Ni aku nak bagitahu rahsia kecantikan aku sket *sila muntah kalau terasa nak muntah ya* Hahaha..Actually lama dah nak berkongsi rahsia kecantikan aku ni, tapi asyik kelupaan aje;P
Aku start menggunakan Safi Rania ni dari tahun lepas, mula-mula tu selalu tumpang kawan aku punya (arwah Kak Kat; al fatihah untuk arwah~dirimu sentiasa dalam ingatanku), lepas tu kebetulan pula kakak kepada kawan aku keje di kompeni yang mengeluarkan Safi ni so aku terus order set lengkap penjagaan muka dari jenis Safi Rania ni. Menurut kakak kawan aku ni, produk yang terlaris di kompeninya adalah Safi Rania & juga Safi yang terbaru tu Safi Q10 (kalau tak silap aku).
So aku start guna semua produk Safi Rania ni dari pencuci muka, toner, pelembab siang & malam, krim mata & krim ape dah namanya yang dalam bekas bulat tu. Owh, tak lupa juga dengan serum yang konon-konon ada emas 24 karat tu;P
Overall, aku memang puas hati sebab sejak jadi pengguna setia Safi Rania ni, muka aku tak ada alahan apa-apa..Lagipun memang jenis kulit muka aku ni takde masalah jerawat / jeragat cuma ada masalah kegelapanlah sket *dah nak wat camno, sudah dari azali lagi diriku memang hitam manis gitu*. Walaupun kadang-kadang aku ni jenis dasar pemalas nak amalkan semua tu so kadang-kadang aku hanya pakai serum, krim pelembab & pencuci muka sahaja, toner, krim malam, krim mata tu kalau time angin rajin datang je baru aku buat *dasar pemalas tapi nak cantik*
Eh, apa aku nak cerita eh?? Owwwwhhh, macam ni..Nak dijadikan cerita, kan aku dilanda chicken pox masa dalam pantang dulu so of courselah muka aku ni tak terkecuali dari kena mangsa kan..Naik penuh juga dengan parut-parut hitam. Pernah juga aku mencuba Bio-oil tapi aku tak tahan sangat dengan baunya yang sungguh busuk. Terasa pening-pening setiap kali pakai minyak tu;P So aku just abaikan jelah & start pakai rutin make up aku macam biasa; lepas cuci muka dengan pencuci muka, sapu serum & pakai krim siang then terus apply compact powder. Itu aje yang aku buat hari-hari..
Hinggalah satu haritu budak opis aku tegur "eh, parut kat muka akak dah makin tak nampaklah..akak pakai apa??" Lebih kurang macam tulah ayatnya..Waaaah, mak to the surprise you knowwwwww..Dengan pantasnya aku jawab ; "sudah tentulah Safi Rania, jelita tidak mengenal usia" ~ok, aku tipu..takderlah aku nak jawab macam tu kan..Hehehe..Aku jawab "Safi Rania" jelah kan..Tak koser nak tambah tagline segala;P
Ok, sekian sahaja produk review dari aku..Sorrylah takde bukti sebab aku malas nak tempek muka sendiri letak kat sini *karang tak muat gambar pasal lebar sangat dah muka ni* cuma pada mereka-mereka yang kenal aku sahaja akan perasan akan perubahan aku yang makin cantik ni..Hahaha..Ferasan habis ok;P
Actually dulu aku pengguna setia Olay Moisturizer tu tapi since Safi Rania ni pun terbukti lebih kurang elok juga, aku beralih arah pada Safi Rania jerlah sebab of courselah ianya produk tempatan & mematuhi syariat Islam pula;) Baru tahu yang Ustazah Siti Nor Bahyah pernah jadi Duta Safi Rania (baca artikel ni) tapi tu dululah..sekarang ni Rozita Che Wan dah take over dah;P
*Safi Rania tak nak bayar aku ke atas testimoni ni haa*
2 ulasan:
cepat pi emel ke Safi pasal entry ni zaila..mana tau ko plak terpilih bergandingan dgn rozita che wan dalam iklan terbaru..
hahaha geli hati baca ayat last sekali tu...bukan takat layak dibayar tapi pasni safi kena amik zaila jadi duta gitu hehe..anis pun pakai safi rania gak...tapi pakai cream apo ko bondo ntah namanya...bukan nak puji la..tapi adik anis dari dulu kini dan selamanya pakai brand safi ni..kulit dia memang putih bersih...gebusss gitu...ahkak dia ni baru setahun pakai...hurmm kesann??ntah ler...idok ler pulok orang memuji kecantikan kulit ni...sebabnya jeragat penuh semuka kuang kuang kuang
Catat Ulasan