,

Sekarang cuaca tak menentu sangat. Beberapa minggu yang lepas, cuaca sejuk sampai ke tulang. Ramai yang cakap macam duduk luar negara tapi minggu ni panas terik pun ada. Semalam hujan lepas tu panas. Memang saat cuaca begini, anak-anak dan ibu mengandunglah yang mudah terkesan. Aku nak kongsi pengalaman masa mengandungkan Aaliyah dulu, merasa batuk-batuk dan selsema. Masa tu asal batuk je terkencing, memang seksa sangat. Hanya yang pernah mengalami akan tahu betapa tak sukanya ibu mengandung kalau terkena batuk-batuk. Syukur juga waktu tu anak tak ramai lagi, jadi bila sakit melepek seorang diri atas katil sambil menangis.

Masa tu aku hanya ambil pil kalsium yang beli dengan kawan. Waktu tu selalu juga kena "simpul biawak" ke yang kaki kejang waktu malam tu. Alhamdulillah, makan pil kalsium memang tak kena sangat penyakit ibu mengandung ni. Bermula kehamilan Arman (anak ke 6) aku mula amalkan makan vitamin dengan konsisten. Bukan apa, badan ni dah makin meningkat usia, ditambah pula dengan kita seorang surirumah yang menguruskan semua anak-anak, kalau tak sihat badan susah juga tu.

Tahun ini pun konsisten ambil vitamin Nutrilite edaran Amway. Setiap hari memang akan ambil Salmon Omega, Kalsium Magnesium D Plus dan Bio C Plus. Ada juga ambil B Complex tapi sekarang terputus bekalan kejap. He he he


Sepanjang kehamilan anak ke 7 ni Alhamdulillah Allah berikan aku kesihatan yang baik. Tipulah kalau cakap tak penat sebab berat badan aku naik mendadak dan sekarang ni jalan pun rasa macam mak dugong dah tapi syukur, masih boleh menguruskan anak-anak dan keluarga. Hanya diri kita sahaja yang tahu perubahan yang kita alami apabila kita mengamalkan sesuatu produk. Kalau dulu aku ni sejenis pemalas nak makan vitamin, tapi memikirkan usia yang sudah bertambah, bilangan ahli keluarga yang semakin bertambah, rasanya diri sendiri yang kena BERUBAH ke arah kebaikan.

Kenapa aku memilih Nutrilite? Sebabnya aku dah jumpa banyak testimoni secara live (depan mata) pengguna Nutrilite yang walaupun sudah berusia badan masih bertenaga dan sihat. Sepanjang buat bisnes Amway memang banyak buka mata aku, duit bukan segalanya tapi duit akan dating apabila minda dan badan kita yang sihat.

Malam tadi ada seorang kenalan di facebook yang telah mengambil Nutrilite selama 27 tahun lamanya. Bayangkan, begitu lama dan ternyata beliau sangat berpuashati dengan produk ini. Aku kongsikan di sini "screenshot" komen beliau ya ;

 

 
Sekarang uols semua sudah yakin dengan produk ini? Jomlah dapatkan vitamin terbaik dengan Mekla ya. Whats App 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Kalau nak jana pendapatan dari menjual produk pun boleh, whats app je nanti kita sembang-sembang bagaimana caranya :)
 
Oklah, hingga bertemu lagi. Jangan lupa tau, amalkan gaya hidup yang sihat juga. Selain dari pengambilan vitamin, kena juga jaga pemakanan dan bersenam untuk kesihatan jantung. Takde siapa yang dapat menolong kita apabila kita jatuh sakit. Hargainya sebelum terlambat.
 
Bye!

Isnin, 15 Februari 2016

Harga Pakej Bersalin SALAM Specialist 2016

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam (03/02/2016) selesai "check-up" untuk kali kedua sejak mendaftarkan diri di SALAM Specialist Hospital. Insya Allah, jika diizinkan Allah, anak ke aku yang ke 6 bakal dilahirkan di sini dan disambut oleh Dr. Siti Mariam. Kiranya masuk kali ke 4 jugalah merasa sentuhan Dr. Siti. Bukan apa, sekarang ini pesakit Dr. Siti memang ramai, ada yang 5 kali bersalin dengan doktor pun ada. Lepas tu, yang bersalin dengan doktor lain kemudian kembali dengan Dr. Siti pun ada. He he Setiapkali berjumpa dengan doktor mesti dia akan bagitahu "entah kenapa lah kebanyakan patient saya yang lama nak juga bersalin dengan saya lagi". Yang pasti setiap orang ada sebabnya masing-masing kan.

Sekarang ini kalau pergi check up tak sah tak menunggu selama 3 ke 5 jam. Kena banyak-banyak bersabarlah kan dan kena pandai curi masa pergi makan dulu, kalau tak mahu menyinga kita depan doktor ;)


Pertama kali check up aku bawa Azzam & Aaliyah bersama-sama, seronok mereka main mainan yang dalam gambar tu. Kalau tak silap, sejak zaman nak beranakkan Azzam lagi mainan dan meja yang sama juga masih ada di situ. Hu hu hu SALAM memang bajet sungguh eh?


Aaliyah sampai naik boring temankan mama. Awal-awal suka lah tapi bila dah lama menunggu mengamuk nak tidur. En suami yang hantar balik ke rumah sambil ambilkan Ashraf di tadika.

Tanpa buang masa, aku kongsikan harga pakej bersalin terkini (2016) di SALAM Specialist. Tapi ini harga yang asas sahaja, belum termasuk cas-cas yang lain. Kalau sebelum ni harga pakej bersalin normal RM1999 sekarang dah naik jadi RM2499 (hu hu hu). Jadi, sebelum pastikan untuk bersalin pastikan ada perancangan kewangan dan budget yang mencukupi ya. Kalau diberikan pilihan, sudah tentulah bersalin swasta lebih selesa tapi ada kelemahannya juga. Apa-apa pun sebelum memilih tempat bersalin, cuba berbincang dulu dengan suami. Tak semestinya bersalin di hospital kerajaan tu teruk ya.

Ok hingga bertemu lagi. Bye!
Normal Delivery

RM 2499.00
The package includes:
• Normal delivery without complication
• Consultation (O&G and Paeds)
• 2 Days 1 Night stay
• Room & Board (single/Double bed)
• Baby immunization
  (BCG, Hepatitis B & Vitamin K)
• Meals


Excluding:
• Induce, Forceps/Vacuum, Epidural
• Complication
• Additional consultation fee RM 200 for delivery between 6.00pm - 8.00pm

Terms and Conditions:
• Deposit of RM 2000 required

Elective Caesarean

RM 6499.00
The package includes:
• Elective caesarean only
• Consultation (O&G and Paeds)
• 3 Days 2 Night stay
• Room & Board (single bed)
• Baby immunization
  (BCG, Hepatitis B & Vitamin K)
• Meals


Excluding:
• Any emergency cases
• Complication

Terms and Conditions:
• Deposit of RM 3000 required 
Optional Procedures
• Epidural

• Forceps Delivery

• Vacuum Delivery

• Induction of Labour
RM 900.00

RM 350.00

RM 500.00

RM 400.00


Call For Appointment Now




























































Rabu, 13 Mei 2015

Set Berpantang Terbaik, Promosi Bulan Ini Khas Buat Ibu Mengandung

*Segmen tajaan*


Assalamualaikum,

Khas buat para ibu mengandung yang sedang mencari set berpantang yang lengkap untuk penjagaan ibu & bayi. Di sini aku nak cadangkan set berpantang Tropical Herbs ni. Boleh baca sini untuk keterangan :

Kehamilan adalah saat-saat istimewa dalam kehidupan seseorang wanita. Pemakanan yang betul dan mengekalkan kecergasan serta kerehatan amatlah penting kerana dia membekalkan keperluan pemakanan kepada bayi yang sedang membesar. Penjagaan lepas bersalin juga penting kerana ibu baru perlu memulihkan tenaga dan daya hidup, untuk penjagaan bayinya yang baru lahir. Dalam kebanyakan kebudayaan Asia, tempoh berpantang ialah masa apabila ibu-ibu baru memulihkan kesihatan, lazimnya dengan makanan, herba terpilih yang istimewa serta amalan tradisional lain.

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah.
Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.
Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

Untuk dimakan:
Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.

Untuk Kegunaan Luaran:

Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang.

Ciri-ciri dan Faedah

Lengkap dan mudah. Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.
Keberkesanan Terbukti. Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.
Herba-herba yang distandardkan. Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.
Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.
Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan. Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.
Pengilang herba bertauliah. Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)
BULAN INI ADA PROMOSI PERCUMA SET PINGGAN MANGKUK & BENGKUNG JUGA DIBERIKAN PERCUMA

PM / WA ke 012.970 6828 sekarang

Rugi tau kalau tak ambil peluang beli semasa ada tawaran ni. Untuk satu set lengkap ini penghantaran terus ke rumah. Hanya perlu tambah RM10.60 sahaja untuk penghantaran. 

Berminat bolehlah buat tempahan cepat-cepat!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^