Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label House. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label House. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mac 2013

Betul Ke?

Gambar diambil dari facebook

Lawak ke tak lawak? Aku tak pastilah betul ke tak caption kat atas ni Ustaz Azhar Idrus yang cakap / ada orang lain yang gunakan gambar UAI & letak ayat macam tu, cuma nak tanya uols housewife kat luar sana betul ke apa yang dikata tu? Memanglah dalam bentuk lawak tapi aku rasa macam sinis pon ada..Macamlah kerja kami ni tahu nak menghabiskan duit laki aje:P

Takderlah selalu kerja aku nak menghabiskan $$ laki kecuali time-time tertentu seperti time dapat bonus ke durian runtuh ke, masa tu barulah panjang list aku bagi kat en suami..HAHAHA tapi tak semua di approved youuu..so bersyukur aje dengan apa yang ada, yang penting jangan meminta-minta sampai laki kita naik pening & last-last cari ketenangan kat luar rumah..isy bahaya tu:P

Bila dah tak kerja ni, aku xsukasangat dah shopping baju-baju ni, tapi rasa macam suka pula shopping barang dalam rumah, nak cantikkan rumah aje, maklumler 24/7 kita kat dalam ni so nak juga merasa berada di dalam rumah yang kita selesa berada kat dalam tu kan? right now tengah melobi en suami supaya tambah dapur kat belakang rumah tapi aiyayayaya memanglah perlukan modal yang besar so berangan jelah dulu..itu yang paling termampuuu:))

Rabu, 1 Jun 2011

Wordless Wednesday









bukan calang-calang kontraktor!!

sila tengok gambar dari bawah ke atas~malas nak susun punya pasal!!

Isnin, 28 Februari 2011

Kisah Wanita & Set Pinggan Mangkuk

Waaah tajuk bikin gempaks aje..Inilah padahnya kalo hari minggu tak keluar & macam biasalah your's truly ni kejenya mengadap netbook layan blog jelah;)

By the way this is a scheduled entry memandangkan harini Zaila mungkin sedang sibuk bekerja *no more blog & facebook during office hour unless the bos was not here*. Ok, "kisah wanita & set pinggan mangkuk" ni Zaila rasa semua wanita akan melaluinya samaada cepat atau tidak aje. Kalau cepat, maksudnya si wanita itu memang gatal nak berumahtangga & kalau lambat pon bukan sebab dah berumahtangga tapi mungkin faktor kewangan yang stabil membuatkan wanita itu mampu memilikinya.

Hehehee..faham tak apa yang Zaila cuba sampaikan ni?? Senang cerita macam nilah, orang perempuan ni memang tak dapat dipisahkan dengan set pinggan mangkuk. Tambah-tambah apabila sudah berumahtangga. Teringat mak Zaila yang memang suka beli pinggan mangkuk chap Arcoroc ke Arcopal yang kaler coklat tu..Haaaa, sekali beli memang berset-setlah, dari sekecil-kecil pinggan (pinggan sambal lada) hinggalah ke sebesar-besar pinggan (pinggan nasi tambah) & juga set jag & gelas. Beli banyak-banyak lepas tu simpan dalam almari kaki kayu yang depannya pula cermin gelongsor tu *boleh imagine tak*

Lepas tu bila ada jiran sekampung nak buat kenduri, mak tak lokek bagi pinjam TAPI dengan syarat; tandakan bawah pinggan tu dengan liquid paper supaya nanti boleh cam & hantar balik kepada mak. Kelakar bukan?? Tapi itulah fungsi pinggan mangkuk mak yang berlambak-lambak dalam almari tu;D

Bila Zaila dah berumahtangga ni, baru tahu betapa pentingnya set pinggan mangkuk *yang cantik ya bukan yang free bila beli sabun Daia tu* dalam kehidupan kita. Yerlah kan, di tambah pula bila ada sedara mara / rakan taulan yang bertandang ke rumah, tak ke malu kalau nak hidangkan lauk pauk dalam pinggan yang "kahwin campur". Hehehe, tapi macamlah Zaila tak pernah mengalami saat itu..Pernah yaaa!! Terutama bila kami bermastautin di Shah Alam ni sebab ramai adik beradik en suami yang suka datang bertandang ke rumah. Sekali datang bukan 1 famili tapi sampai 2,3 famili & of courselah sampai penuh rumah sewa Zaila yang kecil ni;)


Masa tu malunya bila pinggan tak cukup. Sudahnya tuan rumah kenalah buat-buat kenyang untuk bagi muka kepada tetamu menjamah makanan;D Lepas tu, kalau ada pun, pinggan mangkuk yang dihidangkan tu main campur-campur je, kaca dengan plastik, kaler pun tak sama & ada juga pinggan percuma bila beli ubat gigi Darlie..Sungguh memalukan tapi biaserlah bak kata kakak-kakak ipar "Pelan-pelan kayuh La, biaserlah ni masa mula-mula kawen"


Zaila bersyukur juga sebab masa kahwin dulu ramai kawan-kawan yang hadiahkan kami pinggan mangkuk. Walaupun bukan set pinggan mangkuk yang mahal-mahal tapi Alhamdulillah, sampai rumahtangga kami masuk 5 tahun pun masih tahan tau!! Masa lepas kahwin, Zaila terus ikut en suami berhijrah ke Pontian, Johor. Sempatlah juga merasa hidup di kejauhan selama setahun. Masa tu ke Johor hanya berbekalkan toto, segulung tikar, lesung batu & periuk usang ihsan dari mak Zaila. Cukup menyedihkan.. *eh tercerita di sinilah pula*


Berbalik pada kisah wanita & pinggan mangkuk pula, inilah pinggan yang pertama sekali Zaila guna & masih lagi guna sekarang;-

jenama Claytan, sudah 5 tahun berkhidmat & bunga di pinggan pun masih "segar" lagi. Yang warna putih bunga kecil tu hadiah dari junior Zaila (Ija, Nana & Hana), yang bunga biru tu pula hadiah dari kawan en suami, yang hijau garis-garis tu dari sepupu en suami & yang kat belakang sekali pula Zaila beli dari jualan gudang di Kota Kemuning pada harga RM10 sajo

Agak lama jugalah kami menggunakan khidmat pinggan chap Claytan ni, sampailah kami berhijrah ke Shah Alam & en suami bertukar kerja di sini. Alhamdulillah murah rezeki kami bila en suami mendapat cabutan bertuah set pinggan mangkuk berjenama semasa ke staff trip kompeni anjur di Bali pada tahun 2007. Tapi sayangnya nak guna so simpan elok-elok dalam KC kat rumah tu. Kalau ada tetamu baru keluarkan-____-

ini baru mangkuknyaaaa

set teko, cawan, piring & seangkatan dengannya



Sekarang ni, sejak dah kenal dengan IKEA, Zaila lagi suka beli & kumpul barangan dari IKEA pula. So kebanyakan pinggan mangkuk di rumah ni dibeli di sana. Sudahlah murah, comel bergaya pula!! *mode tengah berazam nak kumpul pinggan mangkuk IKEA banyak-banyak ni* Yerlah, nak beli semua set sama kaler haruslah pancit kan so every month beli sikit-sikit;D bijak tak??

salah satu koleksi gelas dari IKEA


Lagi satu, Zaila ni suka juga kumpul pinggan mangkuk percuma yang menawan hati ni. contohnya cawan percuma bila beli kopi 3 in 1 ni;- *feeling ala-ala kopitiam gituuuuuu*

tapi sempat kumpul dalam 3 set ajork!!

Lepas tu adalah sikit-sikit bekas chumel-chumel buat letak lauk pauk & digunakan masa kenduri kecil-kecilan kat rumah ni macam masa open house tahun lepas;-

kebanyakannya beli di Pengkalan Kubur & setiapkali balik bercuti & ada budget lebih, memang kami suka berbelanja di sana berbanding di Langkawi (maklumlah, Langkawi pun tak pernah jejak lagi)

Macam nilah kisah wanita & pinggan mangkuk, saling tak dapat dipisahkan. Tak kiralah kita datang dari zaman mana tapi masih lagi mencintai benda yang sama. Kalau dulu, mak-mak kita tak kerja tapi untuk mendapatkan set pinggan mangkuk ni sanggup simpan duit belanja dapur sikit-sikit, takpun main "kutu" sama-sama & paling tidak pun ambil ansuran dengan TokSeh (Pakistan) yang selalu datang jaja kat rumah tu. Zaman sekarang pula lagilah senang bila ada duit, masuk kedai main tunjuk aje kan?? Kalau nak yang berjenama sket haruslah order / beli dari oversea. Pendek kata, kaum wanita memang tak boleh berpisah dengan pinggan mangkuk ni kan;D

Tapi bila dah terlampau minat sangat, sampai ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membelinya TAPI bukan untuk diguna, tapi sebagai hiasan di dalam kabinet kaca kat rumah tu. Kalau Zaila, takderlah sampai tahap macam tu kot *crossing fingers*
Tapi berangan juga nak dapatkan kabinet yang comel-comel untuk simpan koleksi pinggan mangkuk Zaila ni. Walaupun bukan Vantage ke apa ke tapi rasa macam nak simpan elok-elok & bila ada tetamu datang boleh keluarkan untuk diguna pakai *bukan sekadar hiasan sahaja ya*
yang ni sesuai letak kat dapur je kan??
yang ni cantik tapi kalau jatuh, mahu berderaii
yang ni bertutup kaca, ok sket kot untuk mereka yang ada anak kecil
Buat suami di luar sana tu, fahami & turutilah kehendak isteri yang selalu meroyan nak set pinggan mangkuk baru bila tiba aje musim perayaan. Bukan apa, set pinggan mangkuk ini melambangkan peribadi tuan rumah juga. Kalau tetamu datang dihidang dengan pinggan yang bercampur-campur warnanya, bukanlah melambangkan kita ni seorang yang mengambil remeh dalam soal penampilan diri & rumahtangga?? Well, bukan semua orang mampu terus membeli set pinggan mangkuk di kala mendirikan rumahtangga kan, jarang sangat orang yang mampu tapi seeloknya berusahalah untuk mendapatkan satu set yang lengkap. Bak kata kakak ipar Zaila tadi "Pelan-pelan kayuuuuuuuuh";)











Ahad, 24 Oktober 2010

Hospital Columbia Asia Bukit Rimau kini telah dibuka

Sabtu yang lepas, Zaila & husband berkesempatan melawat ke hospital Columbia Asia Bukit Rimau yang baru dibuka di kawasan rumah kami. Zaila rasa inilah hospital yang terdekat dengan rumah (dalam 15 minit perjalanan) selain Selangor Medical Centre (SMC), SALAM, DEMC, Sentosa & tak ketinggalan juga Hospital Tuanku Ampuan Rahimah aka Hospital Klang. Since Columbia Asia ni adalah one of the panel hospital for our child's insurance so Zaila rasa kami patut singgah sekejap on their open day untuk survey-survey apa yang patut;) cakaplah nak survey labor room yang ada kat sini

Secara overall, memang tersangatlah cantik hospial ni *maklumlah masih baru lagi* & wad-wad yang ada semuanya pasti akan menjanjikan kepuasan untuk pelanggan mereka. Tapi Zaila rasa bila dah start beroperasi nanti, mesti akan fully occupied memandangkan kat area Kota Kemuning ni, ini sahaja hospital yang terdekat & tercantik servis tak tahu lagi camne & sekarang ni orang tak berkira sangat tentang kos yang perlu ditanggung melainkan keselesaan & juga layanan yang baik yang diharapkan oleh pesakit. Tapi bagi kami, kalau mahal sangat pon, tak logik juga kan so baik survey-survey dulu hospital mana yang berkenan di hati *in case kalau kompeni tak cover kos perubatan mereka*

So berikut ada beberapa gambar yang sempat Zaila snap sebelum bateri kamera Zaila kapussshhhh padam..hehehe;-

Actually hari tu kami pergi agak lewat juga sebab bangun lambat & bermalas-malasan di rumah so masa kami sampai tu, banyak goodies bag yang sudah habis, pastu makanan free pon dah takde, parking penuh & kami xsempat pon bertemu dengan maskot Upin & Ipin yang dijemput khas untuk menggembirakan kanak-kanak pada hari tersebut. Tapi it's ok sebab Zaila pon singgah sekejap sahaja sebab masa tu kami pon on the way nak ke Hospital Serdang bagi melawat adik ipar Zaila yang baru deliver baby kat situ. SO layan the all the piccas hokey;)

welcome to Columbia Asia;- kat bahagian kaunter pendaftaran

ini bilik yang ada twin bed

tv pon ada dua so takyah nak rebut-rebut;D

yang ni bilik nursery (ianya bersambung dengan labor room & juga NIUC)

yang ni ada 4 katil, bilik dia still nampak luas kan?
yang ni pula single bed punya bilik, toilet dia mak aih punyalah besaq!!

macam perasaan dok kat rumah sendiri pon ada;)

pakej yang ditawarkan

gambar-gambar menghiasi laluan *hospital baru, deko pon lawa*

sinilah labor room (tingkat satu) aka bilik meneran (tapi untuk bersalin normal sahaja, kalau Ceaser bilik operation kat bawah ya)

Zaila ada juga bertanyakan pakej bersalin kat sini tapi memandangkan hospital ni masih baru so tak ada harga yang ditetapkan *yang pasti sedialah duit dalam 3~4k untuk bersalin normal, kalau operate, wallahua'lam*

Herm, tak pasti lagi akan deliver di sini atau tidak memandangkan kat sini hanya ada 2 orang Gynae (sorang lelaki & sorang perempuan) & both are non-muslims so agak kureng sket *tolak satu markah* Tapi Zaila pon lambat lagi nak deliver so mana tahu nanti akan ada Gynae perempuan muslimah akan mengisi slot di hospital ni *hoping & praying*

MIL sempat check her blood pressure haritu;)

the man in white t-shirt yang bawa kitorang tour the hospital that day

owh, seb baik resultnya ok!!

kat sini ada check kandungan dalam darah secara percuma tapi masa Zaila datang ni kaunter dah nak tutup

ramainya orang sakit

harap-harap kos rawatan kat sini tidak mahallah ya

cafetaria

senarai doktor yang bertugas

Kami berada kat sana tak lama pon, sekadar survey-survey sahaja..Lepas je tengok keadaan dalam tu, kami ke Hospital Serdang pula. Asek ke hospital aje ya;-)

Selasa, 3 November 2009

~~Sneak Peak~~

Adoiii...macam movie pula!! Pssstttt..korang nak tengok tak rumah baru Zaila tak?? Sila skroll ke bawah!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Eh silap!! Ini gambar Econsave;P

Jangenler marah..gurau je..
ni haaaaaaaa kat bawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Owh tapi ini hanyalah gambar tepi (siap ada nama ejen hartanah lagi tuu)
Buruk kan??
Alhamdulillah, ini yang kami mampu buat masa sekarang
setelah menyewa hampir 3 tahun
kami tak sabar memutuskan untuk membeli rumah sendiri
kenapa ianya bukan rumah baru??
entahlah, mungkin kami ni jenis gelojoh tak sabar kot
lagipon ini yang mampu dengan tahap kewangan kami
bukan tak nak beli rumah baru
tapi kami tak larat nak tunggu lagi
biarlah kami tinggal di sini dulu
ada rezeki lebih kami beli rumah lain lagi^_^

Nak tengok gambar depan pula??
haish..maluuuulaaahhh!!
tapi takpe
tengok ni dulu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tapi yang ni bukan gambar rumah Zaila
cuma design lebih kurang macam ni
kecik je rumahnya
owh sebelah rumah Zaila ada house for sale
ada sesiapa yang berminat nak berjiran dengan Zaila tak??
bolehlah call ejen tu tanya
takpun sms kat Zaila & nanti Zaila forwardkan nombor ejen tersebut
harga yang ditawarkan adalah RM230k (negotiable)
hermm..rumah Zaila beli ni murah sket dari harga tersebut
rumah pula sudah lengkap dengan kitchen cabinet, air-cond, water heater, fan, lightings,
complete with grill & depan rumah pon dah siap ditileskan
Alhamdulillah rezeki kami
Actually masa nak beli tu, ada seorang lagi buyer yang sudah berminat
tapi nasib baiklah kami sempat memotong Q membeli rumah tersebut
harap2 rumah ini akan menjadi aset yang paling bernilai buat kami & anak2
hubby kami suka sebab rumah ni dekat ngan sekolah
dekat ngan pasaraya (Econsave, Carrefour, Jusco Bukit Tinggi)
dekat ngan highway KESAS
dekat ngan hospital (HTAR Klang & Columbia Asia)
dekat ngan restoran fast food (McD, Secret Recipe's, Pizza Hut, Domino's, Pizza Vs Satay & many more)
dekat ngan bank (Maybank, Hong Leong & EON Bank)
Owh maksud dekat bagi Zaila bukanlah betul2 depan rumah Zaila (kecuali Econsave)
maksud dekat tu hanya beberapa minit (10~15 minit dari rumah)
kalau jauh pula seperti dari rumah Zaila ke MidValley
kalau jauh lagi, seperti dari rumah Zaila ke KLCC
kalau betul2 jauh pula, dari rumah Zaila ke rumah mak Zaila di Kelantan
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
yang tu memang jauh;)
Nampaknya Zaila dah makin melalut ngan cerita yang mungkin membuatkan kawan2 boh-san
hermm
Insya Allah dalam penghujung tahun ini Zaila dapat menjejakkan kaki ke rumah baru
doakan segalanya akan berjalan dengan lancar ya
thanks!!!





Isnin, 13 Julai 2009

Layan Gambar Sat

Actually hari ni raser sakit hati sangat2 ngan *&%$%$ tu..pagi2 dah bikin darah Zaila mendidih..tapi naseb baiklah ader kawan2 kat opis yang sudi nak dengar luahan hati Zaila ni..kami bercerita pasai banyak benda especially pasai dekorasi rumah..al-maklumlah xlame lagi nak masuk rumah baru so dalam pale otak Zaila ni masih tercari2 warna yang sesuai ntok jadikan rumah Zaila nampak luas & xcrowded ngan perabot..kawan2 ader cadangan x??

So sekarang ni terasa rajinlah nak surf internet cari ilham pelbagai..kalo uols ader tips/pendapat nak share, lagi bagus..tambah bagus kalo dapat kongsi bersama gambar ruang tamu atau mana saja ruang dalam rumah uols..best gak kalau dapat kongsi2 info..ape2 hal..just layan gambar2 ni dulu ya;-) (all pics are googled from internet)

rumah ni nampak simple, tapi warna putih..herm..

Zaila suka rumah yang banyak masuk cahaya..kalo bole xnak bilik gelap..

Warna ni pon ok jugak kan??

Zaila suka dekorasi yang simple jer

Suka sofa corak gini

Yang ni rasa macam a bit serabut sket kan??

Suka gabungan warna sofa & dinding tu..

Kelabu pon ok jugak

Nampak luas kan??

Warna biru nampak tenang jer..

Zaila rasa macam berkenan warna2 earth color jer..contohnya kelabu, hijau lumut, silver & putih (this is strictly NO for us)..rasa macam warna soft macam light pink, kuning or cream dah xin-trend dah kan??tapi xtau r..Zaila ni bukan reti sangat pasai interior design ni cuma Zaila dok perati kebanyakan rumah mesti banyak pakai colour yang Zaila mention tadi..tapi kadang2 risau gak warna yang kita rasa cantik di mata kita orang xsuka;p

Sekarang ni tgh surf internet atas katil sorang2..Haziq & Ameera dah tido..hubby plak g office siapkan keje..so best jer layan blog kawan2 sambil2 search contoh2 dekorasi rumah..pasni nak try masuk website Ikea sat..huhuhuhuhu..bestnyer kalo dapat berangan hias rumah cantik2..walaupon pada hakikat yang Zaila kn terima kami xleh nak hias rumah sangat pasai anak2 kami yang sedang aktif membesar tu..ada tak sape2 boleh bagi tips bagaimana nak ajar anak supaya jangan kacau / rosakkan barang hiasan kita especially barangan kristal..ader x?? mak nak menuntut ni;-)

Sabtu, 11 Julai 2009

Perihal Rumah-Part 1

Salam hujung minggu semua..terasa lamenya tak hapdate blog ni..bukan hape, sekarang kami sedang lalui hari2 yang mencabar dalam hidup kami..huh..baru Zaila tahu bukan senang proses nak beli rumah ni..rase macam terkejar2 jer..tambah2 kat office pon banyak keje..huhuhuhu..rasa macam xcukup rehat jer..very2 stressfull rasanya..arghhh!!!!

Like i said before, Zaila sudah pon lepas stage pertama iaitu bayar deposit untuk rumah tersebut..memandangkan kami beli rumah second (maksud rumah yang didiami owner & bukannyer bermaksud rumah kedua kami ya!!!) so prosedur agak berlainan dari mereka2 yang beli rumah baru..apa2 pon, lega segalanya berjalan dengan lancar..

Actually selepas bayar deposit (2% dari harga rumah), kami diberi masa selama 14 hari working days untuk dapatkan housing loan & sign SNP, kalo tak samada kami kn bayar penalty kepada owner ataupon duit deposit kami akan burn begitu saja (this one minta dijauhkan, habislah segala duit saving kami semua..huhuhuhu). So last week bermulalah sesi pencarian housing loan yang memenatkan..tips yang Zaila nak kongsi di sini ialah sebelum kita putuskan nak beli sesuatu property tu, u better check with Bank Negara either ur name being black listed in CCRIS..sorry Zaila lupa nama penuh CCRIS ni tapi ianya akan jadi panduan kepada bank2 komersial yang lain & ianya akan mempengaruhi keputusan bank itu untuk memberi pinjaman pada kita..

Zaila & hubby pergi ke Bank Negara semata2 nak check status CCRIS kami..kat situ ada kiosk so kita just masukkan ic & result akan keluar, then print it..wallah!!! it easy like 123;-)
Alhamdulillah, rekod hubby bersih..me??tiada dalam rekod pasai Zaila xder buat loan ape2..ya, loan PTPTN masa belajar tu xdikira ya..hihihihi..naseb xdikira..kalo tak, mahu kn black list;p Kat dalam slip tu, dia akan list down all loans yang kita ada & if kita jadik guarantor kat sape2 pon akan kuar juga..kalo orang tu bayar elok tiap2 bulan ok r..kalo x..kita yang naya..
Macam hubby ada 2 komitmen iaitu loan kereta & credit card..pastu kalo kita bayar every month akan kuar nombor 0, kalo asyik lewat sebulan akan kuar nombor 1, kalo bayar 2 bulan sekali kuar nombor 2, paling teruk nombor 3..in case nombor 2 & 3 ni pon, slalunya komersial bank dah xnak terima pasai diorang consider kita sebagai pelanggan yang bermasalah..tu pasai ramai yang xlepas loan..

so guys, u better check with Bank Negara first, declare ur status before u gonna buy a property..bukan pe, bila loan xlulus..duit deposit pon burn..kalo seratus dua boleh consider lagi..tapi kalo ribu riban macam kami dah bayar ni..xker naye???

Ok, sambung sal housing loan ni..setakat ni kami hanya mencuba 7 bank sahaja..cukuplah 7..xlarat dah nak p jajah tiap2 satu bank yang ada kat Shah Alam ni..Alhamdulillah 2 bank dah lulus, yang lain semua akan tahu paling lewat minggu depan..Just nak share ngan uols semua ya;-

Bank2 yang kami apply:-

Bank Public : yang ni ejen hartanah kami yang perkenalkan..jumpa ngan Mr. Lee senior sales executive kat area rumah kami..status loan : hari Isnin baru tahu

Ambank : yang nipon ejen tu yang bagi nombor..jumpa Jeff pon kat area rumah kami..status loan : approved 90% loan with offer -1.75 from BLR (5.55) but he said to fight so that we can get -1.95, result known this Wednesday or paling lewat pon Friday

Alliance Bank : yang nipon ejen tu bagi, jumpa Stephanie kat McD Kota Kemuning..status loan : approved 87% only so kitorang kn tambah lagi dalam 5k, tapi yang bestnya offer diorang bagi 3% fixed for the first year & 2nd year upwards -2.05 from BLR..herm..i think this is the best offer that we get..ader sape2 pernah amik housing loan ngan Alliance tak???bole x cerita pengalaman uols sket???

Bank Islam : ni kami g sendiri kat Bank, jumpa En. Rizal..dia syor agar amik loan atas satu nama jer pasai gaji hubby pon lepas, so in case anything happen kat hubby, Zaila dah xyah bayar the rest of the loan..status : minggu depan baru tahu tapi mungkin dapat pasai company kami ada profile kat sini..rate offer agar tinggi banding ngan bank lain pasai islamic kan..

Maybank : Kami g terus jumpa Sales Exec. En. Mohamad, dia plak suh buat 2 nama pasai in case berlaku perceraian, isteri boleh tuntut hak ke atas rumah tu pasai ada nama isteri & ianya boleh dipanggil harta sepencarian..so kami pon ikotlah kata che mat ni;-) status : isnin baru tahu..rate dioffer 3.8%

EON Bank : yang ni lawyer kitorang yang suggest..status : xtahu lagi;p

CIMB : kitorang bagi kat bank terus..tapi diapunya sales exec. cukup xmesra pelanggan..tapi dengar cerita rate diorang offer best tapi prosesnya lambat..status : pon xtahu

Rasanya sudah cukuplah tu..malas dah nak p bank2 lain..kalau ada bank lain yang offer lagi bagus, maknanya xder rezeki kamilah tu..tapi Alhamdulillah, at least ada sudah loan yang lulus..kalo xlulus semua, i guess MBSB would be our last choice;p

Insya Allah dalam 20hb ni kami akan sign snp, advice dari lawyer kami, suruh pihak bank bagi dulu contoh letter offer yang akan kami sign so that kami boleh pilih which bank will give the best offer & no hidden cost..herm..susah kan..ape2 bank mesti nak lebih kat dia jer;p

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^