Tak sangka after bertahun *macamlah lama sangat* berblog, akhirnya akaun Nuffnang Zaila dah ada buffered earnings. Syukur Alhamdulillah..Pada yang tak tahu apa itu buffered earning;-
"Buffered earning are earnings from metered campaigns that are currently running on your blog. These will be added to your total earnings after the campaign ends"
Apa yang Zaila faham adalah blog kita ni telah terpilih untuk menjalankan kempen untuk sesuatu iklan bagi satu tempoh masa yang telah ditetapkan. Contohnya, kalau jenama Sanofi nak iklankan produk terbaru mereka so mereka telah mengupah (betul ke ayat ni) para Nuffnangers *of courselah yang register dengan Nuffnang sahaja* untuk menyewa space di ruang blog blogger berkenaan & mereka akan dibayar mengikut CTR bonus iaitu click per ratio. Satu klik tu kadar bayarannya adalah berbeza-beza mengikut harga pasaran
Setakat ni Zaila tak pernah lagi cash outkan duit dari akaun Nuffnang ni..Maklumlah nak tungu sampai cecah ribuan ringgit gamaknya *ahakss* tapi tengoklah, insya Allah bila dah tiba masanya nanti..haaaiiii, bilalah Nuffnang nak bagi peluang untuk buat advertorial ni (mode berangan). Isy, malaslah nak berangan..Maklumlah pembaca blog Zaila pon bukannya ramai sangat, kalau tak berupdate, sunyi sepi aje blog ni
Well, apa yang Zaila perhatikan ada beberapa faktor yang boleh membuatkan pembaca suka atau ingin datang ke blog kita
1. Blog tu penuh dengan gambar-gambar : Tak dinafikan Zaila sendiri suka
2. Blog yang sentiasa diupdate : yang ni Zaila memang salutelah sebab bukan mudah nak hasilkan satu entry walaupon itu hanya entry bodoh atau tak berilmiah langsung. Sebab ia memerlukan kita menaip, mengedit, mengupload & sesetengah orang tu nak letak watermark
3. Blog yang ada identiti tersendiri : Kalau personal blog, biasanya pembaca akan mudah tertarik dengan blog yang ada keunikannya tersendiri. Tak kisahlah kalau anda ni suka shopping ke, suka memasak ke, suka make-up ke, suka review pasal bola ke, politik ke, artis ke atau apa-apalah yang boleh diceritakan so kebarangkalian untuk famous adalah tinggi. Macam Zaila ni blog Zaila banyak menceritakan pasal kehidupan Zaila & kadang-kadang ada juga Zaila berkongsi tips dengan kawan-kawan tapi nampaknya i'm not good enoughlah dalam berblogging sebab masih tak ramai yang mengenali Zailabinimdae (Zaila isteri kepada Mdae) ni;D
4. Blog yang suka mencarut/maki hamun orang : Haahaahaa, jangan tak tahu, ada je orang yang suka baca blog yang macam ni..Saling mengutuk sesama kita, pastu berbangga pula dengan benda-benda tak senonoh. Zaila agak mesti orang tu suka lihat apa sahaja aksi/tindakan bodoh si polan-polan ni suka buat & diorang baca pon bukan untuk mencari ilmu tapi sekadar membuang masa sahaja *ye ke??
Rasanya itu sahaja yang Zaila sempat fikirkan. Blog Zaila pon masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki especially coding untuk tempat letak iklan Nuffnang tu. Ingat nak tukar template baru ah cuma takde masa je nak godek-godek cari tema yang best. Buat masa sekarang, bersyukur apa yang ada & semoga blog "Welcome to my Life" akan bertambah maju..
*macam poyo je tajuk blog Zaila kan??*
5 ulasan:
lagi satu belog yang update citer artis :p
Tahniah dah banyak BE tu :-)
yati pun blom jadi blogger tegar lagi.. merapu merepek je byk hihi
pasal nuffy sama la kita tak cash out lagi, bukannye ape.. tak byk pun haha
Wahaa Bestnye Zaila..CONGRATS!! Blog Zaila pun best jugk ape..Keep on blogging :)
wahh, hebat nye zaila..banyak nye pitih..paling lama akk tengok iklan lactacyd tu kan..berbaloi2..
blog resepi dgn pic yg menarik mcm blog mat gebu tu..ok kan
Catat Ulasan