Al kisahnya, aku dulu masa duduk rumah sewa, kami mana ada langgan Asteruk ni segala..Cukup tengok TV3 ngan TV9 aje, aku ni bukannya hantu TV pun, citer Melayu tak layan, citer Korea apatah lagi (tapi kalau dah start melayan..haaaa..jaga-jaga..boleh angau terus)..So bila dah pindah rumah sendiri & kebetulan ada TV LCD ni, nak tak nak kenalah langgan Asteruk juga sebab TV LCD mana ada arial TV nak sambung ke monitornya kan. Teringat lagi masa mula-mula beli TV, terpaksalah hari-hari layan DVD sebab tak boleh tengok TV kan..So dalam keterpaksaan kami melanggan juga Asteruk..Siap amik pakej 2 mini (Discovery & Entertainment) + Movie..Masa tu bil hanya dalam RM84.95 jerk..Hinggalah tahun lepas, Krajaan perkenalkan 6% service tax so jadilah RM90.05
Aku dari hari kesehari dok terfikir nak buang mana-mana pakej yang kamitak tengok tu tapi tiap kali aku nak call Asteruk mesti time tu cerita best (kat channel Movie) & dan-dan tulah tak jadi nak unsubscribe pakej tu. Pastu konon-konon dalam pantang nanti (eh dah pantang dah pun) nak tengok TV kan, so tak jadilah buang pakej Movie tu tapi kan..rupa-rupanya dalam pantang pun bukannya aku tengok sangat channel Movie ni, balik-balik mesti tengok TV3, Ria, Prima, AFC, TLC, 711 yang memang basic dalam pakej ni..Haisyyy..Movie best-best pun bukannya selalu, malam Ahad jelah kalau ada pun. itupon kalau best..Kalau tak best..tak tengoklah!!
Ok sambung merepek lagi..So bila dengar desas desus Asteruk nak naikkan harga lagi, aku pun berdebar-debar jugalah kan..Owh, sebelum berita kenaikan harga tu, patutlah orang dari call centre Asteruk dok kacau aku..asyik nak telefon je, banyak kali juga aku reject..Tak cukup ngan ganggu handset aku, sampai ke telefon office aku pon diorang kacau tau..Memang serabut!! Last-last aku angkat aku cakap "sorry, saya tak berminat!!" full stop terus!! Malas nak dengar segala
Ops, sambung lagi..so minggu lepas dapatlah surat chenta yang ditunggu-tunggu & syukur juga bila tengok kadar kenaikan kami hanya RM1 menjadikan harga pakej kami ambil ni RM85.95 (belum campur 6% service tax lagi ya). Bila difikir-fikir, masih boleh diterima lagi so buat masa sekarang, malas nak buang lagi mana-mana pakej yang tak berkaitan..Kita sabar dulu, tengok apa lagi yang Asteruk mahu buat;P
Tapi kat surat chenta tu ada ditawarkan Asteruk Super Packs iaitu menawarkan :
- Astro Box Office Movies Tayangan Hebat & Mustika
- Astro Famili, Sukan, Filem & 3 pilihan pek mini (pendidikan, kanak-kanak, berita & variasi)
- HD & rakaman
Harga Super Pack ni adalah RM125 (bernilai RM170.85), memberikan aku penjimatan sebanyak RM45.85 atau 27% setiap bulan *siap boldkan perkataan jimat tu* tapi minta maaflah En. Asteruk..kami TAK BERMINAT dengan tawaran ni. Alasan aku;-
1) Dengan pakej yang kami ambil ni pon dah tak terlarat nak tengok. Bukannya keje kami layan TV 24 jam pun, banyak lagi keje lain yang aku boleh buat *baca blog lagi best* Tambah pula kalau hari kerja, balik rumah sempat tengok TV paling lama pun sejam je sebab lepas tu sibuk nak basuh baju, tidurkan anak, update blog, layan fb segala..Itupon kalau TV anak-anak aku tak konker;P
2) Pakej Sukan?? Owh, so sorry sebab laki aku bukan hantu sukan..Memanglah en suami layan bola tapi takderlah sefanatik sampaikan sanggup kunci jam untuk bangun awal-awal pagi layan bolasepak Eropah tu..Syukur sangat-sangat sebab laki aku bukan jenis kaki bola..Kalaulah laki aku kaki bola, confirm boleh gaduh laki bini tiapkali musim bolasepak melanda;P
3) Dapat Free Asteruk Beyond iaitu siaran dalam High Definision (HD) & boleh rakam rancangan yang kita suka / terlepas tengok..Haaaa..tak payahlah..bukan apa, sekarang pun aku dah puas hati dengan mutu kualiti TV aku, eh kalau pakai TV biasa (read: yang kotak besar tu) tapi ambil Beyond rasanya tak berbaloi pun sebab HD ni sesuai untuk TV LCD, LED & seangkatan dengannya. Lagi satu, kalau setakat nak rakam aksi yang kita terlepas tengok tu..Haaai, tak payahlah sebab rasanya keje Asteruk ni dok siar benda sama je, lepas ko tengok hari ni, esok lusa tulat pun konpem ko boleh tengok lagi;P
Rasanya itu sahaja alasan-alasan aku untuk tidak mengambil pakej Super Packs tu. Atas pendirian masing-masinglah kan..Kalau korang jenis hantu TV & memang jenis suka tengok TV, haaa bolehlah ambil..Tapi kalau setakat nak ambil tapi tak tengok..buat rugi je, baik guna duit yang kita bayar bulan-bulan tu buat beli benda lain *eh, ternasihat lebih-lebih pula*
Bukan nak cakap Asteruk teruk, tapi bosan dengan sikap diorang yang asyik naikkan bil..Kalau service ok takpe, ni tiapkali hujan mulalah skrin biru je yang aku nampak..Haritu tertengok kat berita yang YB Dato' Rais Yatim dah beri amaran dekat Asteruk suruh baiki servis yang teruk di kala hujan atau bakal hadapi tindakan undang-undang..Herm, bagus juga kalau macam tu kan..Tapi kalau boleh, tak payahlah nak naikkan harga segala..Biarlah ikut harga dulu-dulu..Biar makin murah ke kan bagus;P
Oklah, panjang pula aku merapu..Lupa nak tanya, korang kena berapa pula cas kenaikan kali ni??
2 ulasan:
huhu..tak sure lah berapa naik.=p tapikan memang betul lah. rumah farah ni bukan tgk sangat pon tv. rasenye kalau boleh bayar canel sport jer pon dah cukup. sebab husbandjer yang tgk tv, pastu sport jer die tgk.
zaila
tak perasan pulak berapa kenaikan kena..lynn kalo boleh nak buang sumer mini2 tuh..sbb suka yg basic jek..tp hubby suka lak anak2 dia layan cartoon..dia pun suka dgn National geo tuh..
betuller bila masa nak layan tv sgt..layan TV3 pun x terlayan kita..
Catat Ulasan