Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 2 Jun 2011

Kedai Makan Murah

Saje nak cerita ni, sejak masuk bekerja semula of courselah setiapkali lunch break kena keluar makan kan?? Huhuhuhu..en suami cakap sejak Zaila kembali bekerja, duit belanja dia makin bertambah sebab setiapkali keluar makan (ya, kami bekerja satu office) dia yang kena bayar;D

Haritu adalah sekali my boss suruh p jumpa consultant di area Subang so nak tak nak bila luch hour kena makan juga kan. So masuklah dalam satu kedai yang namanya Cooking mamaz Cafe. Suka dengan ID dalam kedai makan ni. Lauk tengahari pun banyak pilihan juga & selain itu kita boleh order masakan panas juga. Memang ramai orang datang makan kat sini sampai penuh semua tempat di dalam & luar kedai makan ni.


sempat snap sikit je gambar pasal malu kat orang ramai yang sedang makan kat situ;D


ni yang Zaila makan haritu;- nasi separuh, ikan keli bercili, ayam goreng bersalut tepung & sayur & minuman pula air asam boi. Total RM9.70


Bagi korang mahal tak?? Kalau bagi Zaila oklah, dengan portion lauk yang diambil & masakan pun yang sedap so memang puas hati. Sekarang ni memang susah sangat nak cari kedai makan yang sekali makan hanya kena RM5 ke bawah. Kalau ada pun, mesti korang ambil nasi lauk ikan goreng dengan kuah kari & air suam sahaja kan?? Tambah pula bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar & tempat-tempat yang high class macam KLCC tu. Boleh kopaks juga kalau setiap hari makan habis berpuluh-puluh ringgit sekali makan kan??


Eh, tapi ada juga kedai makan yang murah. Macam di Kell's Restaurant & Cafe di Solaris Dutamas ni..Sekarang ni ada offer di MilkAdeal untuk korang pilih salah satu set dari 3 pilihan yang diberi pada harga RM15 untuk 2 orang. So jatuh dalam RM7.50 aje seorang!! Murah kan??

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik RM15 for a set meal for two sekarang juga;)

set A : Roast chicken & roast chicken sandwich + 2 drinks & 2 bread + butter pudding


memang berbaloi!!


Korang pula sekali lunch habis berapa ya??







3 ulasan:

kasihredha berkata...

murah...bestnya tengok gambar yg terakhir tu.

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

best2 promo kt milkaDeal tu .. tp makanannya semua mengodaaaaa ;-)

Azmiezas berkata...

seriuss murah..n berbaloi-baloi..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^