Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 13 Jun 2011

Restoran Warisan Dapur KOta, Kemuning Greenville

Assalamualaikum semua,

Ni nak cerita sket restoran feveret kami laki bini. Hari-hari memang lunch hour makan kat sini aje, weekend pun sama (bila time malas nak masaklah), sampaikan dia punya tukang kira ngan pelayan kedai ni dah kenal sama kami laki bini. Air toksah cakap, pasti diorang bikin teh tarik kurang manis 1 dengan air suam 1..Hehehe

Kenapa kami suka sangat makan kat sini?? Agaknya sudah kena mandrem dengan tuan kedai kot..Hehehe..Serious, dalam seminggu bekerja tu hari-hari kami makan kat sini, memanglah kadang-kadang bosan dengan pilihan lauk yang ada tapi..itulah..mesti nak masuk sini juga;)




Zaila suka makan kat sini sebab of courselah kena dengan selera kan. Kalau tak silap semua masakan kat sini dimasak sendiri oleh tuan punya kedai sebab memang tiap-tiap hari kami akan bertembung dengan beliau. Kat sini ada masakan kampung seperti ikan patin masak tempoyak, asam pedas ikan tenggiri, rendang ayam, kari ayam, air asam ikan kembung & macam-macam lagilah. Tapi yang paling best sampai meleleh aiir liur of courselah sambal belacannya. Zaila dulu masa mengandungkan Ashraf, hari-hari makan nasi dengan ulam + sambal belacan tapi sekarang kurang r sket sebab perut tak tahan makan pedas daaa..




Kalau pagi pula, menu yang ada macam biasalah ada nasi lemak, bihun goreng, mee goreng basah, nasi goreng, kuih muih, bubur nasi & roti canai. Sabtu lepas Zaila da bawa budak-budak ni bersarapan kat sini. Jom layan gambar;-




Haziq makan nasi goreng dengan ayam

Husna pun sama




di pemandangan dalam restoran ni




bahagian lauk-pauk yang sentiasa panas




bersungguhnya en suami makan;P



Pada mereka yang tinggal berdekatan area Jalan Kebun Shah Alam atau Kota Kemuning bolehlah singgah makan di restoran Warisan Dapur Kota ni. Restoran ni terletak berdekatan dengan Econsave Kemuning Greenville (atau dikenali juga Kota Kemuning) & dekat dengan rumah Zaila juga. Pendek kata, sekali cuba pasti akan datang lagi;P






*ini iklan tidak berbayar je..saje nak promosikan restoran orang Melayu kita*

4 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

kami lak dah kene manderam dgn mamaks.. wajib tu nescafe tarik setiap hari!! ;)

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

kami pulak ada satu restoran yang paling wajib pg..BANGKOK STATION kat ampang waterfront..tp sejak dah pindah rindu pulak ..

Lady of Leisure berkata...

selera tengok haziq dengan husna makan hehe.. :)

Nurhayati berkata...

aduhai jauh dari tempat yati.
kalau dekat harus pegi nih..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^