gambar hiasan semata-mata (ihsan dari google)
Assalamua'alaikum,
Hari ini tergerak hati nak berkongsi pengalaman aku membeli serbuk roti di salah sebuah pasaraya J berdekatan rumah aku. Kejadian berlaku adalah pada hari Jumaat lepas, di mana malam tu kami sekeluarga ke sana untuk membeli sedikit barang dapur.
Hajat di hati nak beli serbuk roti (bread crumbs) untuk buat fish & chips nanti (sebab dah beli isi ikan dori yang frozen tu) so aku capailah sekotak serbuk roti yang kotaknya berwarna kuning..Lupa pula jenamanya sebab aku dah buang semua selepas mengetahui ada sesuatu di dalam serbuk roti tu..Harga pon tak ingat dalam berapa, rasanya dalam RM3~5 (kot) Dah cari resit tapi tak jumpa..biaserlah kalau benda yang kita nak mesti tak akan jumpa..nanti cuba tengk 2,3,4 hari lagi..konpem jumpa balik ada dalam purse @___@
Ok, nak tahu apa sesuatu yang ada dalam serbuk roti tu?? cer teka cer teka...
Mesti korang malas nak teka kan so aku bagitahu jelah..rupanya pagi sabtu tu en suami perasan ada benda bergerak-gerak di dalam kotak serbuk roti tu (kat depan kotak dia macam letak plastik lutsinar so bleh nampak isi kat dalam tu) & rupanya..................
En suami perasan ianya adalah ulat..tak tahulah ulat apa tapi adalah 2,3 ekor ada dalam tu...Masa tu en suami nak pergi kerja so dia tak sempat nak bagitahu aku..Pagi esoknya barulah dia bagitahu aku..ceit..Nasib baik malam sebelum tu aku tak buat fish & chips tau:P So aku pon tengoklah dekat plastik tu..Euwwwww betullah..ada 2,3 ekor binatang yang paling aku geli kat dalam tu..
En suami ajak ke pasaraya J tu untuk tukar balik dengan yang baru..biarlah b..tak koser dah nak ambik, buatnya yang kotak baru pon ada isi yang sama..Malam tadi aku tengok ulat-ulat tu masih hidup, siap korek lubang nak keluar dari plastik lagi..Eh aku ingatkan dah mati sebab masa tu aku letak plastik serbuk roti tu atas oven..saje nak bakar diorang..rupa-rupanya masih hidup..En husben cakap, patutlah ada ulat dalam tu..rupanya plastik roti tu tak seal dengan sempurna..cesssss!
Tapi pengajaran dari perkara yang berlaku ni, aku tak nak dah beli mana-mana jenama serbuk roti lagi..Betullah orang kata, home made is the best! dari segi kebersihan, kualiti semua kita yang pantau, kita yang buat kita yang tahu..ni beli hak segera, cuba fikir kalau aku tak nampak ulat-ulat tu..kenyang makan fish & chips bersama ulat-ulat kecil yang kaya dengan protin..Arghhh..mak tak sanggp uols..bukan susah pon nak buat serdak roti tu..Dalam resepi ini aku pernah bagitahu so lepas ni memang usahakan buat sendiri ajelah serdak roti ni..takyah beli-beli lagi..jimat pon jimat:P
Sorrylah kawan-kawan, lupa pula nak snap gambarnya (memandangkan aku begitu kecewa sebab tak dapat buat lagi fish & chips seperti yang diidamkan hati)..Serbuk roti tu aku dahs elamat buang dahpon..memang pengajaranlah buat aku..pasni apa-apa BELAJAR buat sendiri..tak payah nak ambil jalan mudah/segera..ko tu bukan kerja pon so memang masa all the time duduk rumah belajar resepi sahaja:P
Oklah..tu je..semoga korang berhati-hati selepas ini yaaaa..bye!
Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
2 ulasan:
kak...serbuk roti tu apa?roti ke?
ooh kak..ada gambar...x perasan lak ada gambar hehe..sori..
Catat Ulasan