Weh korang, dah tempah ke langsir raya?? Ke beli yang ready made je?? Ke pakai yang tahun lepas punya?? Jumaat yang lepas time lunch break yang agak lama tu (12.30 tghr sampai 2.30 ptg kira lamalah kan), daku sempatlah ke Carrefour Bukit Rimau jalan-jalan cari makan & cuci mata. Eh takde apa pun kat sini cuma dah bosan asyik makan kat
Restoran Warisan Dapur Kota, sesekali datang ke sini pula. Lepas makan, acara melilau mencari bahan-bahan yang menarik mata;P
So sempatlah menyinggah di Nagoya Textiles untuk survey-survey langsir raya. Hehehe..En suami dah kasi green light suh buat langsir baru tapi katanya carik yang murah-murah sudah, tak payah nak Elyza's bagai dah!! Bukan nak pakai lama pun;P So mak ape lagi, sukalah kan..dan-dan tu aje rasa nak tempah;P

berkenan dengan corak ni, harga untuk 2 panel ni dalam RM500++ murah dah tu

me tak suka pattern macam ni..

warna ni dah matching dah ngan rumah Zaila

corak ni pun macam cantik!!

Zaila suka kaler gelap-gelap gitu

yang ni sesuai buat sheer curtain

ni pun sama

ni lagi
Boleh naik gila bila masuk Nagoya ni. Tu belum masuk Jakel, Macy, SSF lagi..Herm..Tak tahulah sempat ke tak ngan nak raya ni, risau diorang dah tak ambil tempahan dah kot..Herm, tengoklah macamana..Kalau tak, pakai aje
langsir lamaku ini;)
4 ulasan:
serius..cantik giler langsir2 kat nagoya ni... nak gi tgk jugakla... tp taste zaila sama cam ila
lela, iya ke taste kita sama?? jangan langsir rumah pon sama juga sudahlah ya;P
akak buat sendiri ker?
atau beli yang dah siap?
aka buat ker akak beli sendiri..~
Catat Ulasan