Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 28 Jun 2011

Misi Mencari Pagar

Kali ni misi mencari pagar pula. Hajat di hati nak buat autogate sebab senang tak payah nak turun-turun dari kereta bila hujan/sampai depan rumah tu *dasar pemalas betul* tapi en suami cakap untuk kebaikan kami juga sebab kadang-kadang bila dia outstation, dia risaukan keselamatan kami anak beranak so kalau pasang autogate ni senang keje bininya tak payah nak keluar-masuk kereta buka pintu gate lagi;P

Haritu kontraktor bagilah katalog suh pilih mana satu pintu pagar gua yang berkenan di hati..Mak aih, banyak betul designnya sampai rasa macam nak termuntah nengoknya. Naseb baiklah kami dah target design yang macamana, macamana so boleh sort outkan pilihan yang ada. Gate ni ada yang jenis wrought iron & ada yang metal iron. Lepas tu kalau autogate pula ada yang jenis sliding, ada yang folding & ada yang jenis buka depan tu. Pilihan kami pastinya yang jenis folding (berlipat-lipat) sebab ianya sangat sesuai untuk jimatkan ruang yang ada. Lepastu pula, kalau ada tetamu datang & malas nak buka semuanya, boleh buka sampai ruang yang kita nak aje..

Kat bawah ni ada contoh-contoh yang sempat Zaila snap. Mana tahu korang pon tengah survey-survey pagar ni kan;)









































6 ulasan:

Eliss berkata...

harga dalam berapa ribu ni ? tak sabar jugak nak naik rumah ni. minggu depan kot br nak submit permohonan ..aduss..tak sabar dahh ni.

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

boleh x bgtau berapa kosnya..lynn cadang nak wat gate & pagar konkrit jugak..nak tahu bajet je..tq

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

rambang mata tgk pilihan yg ada...

yantz-yeem berkata...

tgh mengumpul wang utk menukar pagar baru gaks...huhuhu skg masih x cukup...bila lah agaknya???

jom ke blog saya nak mintak tolong sikitttt jek...tq!!!

Iela Fazielah berkata...

betul zaila... autogate penting..tu pasal mcm ila pasang tu sbb fikir hubby selalu outstation... tinggal kami anak beranak payah nak bukak tutup gate...

Unknown berkata...

As salam sekiranya berminat untuk pemasangan alarm CCTV autogate n lain2 boleh hubungi fairus 0123629420 area lembah klang harga berpatutan 100% bumiputera

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^