Perasan tak sekarang ni memang banyak sangat peraduan kan?? Rata-rata mesti bagi hadiah yang best-best & yang paling banyak aku tengok hadiah iPhone ngan iPad..Hadiah kereta pun ada juga macam Tropicana Twister punya contest yang hadiah BMW sebijik tu..Tapi tak tahulah sempat ke nak masuk sebab closing 31hb Julai ni..Selalunya kitorang ni hujung-hujung contest barulah nak masuk..Rugi..Rugi..So kali ni bertekad nak masuk contest Smart Heart..Pasainya aku ni kira pelanggan tetap jenama ni dahlah..Nak wat camna, beli makanan kucing sama naik dengan susu anak-anak..Hehehe..Kalau yang sekilo tu tahanlah sampai 2 minggu then kena beli lagi..Kalau beli jenama lain, tak nak depa telan *berlagak sungguh kucing-kucing aku ni kan, nak yang jenama aje*
Oklah, tu je nak kongsi ngan korang..Kalau sesiapa yang ada bela kucing & guna jenama ni..mohlah kita masuk contest secara jemaah;) *kalah menang adat pertandingan, ada rezeki Alhamdulillah..*

Tiada ulasan:
Catat Ulasan