Actually, masuk je keje hari Isnin & Selasa cuti hari Wesak & esoknya hari Rabu tu en suami outstation ke Labuan selama 4 hari. Alhamdulillah, Zaila berjaya mengharungi juga hari-hari yang ketiadaan en suami tu sorang-sorang jaga 3 orang anak, pergi kerja lagi & paling mencabar bila keadaan rumah kami yang sedang dibaiki tu..Fuuuh, berpeluh ketiak nak angkut sorang-sorang anak masuk dalam kereta. Errr, yang ni akan dicerita dalam entri yang lain *saje je nak bagi banyak entri kan*
So bila en suami balik tu, mulalah gedix ajak keluar & macam tips yang Zaila bagi dulu tu, sialalah gunakan anak sebagai alasan untuk keluar ke shopping mall jalan-jalan cuci mata ya;D
Sekarang ni kami suka ke Sunway Pyramid aje, selain dekat dengan rumah, tempat pun tak crowded macam Midvalley sana tu. Parking pun senang nak dapat & tempat makan pun banyak pilihan juga. Tapi kami ni, kalau sudah namanya orang Kelantan tu, keluar mana-mana pun mesti nak cari nasi buat alas perut juga..Hehehehe..Kalau tak makan nasi tu, boleh ketar gegarlah orang kata (menggigil)
So malam tu macam biasalah en suami mesti nak masuk Tarbush punya..So jom layan gambar-gambar pada waktu kejadian;-
kakak Husna yang baik perangai pada malam itu
Abang Amirul yang kena kejar dengan anak orang Arab
sengih!!!
sengih!!!
malam minggu tu ramai juga famili yang datang makan kat sini
hiasan di dinding
macam biasalah benda alah ini yang sampai dulu~masam sangat-sangat rasanya
lagi hiasan yang menarik
budak baik juga
hiasan lagi~apa dah nama benda ni?? sisha ke??
ni yang Zaila order; Tarbush Mixed Grill - ada udang, kambing, ayam, kentang goreng & yang putih tu adalah sos bawang putih bersama putih telur..Rasanya sedap juga kecuali agak kecewa dengan udang yang macam tak segar. Harga RM45.00 (big portion so boleh makan 2~3 orang)
Bagi Zaila, nasi beriani kat sini memang sedap & kalau nak tahu sebenarnya restoran Tarbush ni masakan orang Lebanese so lebih kepada masam-masam sedikit (bak kata budak waiter yang melayan kami tu).
Pada mereka yang ingin mencuba, bolehlah kunjungi the nearest cawangan yang ada iaitu di Bukit Bintang, Starhill Gallery, Sunway Pyramid & ada juga di Batu Ferringhi, Penang.
1 ulasan:
tak pernah try makan kat restoren mcm ni..arab ker, labanese ker..hubby pon cm tk minat jek nk mencuba..huhu
nway, tgk asyraf pakau pacifier, dok risau plak psl zareef yg tk mau langsung ngan puting2 nih..dok nak ngempeng ngan mama jek memanjang...tk tau mcm mane bby sitter nk handle nnti.hope tk menyusahkan kakak tu n zareef senang tido klu kat sana..huuu
Catat Ulasan