Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 8 November 2009

~~Hari Yang Penuh Emosi~~

Memang hari ini hari yang penuh emosi bagi Zaila..Buka je facebook, rata2 orang dok sumpah seranah penyokong Kelantan..Memanglah diakui, Zaila pun malu dengan tindak tanduk segelintir penyokong Red Warriors tu tapi janganlah terus menghukum semua penyokong Kelantan dengan mengeluarkan kata2 yang kesat..Contohnyalah kan, ada yang cakap penyokong Kelantan perangai macam beruklah, kera sumbanglah, takde otaklah..huh sungguh takde insurans mulut diorang ni!!! Memanglah kata2 itu DITUJUKAN kepada penyokong Kelantan yang tak profesional tu tapi at least fikirlah sikit perasaan kawan2 kita kan ai lah tu..Huhuhuhuhu..seb baik mak bapak Zaila tak pernah ajar cakap kasar walaupon dengan orang yang sakiti hati kita so takperlah, Zaila diamkan aje..walaupon hati ini sedikit sebanyak terguris;(

Biaserlah tu, adat bermain..ada yang akan menang dan ada yang akan kalah..Zaila pon terkejut juga dengan perangai tak bermoral tindakan penyokong Kelantan tapi tak adalah sampai nak kutuk2 bodoh bangang segala & of course andaikata penyokong N9 juga melakukan yang sama, Zaila tak akan post kat fb ke tweeter ke mengutuk tindakan mereka..yang sudah tu sudahler..malas nak fikir atau baca komen2 tak membina dari "mereka"..

Dek stress punya pasal, hubby mengajak Zaila & anak2 keluar cuci mata bersiar2 di Jusco Bukit Tinggi..dapatlah mengubat lara di hati ni walaupun sekejap..Sampai aje, kami terus mencari kasut baru untuk si kecil Ameera..Maklumlah kasut lamanya sudah tidak muat walaupon hanya beberapa kali aje dipakai;) cepat sungguh anak dara Zaila membesar!!!

model tengah buat catwalk;)

kali ni beli saiz yang besar sket..kalo pasni tak muat juga, beli selipar jepunlah kasi Ameera;)

Upin ngan kembarnya;)

Abang Amirul yang tengah kacau daun adik catwalk

Hi, nama saya Ameera!!!

semua benda dia nak sentuh!!

Pastu g jenjalan cari makan..beli lagi unagi..nak kulit cantiklah katakan;P

Haziq ngan mata stimnya;)

Memandangkan mood sudah lewat petang, kami terus balik ke rumah..Niat hati untuk menderma mencari seluar kerja pasal seluar banyak tak muat dek kerana makin gemok terpaksa dibatalkan aje..Mungkin hari lain aje..Tunggu mood bertukar ceria semula;)

Pada kawan2, jangan terasa ya..Emosi Zaila tak berapa nak stabil ni..pada orang Nogori, tahniah diucapkan!!! Walau ape pon, go more Kelate go more!!!

5 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

betul tu, kalah menang adat bertanding..
kalau this time tak dah rezeki insyaAllah lain kalu ada kan..
:)

Tanpa Nama berkata...

ohh.. buat x tau je.. mmg sakit hati dgr. tp mulut org x de penutup mcm tupperware ;)

N A N I E berkata...

ala adat bertanding la kan..betul Zaila..bila org ckp camtuh sikit sebanyak tersentuh gak..

p/s: suka pic ameera shake hand tuh..eheh so cute!

N A N I E berkata...

ala adat bertanding la kan..betul Zaila..bila org ckp camtuh sikit sebanyak tersentuh gak..

p/s: suka pic ameera shake hand tuh..eheh so cute!

Zaila Mohamad berkata...

Lady, betul tu..agree with that;)

Has, haahaahaaa..betul tu..kalo boleh ditutup2, mahu aje Zaila tutup mulut diorang dr terus berkata2;)

Nanie, Ameera memang suka main ngan patung2 kat situ..agaknya dia ingat orang betul2 kot;P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^