Jom singkap kenangan-kenangan yang telah Zaila lalui sepanjang 2010;-
Januari :- Seingat Zaila masa ni baru dapat duit bonus yang kompeni bagi. Sempatlah berjimba dengan junior-junior Zaila& masa ni Haziq dah mulakan sesi persekolahan di Taska Cahaya Intelek & paling best bila dapat hadiri Nuffnang Friso Gold Family Day Out!! Owh tak lupa juga birthday celebration dengan yang tersayang!!
Februari :- Bulan ni Zaila banyak fokus untuk online biz yang Zaila buat. Terima kasih buat husband yang banyak menyumbangkan modal dalam melihat isterinya menjadi seorang businesswoman yang berjaya *walau tak berjaya mana* tapi Zaila sempat join ilovebazaar part 1 & ilovebazaar part 2 di Subang Parade selama 2 hari & thanks pada kawan-kawan blogger yang sanggup datang memberi sokongan kepada Zaila;)
Mac :- Bulan ini juga Zaila makin aktif join bazaar-bazaar yang ada. Sempatlah juga join bazaar sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC. Bulan ni juga en suami outstation ke Turkmenistan & agak mencabar juga buat Zaila memandangkan masa ni kami dalam proses berpindah ke rumah kami sendiri. Syukur Alhamdulillah, dengan sokongan famili & kawan-kawan..akhirnya berjaya juga mengharungi saat-saat getir itu *walaupon masa tu Haziq kena athma attack*
April :- Walaupun en suami tiada di sisi, Zaila sempat siapkan proses memilih cat di rumah baru, packing barang & bersihkan rumah & of courselah dengan bantuan adik-adik ipar Zaila yang baik hati tu;-) Pendek kata bulan ni kami memang sibuk untuk berhijrah ke rumah baru & yang penting rumah kami sendirik yang dibeli hasil titik peluh, simpanan mahupon bantuan kewangan dari Mak Limah..Syukur Alhamdulillah..
Mei :- Sudah memulakan kehidupan di rumah baru & suasana baru. Sempat lagi bagi tips untuk mereka yang ingin berpindah rumah tu & yang ingin DIY wall covering kat rumah!!
Jun :- Bulan ni Haziq kena lelah lagi. Kali ni memang tahap teruk sampai kena masuk hospital segala. Memanglah sedih bila lihat anak sakit kan tapi at least bila mereka berada di Hospital, mereka akan dipantau oleh doktor & nurse yang memang tahu akan tugas mereka. Jutaan terima kasih buat warga SALAM & juga Prudential yang cover semua perbelanjaan kami di Hospital;-) Bulan ni juga kami menerima ahli baru dalam keluarga kami iaitu Lida the cat;) & first time buat makan-makan untuk keluarga di rumah baru!! Tapi Zaila banyak bercerita tentang deko-deko rumah *maklumlah orang masih dalam mood menjadi Eric Leong kan*
Julai :- of courselah birthday puteri kesayangan kami ni;) Takde sambutan pon, cuma adalah beli kek dari Secret's Recipe buat Ameera yang masa ni tengah sakit kaki *sian anak mama* Selain dari entry tentang lampu rumah, Zaila juga telah melangkah satu langkah ke hadapan lagi dengan mendaftarkan perniagaan online Zaila atas nama Mari Kelih Enterprise. Maklumlah, penting untuk mendaftarkan perniagaan kita dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia supaya tiada masalah yang akan timbul di kemudian hari;)
Ogos :- Actually bulan ni banyak aktiviti yang berlaku tapi since Zaila dah terkena buatan orang, Zaila agak selesa memerhati dari jauh..hehehehe
September :- Bulan ni hari raya. Pun masih tak banyak entry sebab lantaran tubuh yang tak mengizinkan. Lepas tu rasa ralat sangat sebab bila buat open house tak ambil gambar so tak bolehlah nak update cerita lebih-lebih.
Oktober :- Masa ni badan dah rasa bertenaga sket & semangat pon dah ada. Thanks buat kawan-kawan blogger yang masih sudi berkawan dengan Zaila. Masa ni juga sempat ke Perak menghadiri majlis perkahwinan best friend Zaila di UPM iaitu Nani. *moga berbahagia selamanya* Masa ni memang aktif berblog. Pendek kata setiap minggu ada je aktiviti seperti berkunjung ke rumah kawan, IKEA, pastu MIL datang lah..Pendek kata, memang banyak aktiviti;)
November :- Terkejut bila jumlah Buffered Earning $$ dalam Nuffnang naik begitu mendadak & ALhamdulillah, berkat kesabaran berblog selama setahun lebih, dapat juga kumpul sebanyak itu;) *sayang nak cash out lagi, mari kita tamak sket* Masa ni rasa semangat sket nak blog & tambah pendapatan lagi dengan Churp-Churp. Selain itu, kenangan Haziq ke Zoo Negara memanglah tersangat kelakar!!! Lepas tu, pengalaman sambut hari raya korban dengan anak-anak pon boleh buat Zaila sedih je;( Mujurlah lepas tu cover balik bila berpeluang balik ke kampung berjumpa mak ayah!!! Penutup bulan ini adalah kenduri kahwin best friend Zaila yang tersangatlah gojes macam Zaila;D
Disember :- Tiada apa yang menarik tapi Zaila cuba untuk kekalkan satu entry sehari *walaupon kadang-kadang tak dapat* tapi sempatlah mendaftarkan Haziq di Genius Aulad, berdeko-deko bersama IKEA lagi;D , bawa anak-anak tengok krismas di Midvalley & paling best bila ada SALE merata-rata..
Agaknya itu ajelah kot apa yang menarik pernah berlaku sekitar 2010. Takde pon cerita tentang anugerah pekerja terbaik yang dimenangi ke atau segulung
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dari Zaila buat kawan-kawan semua;)
5 ulasan:
happy new year akak...
akak tak ingat pun apa yang terjadi..kena tenguk blog baru tau.
semuga kandungan kamu selamat hendaknya.
sekejap jek kan mase berlalu.. happy new year zaila..zaila bile due?
Selamat Tahun baru Zaila..
ZAILA;
BESTNYA BILA WAT ENTRY BEGINI..APAPUN HAPPY NEW YEAR
Catat Ulasan