Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 30 Mei 2011

Bila En Suami Outstation

2 Minggu lepas en suami outstation lagi. Kali ni ke Labuan pula selama 4 hari. First time jugalah selepas Zaila melahirkan Ashraf. Sudahlah masa tu baru kembali bekerja & Ashraf pula tengah demam sebab baru lepas kena inject yang 2 bulan punya. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan & berjaya juga Zaila harungi 4 hari 3 malam dengan ketiadaan en suami di sisi tanpa empunya diri menyutikan diri dari bekerja;D

Kalau dulu bila en suami ditugaskan untuk outstation, mulalah diri ni rasa gundah gulana aje & kalau dulu sudah pasti ada arwah Kak Nurul yang akan menemankan kami tiga beranak. *al fatihah buat arwah kawan baik Zaila, semoga engkau tenang di sana* Tapi sekarang semuanya dah berubah. Anak pun dah bertambah lagi seorang, nak tak nak kena belajar untuk berdikari juga. Sampai bila nak harapkan orang datang menemankan kami kan?? Kalau mak ayah ada dekat-dekat, bolehlah juga menumpang semalam dua di rumah mereka, tapi apakan daya, mak berada nun jauh di Kelantan..Nak suruh datang teman pun macam tak berbaloi aje;D

Lagipun untuk kebaikan kami semua juga. En suami keluar bekerja untuk isteri & anak-anak juga so haruslah jadi seorang isteri yang memahami. Kalau dulu, pernah juga bergaduh sakan bila en suami nak ke outstation. Zaila akui, masa tu masih "belum cukup matang lagi" & banyak dipengaruhi oleh emosi semata-mata. Tapi sekarang ni, demi anak-anak, haruslah ku tabahkan hati dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang kan;)

Oklah, nak cerita ni..kalau en suami outstation, mestila suka juga sebab hari-hari boleh balik awal. Sempatlah duduk mengadap depan TV layan Nora Elena sambil kunyah-kunyah keropok. Hehehe..Al maklumlah, sekarang kan tengah hangat cerita tu dekat TV3. Rugi kalau terlepas tengok;D

Tapi itu ajelah yang sukanya bila en suami outstation, yang lain tu banyak yang tak suka sebab nak kena handle 3 orang kanak-kanak riang sorang diri. Walaupun balik awal tapi sampai je di rumah bukan boleh terus duduk, adalah yang merengek nak susulah, nak mandilah, nak tengok kartunlah, nak tidurlah..Huhuhuhu..Sebab itulah selalunya Zaila akan masuk tidur seawal pukul 9 malam. Hah, biar diorang duduk diam-diam dalam gelap baru senang hati mama;D
Selalunya bila en suami outstation juga, tak boleh nak tidur mati. Tambah pula Ashraf yang suka bangun berjaga pukul 3 pagi minta disusukan. Hai, mulalah masa ni baca segala surah panjang surah pendek..Hehehehe..Cuak juga kalau berjaga seorang diri awal-awal pagi kan;D

Tapi Alhamdulillah..semuanya selamat...huhuhuhu..Lepas tu kan, bila en suami outstation ni, automatik nak bangun awal pagi sebab risau tak sempat sampai office sebelum pukul 8 pagi. Maklumlah nanti nak kena angkut 3 orang kanak-kanak riang & beg mereka sekali. Haruslah berpeluh-peluh ketiak ni kan..Tapi kan, nasib baiklah budak comel nama Ashraf ni tak banyak ragam bila berada dalam car seatnya. Kalau masuk kereta tu, teruslah ketiduran sampai ke nursery mereka. Bolehlah mama drive dengan hati yang tenang..Lalalalala;)




budak baik si Ashraf yang sedang ketiduran


terpaksa beli car seat last minute tapi puas hati!!


Lastly, ingatkan dapatlah juga turunkan berat badan sekilo dua tapi malangnya tidak..huhuhuhu..




ni gambar hadapan rumah kami yang sedang dibaiki. Masa ni baru dalam proses pemecahan. Masa en suami outstation, bayangkan pekerja Indon tu dah timbun batu bata tu selonggok depan rumah macam bukit & bayangkan pagi-pagi Zaila ulang alik naik turun angkut anak-anak. Huh, rasa macam jungle tracking pun ada tau!! Seb baik sampai office badan tak bau hangit semacam;D




Tapi takpelah..bak kata pepatah orang tua dulu-dulu "bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian"..

3 ulasan:

Ami berkata...

bulih imagine busy nok handle 3 ketul tue soghe2 kak ila hehe.asyraf comamm,gebu doh pipi tuee

Azmiezas berkata...

akak pn suka layan Nora Elena..syiokkan??..hehehe

btw:..cepatnya si kecik tu membesar ekk?..atau adakah masa sekrg ni dah terlalu cepat??..

Lily@MamaZaraZareef berkata...

huuu..mesti mencabar nk handle 3 org sekali kan..apepon, asyraff mmg terbaekla..behave die dok dlm carseat yek..harap2 zareef pon good boy cm asyraff jugak nnti..=)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^