Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 15 Jun 2010

Cabaran Menjadi Seorang Peniaga

*i'm so pissed off today, so that's why i'm writing this* Entry ini ditulis semasa penulis mengalami gangguan emosi so sila abaikan ayat-ayat yang menyakitkan hati tu;D

Actually kan, menjadi seorang peniaga ni bukanlah sesuatu yang mudah. Kami (well actually Zaila) terpaksa menghadapi pelbagai ragam pelanggan yang kadang-kadang cukup menyakitkan hati. So hari ni Zaila ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman Zaila sebagai seorang peniaga yang picisan ini

1. Pelanggan yang suka tawar harga

Well, as a customer we DO have the right juga untuk dapatkan harga yang terbaik, tapi kalau orang dah letak tanda seperti "Promosi" / "Clearance Stock" / what so ever tag yang bermaksud harga telah dikurangkan, bermakna harga memang dah kuranglah tu so tolonglah jangan minta lagi diskaun sampai 50% yang kadang-kadang rasa tak masuk akal harganya..Please people, walaupon sebagai pelanggan kita nak bijak dalam membeli, tapi kita harus juga fikirkan penjual..Ibarat macam inilah;- Katakanlah si penjual membeli tudung A dengan harga RM50 (harga modal) then menjualnya pada harga RM100 (katakanlah) then bila tiba satu masa tudung tu was out of fashion dah & tinggal sedikit sahaja lagi yang tinggal so penjual tu ingin buat clearance stock so dia pon letaklah RM80. Memanglah bila dicongak secara kasar si penjual itu masih mendapat keuntungan sebanyak RM20 TAPI bila dihitung balik, sebenarnya si penjual tu takdelah dapat untung mana pon sebab ada kos yang tersembunyi seperti kos untuk plastik bag yang digunakan, kos duit minyak untuk ke pos office (in case jual secara online) & penat lelah mengangkat / menyusun barangan tersebut. So janganlah minta diskaun sampai separuh dari harga offer tersebut;D

2. Pelanggan Yang Suka Mengomen

Owh, yang ni lagi satu, kalau tak nak beli tu sudahlah tapi janganlah komen barangan yang dijual di depan si penjual..Well it happen many times for me so terpaksalah buat muka kelat-kelat manis gitu. Terima sahaja apa yang dikatakan oleh pelanggan walaupon ianya sangatlah menyakitkan hati. Contohnya macam ni : Katakanlah barangan yang dijual tu gred A so harga yang dikenakan pon mestilah tahap A juga tapi boleh Cik Tipah datang mengomel, membelek-belek barangan tersebut & then cakap, "Eleh, barang ni kalau yang ori (gred AA) harga sekian-sekian so baik beli yang gred AA aje". Adusss, tak tahan mak dengan manusia macam ni. Kalau macam tu, kenapa ko datang kedai gred A Cik Tipah oi;D

3. Pelanggan Yang Banyak Songeh / cerewet

Zaila tahu, bila kita ingin membeli sesuatu barang, kita kena pilih atau perhatikan mana cacat cela yang ada kan. Itu adalah hak kita sebagai seorang customer tapi sebagai peniaga, kadang-kadang bila berhadapan dengan pelanggan yang TERAMAT cerewet boleh membuatkan Zaila bengang juga. Bayangkan nak pilih sehelai tudung yang berharga RM10 tu pilih punyalah lama & siap cuba semua pilihan tudung. Naik lenguh dah si penjual nak melayan, tanya tu tanya ni *seb baik tak tanya tudung ni ada warranty berapa tahun??* Aduish, kakak-kakak makcik-makcik sekalian, memanglah it's your right to be so choosy tapi pikirlah juga, jangan nak bazirkan masa si penjual untuk melayan karenah banyak songeh anda hanya kerana anda nak beli sehelai / satu barang sahaja yang berharga RM10, tupon mintak kurang lagi!! Ada setengah orang tu, cuba sekejap terus decide ntok beli. Yerlah ini bukannya aset hartanah yang harga juta-juta untuk difikir sedalam-dalamnya sebelum kita beli;D

4. Pelanggan Yang Suka Pertikaikan Harga

Yang ni lagi satu jenis pelanggan yang kita sebagai penjual nak kena pandai handle. I mean, i'm also a normal human being so of courselah sebagai penjual kadang-kadang Zaila sendiri rasa cukup tertekan bila dapat pelanggan yang suka bertanya "Kenapa harga ni mahal sangat??", "kenapa harga kat sana lebih murah" / "kenapa kos pos banyak ni sedangkan kat resit banyak ni" & macam-macam peel lagilah. So sebagai peniaga, kita seharusnya bijak menangani situasi & boleh memberikan pelbagai alasan yang munasabah / masuk akal *yang ni Zaila failed* Tapi honestly, sebagai peniaga yang baru nak mula ni (kecil-kecilan), modal Zaila pon tak besar so of courselah masa beli tu tak dapat harga serendah harga borong so kalau nak bersaing dengan kedai-kedai yang dah establish tu teramatlah susah. Tapi, kita kenalah percaya dengan rezeki so pandai-pandailah buat promosi / bagi harga terbaik bagi memastikan harga yang kita letak adalah terbaik / termurah di pasaran;)

5. Pelanggan Yang Suka Cancel Order Last Minute

For those who are making online business, this situation surely will make you become more pissed off. Bayangkan, bila dah elok-elok order, let say nak 100 keping hanger tapi nak COD pula. So nak tak nak, sebagai peniaga kita kena dahulukan duit kita untuk membeli segala barangan kan. Bila tiba hari nak hantar barang, boleh si pembeli cancel order sebab dia dapat tawaran yang lebih bagus..Arghhh!! rasa macam bengang je kan?? Kalau jual barangan kering macam Zaila ni ok je (at least barangan tak rosak kan) tapi bagi peniaga cup cakes / apa-apa barangan yang boleh basi macamana?? surely they will wasting their money & time kan?? So guys, before you put an order, think deeply!! Ask for quotation first & bila dah rasa macam harga tu ok, barulah buat payment;)

Zaila rasa bila kita dah jadi peniaga ni, secara automatik, kata-kata yang harus kita tanam dalam diri adalah "customer is always right" so nak tak nak kenalah layan dengan muka yang manis kan..hehehee..Actually Zaila kalau berada di tempat sebagai seorang pelanggan pon mengharapkan layanan & servis yang baik kan so no wonderlah kalau Zaila terpaksa bermacam-macam karenah pelanggan. Kalau kena hari tak baik *bila bulan mengambang*, kadang-kadang rasa cepat nak meletop aje tapi jarang sangatlah boleh berlaku sebab bila kita face to face dengan customer ni, secara automatik kita nak layan dengan baik *yerlah kan, takkan nak tarik muka 14 je, kalau macam ni gayanya, sohih takde orang nak beli ngan kita* tapi bila bersms ni kadang-kadang maksud yang nak disampaikan jadi lain.

That's what happen on me today!! Aderlah sorang customer tu yang pertikaikan harga kos pos yang Zaila dah tetapkan. Kalau ikotkan harga sebenar untuk kos pos adalah RM6 tapi Zaila tetapkan RM10 terus sebab memandangkan Zaila kena cari kotak, kertas minyak, alatan membalut & juga kos pengangkutan seperti minyak kereta untuk perjalanan ke pejabat pos *tu belum kira harga untuk penat lelah kita buat semua tu kan* so janganlah berkira sangat, setakat RM4 extra untuk semua benda yang Zaila mention tu apalah sangat kan..Siap kata lagi tu memang tanggungjawab Zaila as a peniaga. Memanglah, Zaila akui itu semua adalah kos yang Zaila kena tanggung & when i said RM10 for handling & posting maksudnya semua dah masuklah..Tak payahlah nak pertikaikan lagi kalo kos pos tak sampai RM10!!

Sorrylah kawan-kawan, pembaca semua, Zaila memang panas sket dengan customer tu, so bila dia kanselkan order Zaila rasa macam tak kisah pon sebab ramai lagi yang nak beli dengan Zaila ni. Zaila bukannya ambil untung banyak sangat pon, banyak penat dari untung tapi takpelah, at least Zaila enjoy doing this. Tapi biaserlah once in a blue moon, terasa sakit hati juga bila melayan pelbagai karenah pelanggan ni. Tapi selalunya, Zaila akan cuba layan sebaik mungkin juga so janganlah takut untuk berurusan dengan Zaila ya *Zaila ada loyal customer from Kuantan & tak lama lagi Insya ALLAH dari Brunei pula*

Nota diri : sebab tulah masa Zaila beli barang & bila cuba tawar harga tuan kedai tak bagi Zaila tak marah cause i know how they felt. Kalau tak nak beli lagi, tunggulah SALE;D
Kat atas ni adalah gambar hanger tudung ala IK.EA yang Zaila jual. Ada 5 pilihan warna;-
Dari atas;-
warna pink+oren
warna biru+oren
warna pink+kuning
warna biru+kuning
warna hijau+kuning

Pilih yang berkenan & singgah Mari Kelih untuk order;)

8 ulasan:

By Ticer Liza Yacob berkata...

sabor...sabor...adat la orang menniaga. lama2 kang tau dah la nak jawab atau nak buat macam mana kalau jumpa pelanggan2 yang gitu lagi. belajar dari pengalamann...insyaallah ada la rezeki tu. jangan putus asa. tu baru sebahagian kecil orang..belum lagi jumpa yang sebahagian besar orang tuh. lagi banyak ragam. kena tabahkan hati nak meniaga ni ya. semoga berjaya!

Mag berkata...

normal lah tu akak kalau kena deal ngan org..farah pon kadang2 naik angin gak. tp depan husband je lah. depan customer kene sabar

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

kita yg jual buat bizz sampingan pun prnh kena semua yg zai citer ,... memacam ragam .. kita pun jual harga dealer tak amik utg apa pun ..just nak share dgn kawan2 brg2 yg murah & berkualiti utk kengkwn .. sabar yer zai..

maya amir berkata...

betul zaila..saya sokong.. bile dah start bisnes, baru kite faham kan.. tapi pelanggan pun agak2 laa kan.. slalu nak murah tapi nak cantik (mcm kami yg amek gmbr laa..) bengang tapi nk wat camne... huhu.. sabar ye..& good luck:)

Zaila Mohamad berkata...

Ibu ZAAZ, thanks..memang nak kena banyak bersabar..dulu tak jadi peniaga tak tahu semua perasaan macam ni, la ni baru tahu;D

Zaila Mohamad berkata...

farah, kalu akak marah-marah, husband akak yang banyak bg nasihat & pastu akak terus je cool down..hehehe
biasalah kan, manusia ni ada memacam ragam;D

Zaila Mohamad berkata...

Di, memang macam tulah kan..kena banyak bersabar..

Zaila Mohamad berkata...

Maya, sebab tu zaila kalo ke kedai macam malu nak minta harga murah gila2 sangat sebab kita pon kesian juga kat diorang kan..jadi peniaga ni bukannya senang, memacam nak kena buat, pendek kata kalo salah buat boleh rugi

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^