Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 10 Mei 2011

Ku Berharap Padamu Wahai Bio-Oil

Kan haritu Zaila kena chicken pox so tak sah kalau tak penuh parut-parut hitam hodoh bertaburan atas muka ni kan. Seb baiklah en suami berbaik hati tolong belikan benda alah yang bernama Bio oil ni dekat farmasi. Harganya boleh tahan mahal juga disebabkan kuantitinya yang sebanyak 60ml ni. Harga kat farmasi tu dalam RM30++, rasanya mana-mana kedai pun lebih kurang harga tu je kan??

Apa yang bagus tentang Bio oil ialah minyak penjagaan kulit khusus yang disyorkan untuk parut (baru & lama), bekas kulit teregang (masa mengandung haritu asyik lupa aje nak beli), ketidakseragaman warna kulit, penuaan kulit & kulit kering (dinyahidrat).

Parut:- Untuk membantu mengurangkan parut, sapu 2 kali sehari (untuk sekurang-kurangnya 3 bulan) urut dengan pergerakan pusingan sehingga diserap sepenuhnya. Jangan gunakan pada kulit masih luka. Sesuai untuk kesemua jenis parut samada akibat daripada pembedahan, kemalangan, luka terbakar, gigitan serangga, calar, jerawat atau cacar air.

So, setiap jam rasa nak sapu minyak ni *over*

4 ulasan:

sisdee berkata...

zaila bio oil kita guna sejak stahun yg lalu cewah...hahahaha mmg bagus tpi kena rajin le kan..sapu sntiasa. My kids dia jenis kulit snsitif..so mmg klu kena gigit nyamuk mmg problem le sbb ada bekas. Sejak pki bio oil ni mmg bole le kurangkan. Dan dia jenis pakai sikit jek wlupun mhl tapi berbaloi tahan lama hehehe

Nurhayati berkata...

beb buat la sblom dan selepas..
diriku pun byk gak parut ni.
ngeri hihi

Asma berkata...

best guna bio oil ni..specially utk stretch mark masa ngandung..huhu dahla panas, badan start gatal2..tangan mulala mengaru2..last2 dah berparut hitam hodoh..gigihla sapu 2x sehari pas mandi sbb masa ni kulit lembut lg..alhamdulillah dah 3 minggu pakai..parut tu dah kurang..me happy! good bargain, mahal pon berbaloi..cuma tak tryla plak utk parut2 lain.

Zaila Mohamad berkata...

Sisdee, lega rasanya bila dengar testimoni dari kawan sendiri..cuma nak kena rajin sapulah kan..

Yati, nanti zaila ambil gambar, tapi kalau xde post kat blog ni rasanya macam parut masih belum hilanglah tu;D

Asma, a'a zaila pon noticed yg lepas pakai kat perut untuk stretch mark kt perut ni, dia jadi menggelupas..nak bertukar kulit kot;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^