Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 31 Oktober 2010

Siapa Lida?

Haritu Zaila pernah cerita kan ada ahli baru dalam famili kami. Bukan kami yang nak bela sangat dia nih, tapi si dia nih yang beria-ia nak tinggal sekali dengan kami;D

Well, sejak dari kecil lagi Zaila memang sukakan kucing so macam pucuk dicita ulam mendatanglah kan!! Actually rimas juga sebab setiap kali balik kerja time penat-penat tulah si dia akan sibuk mengacau sebab lapar..huhuhu..dah jadi satu kewajipan pula asal balik rumah je kena bagi minah ni makan, kalau tak, nak buat satu kerja pon tak boleh..Aduuussss..macam-macamlah!!

Ok, actually Zaila nak cerita tentang macamana si dia ni mendapat nama "Lida".Actually, awal-awal dulu anak-anak Zaila pantang nampak kucing ni, mesti nak halau dengan lidi..Yerlah, kadang-kadang nak buat kerja pon tak boleh sebab si dia ni asyik mengiau je mintak makanan. Bukan tak kasi makan, Zaila siap belikan makanan kucing berjenama lagi tuu (beli yang murah kat kedai tepi jalan tu tak nak makan, memilih sungguh) so penyelesaian yang terbaik adalah dengan menghalau si dia ni dengan lidi *acah je, bukan pukul pon*

So satu hari tu si Ameera dok sibuk tanya "mama, mana lida??" we all ni tertanya-tanya juga apalah yang dimaksudkan dengan lida tu kan..Bila je nampak si kucing ni, Ameera terjerit-jerit "Mana lida, mana lida" so fahamlah kami yang Ameera maksudkan Lida tu sebagai lidi..keh keh keh..sampai ke situ sekali pelatnya;D so everytime nampak si kucing ni kami teringatkan LIDA..hahahaa..lama-lama lekatlah nama kucing ni dengan nama LIDA. Even Haziq pon dah tahu siapa LIDA;-)

Tengoklah gelagat LIDA ni;-
sampai dalam plastik bag pon dia nak masuk tidur
memang seorang kucing yang pemalas; tahu tidur jeee
tengoklah bulu-bulu LIDA, bertaburan atas sofa *seb baik Zaila lapik dengan kain yang dibeli dari IKEA tu*
tangan sape tu??
tangan si LIDA rupanya..macam-macamlah LIDA ni;D

Agak-agak ada sesiapa tahu tak macamana nak kurangkan kuantiti bulu kucing yang luruh merata-rata kat dalam rumah ni?? Adakah berkaitan dengan pemakanan mereka?? Ke nak kena mandikan si LIDA ni??

Harap ada yang sudi membantu;-)

3 ulasan:

mrs adam berkata...

alala hai sedapnye nama kucing zaila.saya pulak takut kucing,bukan takut main2,main takut yg betul2,macam takut hantu.hehe.takut kucing tu gigit.heee

Lady of Leisure berkata...

bulu kucing gugur tu mmg normal sbnrnya, tapi kalau tak nak melekat banyaks angat pada sofa atau baju hari2 kene berus bulu kucing pakai berus yang beli kat petshop.
bila kita berus bulu2 akan tertanggak pada berus, senang nak buang.. lagi satu kalau tak berus kucing tu dok jilat badan dia nanti banyak pulak bulu masuk dalam perut dia jadi hairball..kesian kucing tu sebab tu sekali sekala dia akan muntah nak keluarkan hairball tu... :)

onnie berkata...

salam..
akak pernah bela kucing sblm ni....
menurut vet kat kota kemuning.. jgn bagi kucing mkn makann bergoreng/berminyak..... akak praktikkan (rebus ikan)..Alhamdullilah, mmg menjadi... cuba lah... : ))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^