Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 21 November 2013

Tips Apabila Tetamu Bertandang Ke Rumah

Assalamualaikum,

Pastinya apabila cuti sekolah ini rumah kita akan dikunjungi tetamu. Mungkin mak ayah atau adik beradik dari kampung akan datang bermalam di rumah untuk bercuti bersama keluarga. Berkumpul bersama-sama keluarga adalah satu momen yang indah dan harus dilakukan selalu. Bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim tappi juga dapat menggembirakan anak-anak apabila dapat bertemu dan bermain bersama-sama dengan sepupu yang lain.

Mengimbas kembali kenangan ketika aku masih kanak-kanak, selalunya musim cuti sekolah memang aku tidak akan ke mana kerana mak dan ayah bukanlah orang berada yang boleh membawa kami bercuti ke luar negara. Ayah dan mak sibuk bekerja membanting tulang demi mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Tapi tidak mengapa kerana musim cuti sekolah selalunya apabila kakak aku balik bercuti, itu adalah momen yang paling indah dalam kenangan zaman kanak-kanak aku. Kenapa? kerana Kak Na akan membawa kami (selalunya aku, adik dan sepupu-sepupu) untuk membeli baju sekolah di Kota Bharu, sepupu-sepupu aku juga akan bermalam di rumah aku dan yang paling best apabila setiap malam mendengar cerita hantu dari Kak Na! Kadang-kadang Kak Na juga akan membawa kami ke rumahnya di Ampang dan waktu itu kami banyak meluangkan masa keluar mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Zoo Negara, Taman Burung dan Dataran Merdeka.

Alhamdulillah, setelah mempunyai anak-anak sendiri, kini aku lebih faham akan erti sebuah ikatan kekeluargaan. Betapa pentingnya untuk sentiasa berjumpa dan biarkan anak-anak bergaul bersama sepupu-sepupu mereka. Oklah, panjang pula aku melalut ya. Di sini aku kongsikan beberapa tips sekiranya ada tetamu yang akan bakal berkunjung ke rumah kita.

1) Sediakan Bilik Untuk Tetamu

Tidak kiralah kediaman kita mempunyai satu atau dua bilik (selalunya rumah teres di bandar mempunyai 4 bilik), pastikan satu bilik disediakan khas untuk tetamu terutamanya yang sudah berkahwin. Jika mempunyai anak, mungkin anak-anak boleh tidur di ruang tamu bersama dengan anak-anak kita.


pastikan bilik tetamu bersih dan tidak banyak perabut

2) Sediakan kelengkapan asas

Pastikan juga kelengkapan seperti bantal, selimut, tilam tambahan (aku panggil toto) mencukupi. Kalau boleh, hamparkan cadar dan sarung bantal yang baru supaya tetamu berasa selesa untuk tidur di rumah kita. Selain itu, sebelum menyambut ketibaan tetamu, bawa tilam ke dobi untuk dibasuh. Tuala dan pakaian yang bersih juga harus ada supaya tetamu tidak perlu membawa banyak pakaian jika berkunjung ke rumah kita. Sediakan sejadah dan kelengkapan solat di dalam bilik tetamu juga.

3) Sediakan Menu Yang Mudah

Apabila menerima kunjungan tetamu yang ramai, seeloknya rancang apa menu yang senang untuk disediakan. Contohnya, pada waktu pagi sediakan nasi lemak atau bihun goreng dan tengahari pula jika ingin cepat siap sediakan nasi ayam atau nasi tomato sebagai juadah santapan tetamu. Sama-sama bergotong-royong untuk menyiapkan makanan di dapur juga adapat mengeratkan silaturrahim sesama kita.

4) Pastikan Ada Bilik Mainan

Sekiranya terdapat ramai kanak-kanak, siapkan satu bilik atau ruang untuk mereka bermain. Ini bagi mengelakkan mereka menyepahkan mainan ke serata rumah. Nanti kia juga yang penat mengemas kan? Jadi seeloknya minta anak-anak bermain di dalam satu bilik sahaja. Biarlah mereka nak buat sepah pun janji jangan bawa mainan keluar dari bilik tersebut.

5) Pastikan Ada Aktiviti Bagi Mengeratkan Silaturrahim

Selalunya waktu berkumpul begini best jika dapat membuat sesuatu aktiviti bersama-sama. Contohnya bagi lelaki dewasa bolehlah menonton siaran bola atau boleh juga membeli DVD untuk ditonton bersama-sama. Antara aktiviti lain yang bagus untuk dibuat adalah seperti membuat bbq, membuat sambutan harijadi, manakala anak-anak pula boleh mandi di dalam kolam (plastik) dan membuat aktiviti mewarna dan melukis.


dalam gambar : anak-anak aku suruh main dalam bilik pakaian, Ashraf, Husna, Haziq dans epupunya sedang bermain restoran-restoran kat sini. Haziq tukang ambil order, Husna pula tukang masak dan dua orang ni kononnya pelanggan. Alahai kiut aje melihatnya kan? Tapi tengoklah sepah apabila selepas diorang main, boleh rasa nak pengsan tau!

Oklah, kawan-kawan pula apa selalunya persiapan yang akan dibuat jika ada tetamu yang mahu bertandang? Kongsikan di sini juga ya.

Akhir kata, kelas asas blog masih lagi berjalan seperti biasa. Jom daftar untuk belajar berniaga online. Kalau tak mahu bayar boleh cuba nasib untuk menyertai peraduan Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila di sini

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

good tips zaila.... kebantakan ila leh praktik ni

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^