Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 16 November 2010

Apa Benda Yang Sebuah Blog Niaga Perlu Ada??

Salam semua, agak lama juga Zaila tidak berkongsi sesuatu tentang bisnes di blog ni. Asyik-asyik bercerita tentang diri & anak-anak kan sampai naik muntah korang ya so kali ni Zaila nak kongsi beberapa idea bagi mereka yang berniat untuk memulakan sebuah perniagaan online iaitu apa benda yang sebuah blog niaga perlu ada. Apa yaaaa??

1. Of courselah Gambar barang untuk dijual kan

Nowadays ni memang banyak pilihan barangan yang kita boleh beli secara online. Baik pakaian, makanan, kosmetik, aksesori, malah rumah, tayar, kereta, hanger sila singgah Mari Kelih Store. Pendek kata mak dengan ayah kita aje yang tak ada dalam kedai online ni, benda lain semua boleh cari & beli;-) So elemen yang paling penting mestilah gambar yang menunjukkan gambaran sebenar barang yang kita nak jual kan?? Takkanlah nak jual pinggan mangkuk tapi sekadar meletakkan gambar mee goreng yang diletakkan di atas pinggan tersebut (konon cantiklah hiasan tu) tapi macamana pelanggan ingin melihat keseluruhan pinggan tersebut seperti corak hiasan di atasnya, bentuk fizikal pinggan tersebut & sebagainya. Kalau nak letak juga gambar mee goreng tu, eloklah dinyatakan sebagai contoh penggunaan pinggan tersebut. Sekiranya kita menjual pakaian, jangan pakai pakaian tersebut sebaliknya gunakan patung untuk dipakaikan pakaian tersebut bagi mengelakkan ianya rosak/kembang (stretch). Banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan di sini tapi yang pasti biarlah dapat menerangkan tentang produk sepenuhnya agar pelanggan kita tidak tertanya-tanya;)

2. Maklumat Yang Lengkap

Maklumat seperti harga barang, material, dimensi, cara penggunaan, kebaikan produk juga penting untuk menarik perhatian pelanggan. Harga sudah tentu harus kompetitif & kalau boleh nyatakan terus harga bersama kos pos nagi mengelakkan pelanggan rasa keliru. Kalau ada testimoni dari pelanggan pon boleh juga diletakkan di blog untuk meyakinkan pelanggan tentang produk kita tu. Tapi janganlah sampai menipu testimoni pula ya;D Owh, jangan lupa juga untuk meletakkan info tentang kita seperti nama syarikat (kalau ada), no. telefon, email & cara-cara untuk membayar pesanan seperti menyatakan maklumat akaun bank yang digunakan.

3. Borang Pesanan

Bila dah cukup maklumat, mesti pelanggan akan mencari borang pesanan untuk membuat pesanan so eloklah diletakkan borang pesanan tu di bahagian bawah blog atau mana-mana tempat yang senang untuk dilihat;-) Kawan-kawan boleh merekacipta sendiri borang pesanan di website ini. Sebarang pesanan yang dihantar oleh pelanggan akan dihantar terus kepada email kita, ini memudahkan kita untuk memberi maklum balas dengan kadar segera & boleh menyimpan rekod pelanggan juga!!

4. Ruangan Chat / Pertanyaan

Ini pon antara elemen penting juga sebab selain berfungsi sebagai ruangan untuk pelanggan bertanyakan soalan, ia juga sebagai tempat kita membuat marketing dengan pergi (read:melayari atau surfing) blog niaga yang lain & meninggalkan jejak kita seperti "hanger pada harga borong di sini". Saling bertukar link (alamat blog kita) dengan peniaga online yang lain juga dapat menaikkan kunjungan trafik ke blog kita. Bila ramai orang masuk ke blog kita, maka kebarangkalian untuk membeli adalah tinggi juga;-) Sila ke website ShoutMix untuk mewujudkan ruangan chat anda sendiri;-)


5. Jejak Parcel Anda!!!


Bagi blog yang sudah ada pelanggan, letakkan jejak parcel di dalam blog supaya senang pelanggan mengetahui & seterusnya menjejaki parcel diorang. Selain dari itu, ia juga mungkin dapat menarik minat pelanggan yang lain kerana persepsi mereka "blog yang ada ramai pelanggan adalah sebuah blog perniagaan yang bagus". Jadi secara tak langsung dapat meningkat keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang kita tawarkan;-)


Rasanya itu sahaja di antara elemen-elemen penting yang harus ada di dalam sebuah blog perniagaan. Owh, ada satu lagi pastikan blog tersebut berlatar belakangkan warna putih atau warna-warna yang sejuk agar mata pelanggan tidak silau/sakit mata semasa melihat barangan kita. Bak kata mat salleh "make it simple" dengan meletakkan benda-benda yang perlu sahaja. Jangan jadikan blog perniagaan sarat dengan aplikasi-aplikasi yang kadang-kadang boleh membuatkan blog kita "berat" untuk diterokai;D


Semoga apa yang Zaila kongsi di sini dapat memberikan ilmu kepada kawan-kawan di luar sana yang berkeinginan untuk memulakan perniagaan secara online. Walaupon Zaila ni bukan ahli perniagaan ternama mahupon sifu dalam dalam dunia biz, tetapi semoga secebis tips ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya..poyo je ayat ni

saje nak tunjuk gambar macamana Zaila pos hanger kepada pelanggan



pastu balut lagi, berapa lapis punya balutan daaaa

Semoga entry ni dapat memberi idea kepada kawan-kawan yang ingin mengusahakan online biz;)


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Sis, TQ for sharing info..banyak membantu saya beginner blogger bis online.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^