Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 9 November 2009

I'm Not Superwoman Nor Supermummy

source from google

Sexynya gambar kat atas tu..bestnye kalau dapat body macam tu kan??tapi bukan itu yang Zaila nak kongsikan dengan kawan2 semua ya..Zaila nak merapu bercerita tentang kehidupan Zaila sekarang ini yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman slim bujang dulu..

Sejak beranak dua ni, rasanya masa Zaila banyak dihabiskan untuk melayan karenah anak2 sahaja..Karenah sang suami toksah ceritalah..Asal lambat layan sket terus merajuk;P perangai manja ngalahkan anak2..Dan sejak aktif berblogging & berfacebooking juga, Zaila rasa setiap malam Zaila tidur lewat~~lebih kurang pukul 12 pada hari biasa & pukul 3-4 pagi kalau hari cuti~~ Segala kerja rumah seperti membasuh, memasak, menyidai pakaian, melipat kain, mengemas rumah, membasuh toilet & segala perkara yang berkaitan dengan rumah ini Zaila yang akan buat..thanks to hubby cause kadang2 dia juga akan menolong Zaila..Nak buat macamana kan..maid tak ada;P

Kalau hari bekerja memang menjadi satu masalah buat Zaila..Maklumlah dah perangai buruk Zaila suka buat keje last minute..masa tulah nak iron baju keje, masa tu juga nak prepare sarapan pagi, masa tu juga nak siapkan beg pakaian anak2, nak sidai kainlah..pendek kata semua nak buat pada waktu yang singkat..herm..no wonderlah kami selalu lewat sampai ke office;P
Bila petang pula, selalunya kami akan sampai di rumah pada waktu Maghrib & selalunya Zaila akan memasak untuk bekalan esok hari & sambil2 tu membasuh pakaian dan juga layan blog kawan2~~tupon tak semua blog Zaila boleh tinggalkan jejak!!

Ops, kawan2 jangan ingat Zaila mahu merungut mahupon menunjuk yang Zaila ni semua boleh buat..Apa yang Zaila nak nyatakan di sini yang Zaila juga manusia biasa..Memang ada perasaan malas memang selalu ada, ada perasaan marah, memberontak & sebagainya..Zaila bukan mahu mengaku yang Zaila ni layan anak2 dengan baik, malah setiap masa rasanya Zaila terpekik terlolong dengan anak2;P, Zaila bukan nak war2 kan yang Zaila ini hebat sebab dapat jadi working blogger, boleh menghabiskan masa merapu mengarang cerita & at the same time manage hal rumah tangga..tidak sesekali tidak..rumah Zaila sentiasa kadang2 akan bersepah, Zaila kadang2 juga akan berselisih faham dengan hubby..pendek kata, i'm not perfect!! i'm not superwoman nor supermummy juga..

So, pada mereka yang kebetulan TERdatang bertandang ke rumah Zaila tanpa notis, abaikanlah keadaan rumah Zaila yang macam tongkang pecah tu yang "agak" bersih tu..diam2 jelah kan..tak payahlah nak heboh2 dekat orang lain yang Zaila ni seorang blogger yang pemalas;P rumah pon tak sempat nak kemas!! Zaila bukan suka sangat tengok rumah bersepah tapi kadang2 Haziq & Ameera sungguh suka bekerjasama dalam mengemas (read:menyepahkan) rumah..so Zaila ambil tindakan lihat & tunggu mereka siap menatahias rumah ini baru Zaila akan kemas balik "hasil kerja" mereka tu;)

Sebenarnya Zaila bukan nak tujukan perkara ni kepada kawan2 bloggers semua..So jangan risau, Zaila just tersentap haritu bila dengar perkhabaran "tak baik" dari seseorang yang sungguh concern tentang Zaila..Thanks pada orang itu, at least bila jadi macam ni Zaila baru tersedar dari lamunan yang Zaila ni bukannya superwoman, bukan juga supermummy..hopefully i would be supermummy someday;)~~aishh, kalau jadi superwoman best juga, boleh feeling2 terbang ke angkasa;P~~

12 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

takpe zaila.. zaila bekerja tapi lady tabik spring dengan zaila sbb mampu uruskan rumahtangga dengan baik..
lady yg surirumah ni pun slalu kalut n buat last minute jugak...
kadang2 kita jugak letih kan, thats y ada keje yg bertangguh...
tak ada manusia yg sempurna zaila..
tapi takpe, kita boleh memperbaiki sedikit demi sedikit...
:)

Zaila Mohamad berkata...

Lady, thanks..betol tu..takde manusia yang sempurna kan..tapi itulah kadang2 orang tak tahu apa yang kita alaminya..main buat kesimpulan je tanpa terus soal siasat kita;P

Tanpa Nama berkata...

has buat yg termampu aja.. if paksa diri..mcm nk leput aja badan nih.. :0
penat

mrs shaifull berkata...

zaila, samalah kita, mana ada org perfect, betul tu, bila kita cerita kepenatan kita, bukannya kita nak bgtau 1 dunia yg kita ni blh buat semua, kita just nak share je kan.

at least kita x pendam sorang2, x pe, kita buat sekadar yg termampu je, mmglah penat semua benda nak dibuat kan?

Zaila Mohamad berkata...

Has, betul tuu..tapi kadang2 tension juga ngan anak2..penat sungguh nak layan mereka ni;P

Norhayati berkata...

Sabor jelah dgn org yg perasan rmhnya sentiasa kemas tu..Nk buat cmane..ada anak kecik biasa mmg camtulah..
Aku ni pun cukup risau klu org tiba2 terjah rmh aku time naurah sdg 'mengemas' brg2 dlm bakul dia, koyak2 kertas srtkabar. Nampak sgt diri ini pemalas kan? Rmh pun bersepah..
Tp mls nk larang n simpan sbb lps tu dia buat balik. Buat penat jelah kan? Bila dia dh x main, bru kita simpan balik(biasanya bila dia dh tido;p). Maknanya mlm je bru rmh akan kemas..hoho.
Ah pjg plk kumembebel..hehe

yatie chomeyl berkata...

kalu bulih terbe tu nanti, mari la terbe ko jepun nih ;)

Zaila Mohamad berkata...

Akak CT, betul..Zaila rasa rata2 wanita yg bekerja mesti akan rasa penat kan..tapi dah nak buat macamana, kita bukannya robot nak kena bekerja setiap masa..mana yang Zaila dapat buat, Zaila buat..mana yang tak dapat buat tu..faham2 ajolah kan;)

Zaila Mohamad berkata...

Yatica, samolah kito..Haziq & Ameera tu kalu pakat kerjasama mengube rumah..buleh fengsan aku!!!

Zaila Mohamad berkata...

yatie chomeyl, kalu buleh terbang, dah lamo dah kita keliling dunio..buke takat Jepun pah ko mano2 dah;)

jane_doe3328 berkata...

zaila, buat yang terdaya ajer. jangan tension sngat :) umah saya pong kube lana. huhu

Zaila Mohamad berkata...

Jane, tulah pasal ya..haahaahaa..eventho kalo Zaila berhenti keje & jaga umah sepenuh masa pon still akan berkube juga pasal anak2 Zaila memang suke umah kube;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^