Kucing yang Ameera panggil Lida sebab mula-mula dulu dia nak halau Lida dengan lidi tapi dia cari lidi dengan nama Lida..So kami panggillah dia Lida..Duduk beberapa bulan dengan kami, bila Zaila mengandung, dia pun
Masuk hari ni, rasanya dah banyak minggu Lida tak pulang ke rumah. Naluri hatiku lebih cenderung mengatakan yang Lida sudah pergi tak akan kembali lagi..Nak kata dia ikut jantan, tak mungkin sebab masa ni 2 ekor anak peninggalan Lida masih menyusu & kalau pon dia gatal sangat, takkanlah keluar membujang sampai berminggu-minggu?? Ada satu haritu Zaila ada nampak macam seekor kucing warna kuning macam nak kena langgar tapi takderlah pula syak itu Lida..Lagipun kalau kena langgar mesti ada mayat dia depan rumah kan?? Misteri sungguh kehilangan Lida ni kan??
Yang paling sedih of courselah anak-anak dia..Masa mula-mula Lida hilang, Zaila perasan yang anak-anak dia tercari-cari & semuanya macam bermuram durja aje, ada yang termenung panjang & ada sekor tu berair matanya. Pelik kan, kucing pun tahu meratapi kehilangan orang yang tersayang..Apatah lagi anak-anak Lida memang manja dengan Lida..Pagi-pagi sohih diorang akan bergurau sambil kejar megejar dalam rumah ni. Lepas tu Lida juga bersikap protective dengan melindungi anak-anak dia dari diganggu kucing-kucing jantan yang sungguh tak handsome & suka kencing merata tu..Kalau handsome tak apelah, ni muka macam anjing bulldog;D
Sudahlah masa tu kami nak balik kampung so manalah tak risaukan keadaan anak-anak Lida ni. Last-last kitorang decide nak tinggalkan diorang dalam rumah dengan makanan penuh tray & air sebaldi dalam toilet. Sebab tulah balik kampung sekejapan sahaja sebab risaukan keadaan rumah. Mahu kalau diorang berak merata..haruslah mak fengsan dengan bau tahi diorang yang semerbak itu kan..Tapi Alhamdulillah, masa kitorang sampai dari kampung, 2 ekor tu seronok aje bertapa dalam rumah & nasib baiklah masing-masing membuang dalam toilet. Bijak..bijak..Bolehlah tinggal lagi kalau macam ni ya;D
Apa-apa pun, kami redha dengan kehilangan Lida..Seb baik kami masih ada Kiki & Lala sebagai penyeri rumah kami dengan karenah mereka yang sungguh comel;) Ameera kadang-kadang tanya juga "Mana Lida mama??" & Zaila hanya jawab "Lida dah mati sayang"..Semoga Lida bahagia walau di mana dia berada..
masa ni 2 ekor ni baru berusia 3 bulan
anak-anak Lida memang jenis rapat dengan Lida







