Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 6 Jun 2011

Penat

Sejak ada sikecil Ashraf ni, tak diakui dinafikan yang jadual kehidupan Zaila totally berubah. Lupa weh yang ada anak kecil ni begitu mencabar fizikal & mental kami. Ditambah pula dengan Amirul Haziq & Ameera Husna yang masing-masing walaupun dah besar tapi masih memerlukan perhatian kami juga. Tambah lagi dengan bebanan kerja kat office & rasa gian untuk berblog..Rasa macam tak cukup aje cuti 2 hari yang ada setiap minggu ni..

Sekarang ni cuti hari minggu kami banyak dihabiskan kat rumah aje..Kalau hari Sabtu tu laratlah juga nak bawa budak-budak ni ziarah shopping mall pelepas gian mereka kan..Kesian juga dekat diorang sebab sepanjang hari bekerja tu hari-hari kami ambil lewat. Maghrib baru sampai rumah so memang takder can lah nak ke mana-mana, so sebagai upah..kami memang akan bawa diorang keluar. Kadang-kadang bawa ke Giant Kemuning Utama, takpun kalau rajin ke Jusco Bukit Tinggi. Lepas tu hari Ahad hari untuk melepak kat rumah cuci-cuci baju. Pendek kata memang penatlah!!

Tambah pula dah 2 malam Ashraf tak lena tidur. Memang bergilir-gilir Zaila & en suami bangun berjaga melayan karenah si kecil yang manja ni. Memang penat bila jaga anak sakit ni. Dahlah diri sendiri tak cukup tidur pastu kena bangun pagi pula nak siapkan makan anak-anak. Kalau tak masak karang, ada juga budak-budak yang melalak kelaparan nanti *sigh* Bukan kedekut nak keluar makan kat kedai tapi malas nak bersiap-siap & kalau keluar pun memang pasti akan terbantut selera makan dek melayan karenah budak-budak ni-___-"

Herm, saje je buat entry ni..nak cakap penat!! Tapi kan bila tengok budak kecil babab ni senyum;-




walaupun penat, it's priceless to be a mother of 3;)


Syukur Alhamdulillah!!

6 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

comelnya dia senyum...iya lah kan bukan senang ada anak 3 org,pastu nak urus rumah lg..kesimpulan tanggungjawab ibu ni mmg besar

eynda berkata...

Alalalala...comelnyer baby senyum... penat tapi rasa bahagia kan ;-)

mrs.spicy berkata...

yeah..jangan kate mother of 3 yang bekerja penat. mother of 1 yang tak bekerja ni pon penat xleh oyat..kagum2 penat2 pong masok.

yatie chomeyl berkata...

comelnyo Ashraf senyum

kasihredha berkata...

geram nak cium...mmm
akak pernah mengalami semua ini...akak ada 3 boys...penat wehh...kerja lagi, pahtu balik ghumoh wak kejo ghumoh pulok.
Tapi bila besar loni...oklah doh tak susoh lagi...
chayokkk2

Nurhayati berkata...

memang penatkan.
tapi penat2 yg seronok bila tgk muka anak2.

Ashraf semakin bambam.
comel sangat!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^