Di sini Zaila ingin mengambil kesempatan untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya berkenaan wall covering ni;-
1) Salam Zaila, wall paper ni material dia ni kertas ke.kalis air tak?sesuai untuk bathroom tak?
Jawapan : W'salam, material wall paper ni memang kertas tapi bukanlah kertas biasa yang mudah terkoyak tu, ianya agak berat & tebal juga. Tentang kalis air tu, Zaila rasa once dah lekat kat dinding, kalau kita pasang dengan elok (tak ada bubble kat dalam tu) ianya akan tahan lama so kena pastikan yang permukaan dinding tu betul-betul bersih & licin. Tapi pada pendapat Zaila, wall paper macam tak sesuai je nak pasang kat dalam bathroom (kalau bahagian tinggi mungkin sesuai) tapi kalau bahagian bawah, mungkin dikhuatiri lama-lama struktur wall paper tu akan terkopek dengan sendiri disebabkan keadaan bathroom yang sentiasa basah. Mungkin saudara danpokde boleh cuba design kat bawah ni;-
tapi yang ni macam futuristik sangat pula!!
gambar dari sini.
2) Di mana Zaila beli & berapa harga wall paper tersebut~soalan ni ditanya oleh kebanyakan teman Zaila yang berkunjung ke rumah & ada juga dari facebook.
Jawapan : Zaila beli wall paper ni LAMEX Sunway Pyramid. Sebelum tu, dah banyak kali survey kat website LAMEX & bila tiba masanya *mahu pindah rumah*, Zaila & husband ke cawangan LAMEX di Sunway Pyramid untuk membeli wall paper yang berkenan di hati;)
Harga untuk 1 roll (10 meter) adalah RM150 & untuk kos pemasangan pula kita akan dikenakan RM250 (untuk setiap pemasangan) tapi dek kerana Zaila & hubby suka mencuba sesuatu yang baru
Ada soalan lagi tak?? Pasni sape2 nak upah Zaila & husband pasang wall paper kat rumah korang, jangan malu jangan segan ya..kami amik upah tak mahal pon;D
4 ulasan:
wah zaila pasang sendiri? tabik betul.. nampak kemas sangat2 hehe
haah..kemas sgt
hi zaila..cantik wall paper tu..
nk gam wallpaper tu ade gam khas die kan? ingt nk pasang sndiri jugk..heheh
Lady, thanks..berpeluh ketiak Zaila & hubby masa pasang wallpaper tu;D
Joy, thanks!!
Farah, a'a ada gam khas, kat LAMEX tu ada jual, kalau tak silap Zaila harga RM20 satu plastik, gam ni kena bancuh dalam baldi pastu gunakan roller (yang sapu cat tu) masa nak sapu kat dinding, memang kena pastikan yang gam betul2 kena dekat dinding tu, kalau ada bubble nanti xlekat dengan cantik pula
Catat Ulasan