Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 2 Disember 2010

Tutorial Macamana Mahu Letakkan Kod Iklan Nuffnang di Blog

Actually masih ramai yang masih tidak tahu tentang Nuffnang kan?? Even kawan Zaila pon masih raaaaaaaaamai lagi yang tidak tahu tentang keseronokan berblogging. "Istilah berblog untuk duit" amat sesuai dipadankan dengan Nuffnang ni. Kalau nak tahu, Nuffnang adalah salah satu syarikat pengiklanan alam maya yang menggunakan blog / website sebagai medium untuk mereka menyiarkan iklan. Lebih kurang macam nilah ya;
"Katakan Syarikat A nak gunakan Nuffnang untuk mempromosikan produk mereka yang baru dilancarkan, so setelah kata sepakat dicapai, Syarikat A akan membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui 2 pihak sebagai upah kepada Nuffnang. So keesokannya Nuffnang akan mengeluarkan iklan kepada setiap blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang ni"
Tapi sebelum itu kawan-kawan bloggers haruslah mendaftar dengan Nuffnang dulu untuk menjadi seorang Nuffnangers. Bila dah daftar tu, baru boleh letakkan kod iklan (html code) yang akan menjana iklan di blog korang semua. Alaa, kalau bila je buka blog seseorang then nampak iklan-iklan yang sedang bergerak, haaaa itulah yang dinamakan iklan;)
So hari ini Zaila bermurah hati untuk mengajar mereka yang berminat untuk menjadi ahli Nuffnanger sekaligus menjana duit sambil-sambil berblog. Perkara pertama, korang kenalah masuk ke website Nuffnang dulu. Sila klik sini. Sila cari button Sign Up untuk menjadi Nuffnanger (sila pastikan korang semua mendaftar sebagai blogger ya bukan sebagai advertiser, karang tak pasal korang yang kena bayar untuk Nuffnang pula). Lepas tu isilah segala maklumat yang diperlukan & sila faham betul-betul terms & conditions yang telah ditetapkan tu. FYI, kalau dah jadi Nuffnanger, korang tidak dibenarkan sama sekali meng klik iklan di blog sendiri. Haaa, janganlah coba-coba ya, karang elok-elok nak dapat duit terus tak dapat;D

Inilah rupa kat muka depan Nuffnang tu. Bila dah sah mendaftar (ala, macam daftar akaun email juga), korang Login & akan terpampang kat dashboard korang macam ni;-
ada simbol Getting started (pada yang baru nak kenal Nuffnang), simbol Analytics (untuk melihat statistik pembaca blog), Earnings (berapa duit yang telah dijana), Add ads (macamana nak masukkan kod iklan), Blog Manager (senarai blog yang korang ada & berapa yang mahu didaftarkan untuk ruangan iklan), Blogger Bio (maklumat tentang diri korang & apa yang korang blog kan), Polls (yang ni bagi mereka yang mahu meletakkan undian di blog mereka), Evangelist (yang ni Zaila tak tahu), Nuffnang Exchange (saling bertukar kandungan entry blog) & Happy-O-Meter (tahap kegembiraan korang kot).

Pada yang baru tu bolehlah baca apa yang ada di dalam getting started ni;-
Bila dah bersedia tu, bolehlah klik di button Add Ads;-
Ada 3 jenis kod iklan iaitu sidebar, header & between contents. Korang boleh pilihlah nak letak yang mana satu kan, tapi kalau letak semua lagilah bagus;)

Copy je html code yang diberikan. Kemudian di blogger dashboard korang klik design;-

bila dah masuk design cari add gadget & klik kat situ. Skroll untuk cari HTML/Javascript & klik dekat simbol tambah tu. Lepas tu korang pastelah kod iklan kat situ. Haaaa, kan senang..kalau kod untuk header, letaklah susunan di bahagian atas page elements kita. Actually ini cara short cut untuk meletakkan kod. Kalau nak cara sebenar agak leceh sedikit sebab nak kena edit html code yang ada di dalam edit html blog korang tu *errr, faham ke idok ni??* Tapi dengan cara yang Zaila ajar nipon dah memadai untuk menjana duit sehingga ribuan ringgit (hai, bilalah aku boleh dapat bayaran sampai ribuan ringgit ni??)
Mudah bukan?? Rugi betul bagi mereka yang suka berblog tapi tidak menyertai komuniti Nuffnang ni. Memanglah ada banyak lagi komuniti pengiklanan yang lain seperti google adsense, Ads cuma Nuffnang antara yang popular di Malaysia juga. Lagipon kalau google tu syarat yang dikenakan adalah sangat ketat & blog haruslah ditulis di dalam Bahasa Inggeris yang memanglah Zaila failed selalu;D

Walaupon kadang-kadang korang rasa ada ke orang yang akan baca blog korang atau blog korang tidak menarik macam orang lain ke apa..Janganlah rasa begitu ya..Cuba tingkatkan traffik dengan menarik lebih ramai pembaca masuk ke blog korang. Haaaa, yang ni boleh dibincangkan di dalam tajuk entry yang lain ya. Moga korang semua (bagi yang tidak mendaftar dengan Nuffnang lagi) mendapat manfaat dari entry Zaila yang kepingin nak jadik cikgu ni biasa-biasa aje ni;D

2 ulasan:

maya amir berkata...

alaaa... mak punye nuffnang baru 2 nombor jek..nak jejak 3 lmbt laa pulokkss...apatah lagik ribu2an..hehehe

lilo lolipop berkata...

saya dah signup nuffnang .. tapi bila nak login tak boleh . dah dua email sya guana tapi tetap tak boleh log in . kenapa ya kak ? bila saya click forgot password then type email , tetap tak boleh .. malang nya nuffnang tak sent pun kat email saya . harap akak dapat membantu .

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^