stroller Ashraf
Entri ini ditujukan kepada CeqGu yang bertanyakan tentang tips dalam membeli / memilih stroller. So kat sini ada beberapa faktor *cheh, macam jawab soalan pereksa pula* dalam memilih stroller. Antaranya *mentang-mentang nak bagi jawapan pada seorang cikgu, dan-dan tu ayat jadi skema ya;D
1) Budget : Of courselah yang ni paling penting kan. Mula-mula tu tentukan harga stroller yang kita nak beli. Selalunya harga stroller bergantung kepada jenama & jenis-jenis pembuatannya. Ada yang semurah RM100++ & ada yang semahal sampai cecah ribu-ribu. Bagi Zaila, yang mahal tak semestinya elok & yang murah tak semestinya tak elok. Stroller pertama anak-anak kami jenama Sweet Cherry berharga RM100+ sahaja tapi boleh tahan dari zaman Amirul hinggalah ke Husna;) Kalau nak cari stroller yang murah-murah, boleh survey di pasaraya Tesco. Kalau kat Giant macam terlampau murah & nampak macam tak berkualiti sangat *pendapat Zaila je, lain orang lain pendapatnya* Kalau nak yang mahal sedikit boleh cari di Jusco & butik-butik yang menjual barangan baby. Kalau nak beli online pun boleh juga & selalunya yang online ni adalah dari jenama keluaran negara seperti McLaren, Quinny, Graco & banyak lagi. Boleh klik sini untuk survey-survey harga dulu. Ada orang sukakan jenama luar negara kerana kualiti yang elok berbanding buatan tempatan. So boleh tepuk poket tanya berapa $$ yang ingin kita keluarkan untuk membeli stroller anak ni.
2) Saiz : Yang ni pun penting juga. Kena consider keselesaan baby bila berada di dalam stroller tu. Lepas tu nak kena sesuaikan juga dengan keadaan anak. Kalau boleh carilah stroller yang boleh laras kedudukannya agar boleh diubah setiapkali anak nak duduk / tidur. Lagi satu, kena consider juga saiz bonet kereta kita sebab tak naklah bila dah beli stroller tak muat nak masuk bonet kereta..Hahahaha..Ada stroller yang bila unfold berbentuk bujur memanjang, ada yang boleh dilipat kecil, ada yang boleh digalas. Pendek kata, kena minta tolong SA untuk bagi tunjuk ajar untuk unfold stroller tersebut. Kalau kita ni jenis yang suka berjalan jauh & tak nak bagi bonet kereta penuh dengan stroller so haruslah cari stroller yang boleh dilipat kecil-kecil tu, sebab nanti nak simpan beg lagi..huhuhuhu
3) Fungsi : Kalau kira memanglah fungsi stroller ni untuk bawa anak kita kan. Tapi kalau boleh biarlah ianya boleh berfungsi sebagai pembawa barangan kita juga;D So kalau boleh cari stroller yang ada tempat untuk meletak barangan (dia panggil shopping basket kalau tak silaplah). Nanti senang sikit nak letak beg susu anak kan. Lagi satu, kalau ada ruang untuk letak botol susu pun bagus juga. Ada stroller yang boleh dibuka menjadi car seat juga. Lagi banyak additional function lagi bagus;)
4) Material : Yang ni pun penting juga. Selalunya stroller yang imported tu katanya diperbuat dari material yang bermutu tinggi; ringan kata mereka. Tapi kalau jenama Malaysia pun sudah ada yang setanding jenama luar negara & harga pun tidak semahal yang imported. Tapi itulah, nak kena survey & pertimbangkan semua faktor di atas. Kalau beli mahal-mahal pun tapi tak user friendly pun tak best juga kan.
Buat CheqGu, harap berpuas hati dengan penerangan Zaila ni. Kalau ada kawan-kawan yang nak menambah / share pengalaman masing-masing..Haaa siler..siler..
Ops, lupa nak cerita..stroller Ashraf ni kami beli jenama Sweet Cherry je yang jenis SCR1 (yang 3 tayar tu). Harga adalah RM279 (beli di Jusco) & budget masa tu antara RM200 ke RM400. Ada juga survey di butik Mom's Care (sebab Zaila ada voucher 20% untuk jenama McLaren) tapi yang paling murah pun dalam RM400++ & designnya tersangatlah biasa-biasa sahaja. Zaila sukakan design stroller ni & shopping basket bawah tu pun besar & ada tempat untuk letak bekas susu & minuman (ada 3 tempat) & berat yang boleh ditampu adalah sehingga 18kg. TAAAAPiii..ada juga kelemahannya seperti susah untuk diunfold & makan space dalam bonet kereta. Lepas tu kami pernah cuba untuk Husna & kadang-kadang macam susah nak controll tayar depan tu (mungkin sebab 3 tayar je & agak tak stabil or atau mungkin Husna berat sangat). Herm, itu je kot..so far masih boleh bertolak ansur dengan segala kelemahan SCR1 ni, harap-harap Sweet Cherry dapat mengimprovekan lagi design stroller mereka;)
5 ulasan:
huhu terharunya zaila siap buat entry... sukeeeeee sangat..thanks zaila...sangat berguna la entry ni...
meme brgn Sweet Cherry affordable and quality pun OK...comel doh stroller ashraf tu
betul... nak bl stroller mmg kena fikirkan faktor2 di atas, kak ila dah bl 3 bijik stroller dr brand anakku, sweetcherry n lastly mclaren.. of course.. terbaek mestilah mclaren, sesuai dgn harga, fungsi n ketahanan..tp yg penting.. kena cr yg xmkn space dlm kete n senang nak buka n tutup selain ada soping basket tu
saalam blh x tunjuk cara lipat stroller ni. sy ibu baru n kurang tau bab mende2 gini..stroller scr1 ni dihadiahkan pd saya tp trlupa nk tnye cmne nk gune huhu
scr1 ni boleh laras tak..contohnya lau tuk baby boleh laras ke depan bagi baby tgk kite tak?
Catat Ulasan