Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 21 Jun 2011

Aktiviti Hari Minggu

Ada sesapa yang tak suka hari minggu tak?? Zaila rasa mana ada orang yang tak suka pada hari minggu kan..Rata-rata mesti suka je sebab kalo orang bekerja, time cuti 2 hari nilah nak rehat-rehatkan badan & luangkan masa bersama dengan famili / orang yang terchenta kan. Kalau surirumah pula, time nilah nak ajak laki masing-masing p makan besar kat luar sebab dah naik cemuih makan masakan sendiri tu & kalau anak-anak pula, of courselah time ni boleh bangun lambat & tidur lambat sesuka hati tanpa kena marah ngan mama & papa *atas alasan esok kan cuti*

eh panjang pulak intro aku ni

Takde apelah, saje nak bagitau yang Zaila suka cuti hari minggu. Especially bila ada adik beradik / teman-teman nak datang rumah. Tapi of courselah kena bagitau dulu ngan tuan rumah kan, jangan main terjah aje..ingat mak ni retis ke apa nak main tejah-terjah *padahal malu pasai rumah bersepah macam diserang garuda*

Weekend yang lepas adalah kakak ipar & abang ipar serta adik ipar datang bertandang ke rumah. Pendek kata ipar duai 2 famili datang (actually mereka ni abang & kakak en suami & mereka ni adalah kembar laki & pompuan so mana-mana pergi walau dah besar panjang pon masih nak bersama-sama). Zaila suka je sebab masa ni lah nak asah bakat memasak walau most of the time adik ipar aku je yang tolong masak. Tapi dek kerana diorang sampai sudah petang & kami pon macam malas-malas nak makan berat, tuan rumah just sediakan mee sup atau oghe Klate panggil mee celup sahaja. Cukup senang untuk dibuat tapi sedap hingga menjilat pinggan *tetiba perut aku berbunyi bila taip ni* Hover sungguh!!

Tapi sorry pasai gambar makanan takdan nak snap sebab masing-masing semua makan tak hengat donia tapi gambar-gambar muka kanak-kanak riang, Zaila sempat snap sebab aloss comelnyalah muka budak-budak yang innocent ni *aduishh, haritu dah macam nursery dah rumah kami ni*. Bayangkan ah, setiap famili ada 3 orang anak & semua 2 lelaki 1 perempuan..Memang kecoh ah diorang bermain, kejar kucinglah..naik turun tangga, pastu bila penat masuk dapur minta air. Bahagia sungguh!!



Ashraf dengan sepupu tua 10 hari darinya



kembar bulan tapi tak sama hari;)

Anak bujang yang memula segan lepas tu main tak hengat donia

Anak dara yang pakai baju kurung sebab baru balik kenduri



ini budak bikin saya geram~Irfan namanya



yang ni abang Irfan, Danish namanya





pelik, kenapa untie Zaila suka ambil gambar Danish ya??



ni abang Faris, mastermind kepada adik-adik *abaikan lengan sape ntah tu*





last sekali gambar anak bujang yang keriangan rumah kecil mama dia penuh ngan tetamu;)




Memang best bila dapat berkumpul adik beradik ramai-ramai ni. Tapi yang datang ni semuanya adik beradik en suami. Bayangkan, en suami ada 11 orang adik beradik & 10 darinya semua duduk area KL & Selangor. So kalau setiapkali berjumpa tu dah macam bekwoh (kenduri) dah gayanya;)




Tapi memang seronok bila melihatkan anak-anak bergaul mesra dengan sepupu-sepupu mereka. Moga-moga bila dah besar nanti, masing-masing masih rapat & saling berhubunglah hendaknya!!

3 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

ramainyo aidk beradik hubby zaila..meme mace bekwoh la klu gitu..doh la pakat duk KL belako

Eliss berkata...

memang seronok dapat berkumpul anak-beranak ni :)

Mag berkata...

kak ila panda wak mee celup?share plis plis plis.xdop gamba pon xpo.huhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^