Dan-dan tu juga anak bujang & dara Zaila nak rasmikan sejadah tu. Meh kita belajar solat dengan Ustaz Amirul *eh macam pernah ku dengar nama ni* dengan ustajah Husna yang masih dalam proses untuk memakai tudung (sila bersabar ya)
mula-mula tu sila betulkan sof ya & tolong ketepikan Ultraman ke baby bear ke..Jangan nak main letak patung depan kita solat, mama cakap tak baik!!
Ustaz Amirul tengah azan tu
lepas takbir, baca al-fatihah (tangan letak atas dada)
pastu rukuk (awat ustajah rukuk macam tu)
pastu rukuk (awat ustajah rukuk macam tu)
pastu sujud (abaikan hanger kat atas belakang ustaz Amirul tu, dia cakap tu pedang) & nampak gaya ustajah Ameera dah tertidur;P
Korang jangan ikut pula cara-cara solat ajaran ustaz Amirul ni. Ringkas bebenor!! Takperlah, sekarang ni at least diorang dah tahu rukun solat, walau masih tak ingat apa yang perlu dibaca tapi at least mereka sudah dekat dengan solat. Bak kata orang tua-tua "melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Dah besar nanti, jangan tinggal solat tau!!
3 ulasan:
comel nyo ano2k zaila solat hehe
haha..naka anok kak ila ni. nurun mok=p xsabar nak anak besar2 gini. haha
alhamdulillah, sejuk perut ibu..:)
Catat Ulasan