Apa-apa pon, let's just pray that baby comel dalam perut ni cukup sifat & sihat walafiat. Tak kisahlah mama makin tembam membam pon, yang penting semua selamat kan;) Nampak gaya Zaila sudah boleh start shopping barang-barang si kecil memandangkan keadaan diri yang dah tak berapa nak larat untuk shopping ni *tapi kalau shopping online juga adalah sangat best* Pendek kata, menghabiskan duit memang best;D
Rasa macam sudah lama tidak beranak kecil so rasanya hampir kesemua barang kena beli yang baru. So jom kita buat list apa yang perlu dibeli & apa yang boleh direcycle semula dari barang-barang Haziq & Ameera :-
1) Pakaian baby
yang ni of courselah kena beli semua baru kan..Tuala pon sama, sarung tangan, sarung kaki & seangkatan dengannya..Excitednya nak beli baju-baju newborn yang tak dinafikan comel-comel belaka..Tapi seeloknya beli tak banyak sebab baby ni cepat besar takut pula ak sempat pakai semua nanti;D
2) Tilam
yang nipon tersangatlah penting memandangkan most of the time baby akan berada di bawah sahaja (maksudnya bukan atas katil) so kenalah ada tilam yang bersih & empuk untuk baby "landing-landing" sambil mama baring tepi baby *hahahaha, ayat boleh blah*
3) Set Mandian Baby
of courselah jenama Johnson's yang jadi pilihan. Beli aje Johnson's from head to toe senang cerita. Pastu urut pula dengan Johnson's lavender oil..Mesti baby seronok & tidur lama-lama *itupon kalau kenyang*
4) Baby Cot
Actually kompeni ada hadiahkan baby cot buat kami masa zaman Haziq dulu & sampai sekarang pon masih ok lagi..Cuma nak kena pasang balik & tukar cadar baru & tambah aksesori yang berpusing-pusing kat atas tu je *harap-harap baby yang akan tidur dalam ni & bukannya abang atau kakak baby* Actually baby cot ni Zaila jarang guna masa zaman Haziq & Ameera tapi untuk adik kali ni agaknya kena pakai balik sebab risaukan keselamatn baby..Maklumlah abang & kakak baby ni masih kecil-kecil lagi so eloklah ambil langkah berjaga-jaga dulu kan;)
4) Stroller
Stroller pun kena beli baru juga. Masa zaman Haziq haritu, kami beli jenama Sweet Cherry je, eventho jenama Malaysia & harga murah aje (RM170) tak dinafikan banyak berjasa kepada kami. Sampai sekarang pon elok lagi cuma tersangatlah kotor kerana maklumlah sudah 2 orang yang menggunakan perkhidmatannya. Kali ni kalau boleh, nak cari yang boleh muat 2 orang sekaligus *kalau ada budget lebihlah* takpon tak payah pakai langsung;D
5) Hias Bilik Baby
Hahahahaaa..ini memang over!! Tapi sebelum berpantang ni, kalau boleh Zaila nak siapkan bilik baby (tingkat bawah rumah kami) sebab bila dah bersalin nanti tak payah dah nak risau barang-barang baby tak jumpa atau berterabur atas lantai. Alahai sukanya Zaila kalau dapat menyediakan bilik khas buat si baby;) Jom layan gambar lagi;-
Oklah, dah lari dari tajuk sudah;D Apa-apa pon, apa lagi ya barang baby yang harus ada???
4 ulasan:
adehhhh, i ni jgn ke kata beli, list pun tak buat lagi! apa yg disibukkan pun tak tau! he he!
breastpump ..jgn lupa!!
comel2 nya zaila, geram tgk barang2 baby nih..
Minyak Telon? hehehehe
Catat Ulasan