Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan

Selasa, 31 Disember 2013

Giveaway Sejuta Viewers Blog Zaila 2013


Assalamualaikum,

Lama sudah rasanya aku tak buat Giveaway blog kan? Kali terakhir dulu tahun 2010 sempena dengan pembukaan blog Mari Kelih aku. Ya Allah, lamanyaaaaa..Ok tak nak cerita panjang, kali ini aku mahu buat Giveaway sempena meraikan pengunjung ke SEJUTA blog ini. Alhamdulillah berkat berblog tanpa mengenal erti penat lelah (cewah ayat macam poyo je) kini view blog ini akan mencecah angka sejuta tidak lama lagi. Harapnya boleh hit SEJUTA sebelum tahun baru inilah ya!


Semalam bacaan dari hasil screenshot (tangkapan skrin) adalah 931330, hari ni mungkin sudah 932+++, Jadi sebagai penghargaan aku kepada semua, aku ingin menganjurkan Giveaway Sejuta Viewers 2013 bermula hari ini. Ada dua kategori yang boleh dipilih iaitu :

Kategori Biasa :

Hadiah yang Ditawarkan : 2 x RM50 (satu blog akan dipilih setiap bulan iaitu November & Disember)

Syarat-syarat penyertaan :

1) Buat entri khas bertajuk "Giveaway Sejuta Viewers Blog Zaila 2013"
2) Letakkan link blog ini http://zailabinimdae.blogspot.com/ di tepi side bar blog masing-masing
3) Letakkan komen di ruangan komen ini dan link kan balik ke Entri ini

Pemenang akan dipilih secara rawak jadi sesiapa sahaja boleh memasukinya. Tapi bagi pemenang bulan November, tidak boleh memenangi lagi untuk bulan Disember 2013.

Kategori Bisnes :

Hadiah yang ditawarkan : peluang memasuki kelas asas blog & fanpage secara PERCUMA (beserta 1 nota ebook asas blog & fanpage)

Syarat-syarat penyertaan :

1) Buat entri khas bertajuk "Saya Mahu Menjadi Protege Kelas Asas Blog & Fanpage Zaila Mohamad"
2) Nyatakan sebabnya (boleh buat karangan panjang mahupun pendek)
3) Letakkan link blog ini http://zailabinimdae.blogspot.com/ di sidebar blog
4) Letakkan link blog ini http://sohodirectory.blogspot.com/ di side bar blog
5) Letakkan link blog ini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/ di side bar blog
6) Letakkan komen di ruangan ini dan link kan balik ke Entri ini

Hadiah Utama SEJUTA Viewers :

Hadiah ini adalah bagi mereka yang berkesempatan menjadi pengunjung ke SEJUTA blog ini. Sila emailkan paparan screenshot ke email aku zailamohamad@yahoo.com dan hadiah menarik iaitu wang tunai sebanyak RM50 akan dikreditkan ke akaun anda!!! Sekiranya terdapat lebih dari seorang, maka sistem siapa cepat dia yang dapat akan digunakan dalam menentukan pemenang!

Oklah, itu sahaja syarat peraduan ini, sesiapa sahaja boleh menyertainya dengan memenuhi semua syarat yang aku letakkan di atas. Kalau ditanya aku nak pilih kategori mana, jawapan aku baik pilih kategori bisnes sebabnya boleh dapat ilmu berniaga online. Daripada ilmu yang dapat tu boleh pula jana pendapatan dengan blog & fanpage, silap haribulan lagi kaya dari aku..HAHAHA

Tapi sudah tentulah semua student aku tak boleh masuk kategori bisnes sebab mereka dah KAYA. Eh! Bukan sebab mereka dah ada semua asas dalam membina sebuah blog & fanpage yang berpengaruh. Kalau nak masuk kategori 1 baru boleh. Sila-silakanlah ya :)

Pada yang masih belum faham, sila tinggalkan komen atau berhubung terus ke email zailamohamad@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih dans elamat mencuba!

Rabu, 17 Julai 2013

Menang Contest Movie Review Sofia the First


Assalamualaikum,

Rezeki Ramadan namanya ni bila dapat email daripada Hui Jun mengatakan aku menang peraduan Movie Review Sofia the First yang aku masuk tempoh hari. Boleh baca entri ini (Movie Review : Sofia the First Once upon a Princess)

Hi hi! Greeting on behalf of Princess Sofia!
Firstly, thank you for participating in our exclusive Movie Review Contest! We will sending you an exclusive Sofia the First notebook and princess pen wand for your participating.
Second, Congratulations! Your entry caught the judges' attention and your post are one of the 10 Creative Posts of this contest! You have won yourself an additional Sofia the First amulet! 

We'll be sending you the prizes within 2 weeks' time, so stay tuned!

In the meantime, have a lovely day! :)

Semalam terus dapat, tak sangka cepat pula dapatnya! Alhamdulillah, happy je anak dara aku bila dapat rantai macam Princess Sofia tu. Kebetulan birthday Husna baru je lepas so merasalah dapat hadiah free dari mama..hihihi

Tak sangka juga boleh menang sebab masuk peraduan pun last minute dah..Agaknya inilah yang dikatakan rezeki Husna..Alhamdulillah..

Pada yang berminat untuk belajar kelas asas blog & fanpage, aku masih mengambil pelajar untuk kelas Julai. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi aku

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651

bye!

Ahad, 17 Mac 2013

Huggies Dry Pants : Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai

*Sticky entry*

Assalamualaikum,

Aku nak tanya berapa orang mummy-mummy kat luar sana yang ada anak yang berumur setahun ke atas & tersangat aktif? Mesti mummy pening kan bila tiba part nak pakaikan lampin pakai buang dekat anak kan? Well, aku bercakap ni sebab pengalaman sendiri dengan anak-anak aku. Bermula dari Haziq, Husna sampailah Ashraf, once diorang dah cecah setahun setengah, confirm masa ini akan menjadi saat-saat yang paling mencabar untuk menukar / memakaikan lampin mereka. Nak-nak si Ashraf yang sentiasa bergerak aktif tu..Pening kepala aku bila dia dah pandai buka sendiri pita pelekat lampin pakai buang dia, hari-hari dok berperang aje dengan Ashraf nak suruh dia pakai lampin..Naik stress mama dia tahu!!

Tapi semua masalah ni takde bila aku pakaikan Ashraf dengan Huggies Dry Pants. Memang sangat-sangat membantu bagi ibu-ibu yang ada anak yang aktif & lincah ni. Memang pilihan yang tepat & mudah!!


Kalaulah mummy-mummy semua tahu betapa mudahnya untuk menukar lampin sekarang iaitu dengan 3 langkah sahaja;

Langkah 1) Koyak Hanya koyakkan peregang lembut pada bahagian tepi Huggies Dry Pants ini setiapkali anak kita membuang bahan kumuhan:P Hehehe Selepas itu basuhlah montot gebu mereka:)


Langkah 2) salin dengan Huggies Dry Pants yang baru. Memang senang sangat untuk disarungkan kerana ianya seperti menyarungkan seluar dalam kepada mereka. Tengok even Husna pon rajin menolong aku pakaikan Huggies Dry Pants untuk Ashraf


Langkah 3) Lepas mereka bermain!! Senang bukan?? Takde dah adegan kejar mengejar untuk pakaikan lampin pakai buang yang jenis biasa tu:)


Tengoklah gambar di atas, Ultraman nak fire mama..larikkkkksssss

Ok, lepas tu aku rajin pula nak buat eksperimen dengan lampin Huggies Dry Pants ni, saje suka-suka nak tengok tahap keberkesanan menyerap air kan? so here we go, sediakan secawan air & sekeping Huggies Dry Pants seperti di bawah ini;-


Kemudian tuangkan air ke dalam Huggies Dry Pants secara perlahan-lahan.


Tunggu seketika untuk lihat hasilnya..Memang terbukti walaupun dah disiram dengan secawan air, masih kering lagi di permukaan. No wonderlah Ashraf jarang dah buka lampin sejak pakai Huggies Dry Pants ni. Kalau tak dulu asal lepas kencing je Ashraf akan buka lampin, agaknya mungkin dia rasa tak selesa


Buat ibu-ibu semua, jom bertukar kepada Huggies Dry Pants & rasai sendiri betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa anak sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang PERTAMA di Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu ruang lampin.

Oh! berita baik buat ibu-ibu semua, bolehlah layari (http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx) untuk dapatkan sampel percuma terus dihantar ke rumah anda!! Nanti bolehlah korang rasai sendiri betapa mudahnya memakai Huggies Dry Pants ini dengan koyak, salin dan lepas!! Teruja bukan??


Cepat dapatkan sampel percuma & rasai sendiri betapa mudahnya koyak, salin dan lepas!!

Anak-anak gembira, ibubapa pon gembira:)


Setakat ini takde lagi insiden kebocoran sewaktu tidur di tengah malam / tengahari so memang aku sangat-sangat berpuas hati dengan Huggies Dry Pants ini.

Maklumat mengenai Huggies(R)

Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atauwww.facebook.com/Huggies.Malaysia.

Selasa, 5 Mac 2013

Siapa Nak Handbag Mulberry??

Assalamualaikum,

Cuci mata jap dengan handbag kat bawah ni;-


Orang pompuan mana yang tak suka henbeg kan? Tak kisahlah jenama ke takde jenama ke memang boleh dikatakan henbeg ni adalah benda wajib bagi orang pompuan. Kalau takde henbeg mana nak letak wallet, kunci rumah, kunci kereta, lampin anak, wet tissue, mainan anak, makanan anak, wallet laki, pendek kata segala benda nak sumbat dalam tu kan? betul tak? betul tak?

Bagi pompuan yang dah berkahwin & ada anak, aku rasa henbeg kena beli yang besar-besar pastu tahan lasak sebab nak pikul hampir lebih sekilo seharian. Kalau en suami pegang henbeg aku mesti dia cakap "ada batu gapo dalam beg mama ni?" Padahaaaaallllll barang dia pon numpang henbeg kita jugak..ceitt

So korang nak tak henbeg Mulberry free?? Saper tak nak wei? Antara henbeg idaman hati aku juga ni *ceit, aku ni semua henbeg pon idaman hati dasarrrr surirumah terdesak!* Jom masuk peraduan Share the Joy of Motherhood di laman facebook Friso. Tapi korang jangan masuk lagi minggu ni sebab aku dah masuk, nanti kang bertambah pula saingan aku..HAHAHA (padahal takde harapan menang pon)


So pada kawan-kawan online aku, minta tolong jasa baik korang semua tolong votekan gambar aku di link kat bawah ini

http://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether/app_501408969906087

Tapi korang kena log in dari PC, approved apps & cari dalam Other Mummy's Joy then cari nama aku Zaila Mohamad. Please, please please korang tolong votekan aku..Mana tahu rezeki aku dapat henbeg baru:)

Thanks ya korang yang dah vote, kalau boleh hari-hari buka vote gambar aku pon takpe, nanti aku doakan korang supaya murah rezeki selalu:) HAHAHA Nampak sangat terdesak kan?? Nama lagi surirumah terdesak so korang SILA VOTE aku ya!! Thanks & bye!!

Khamis, 12 April 2012

Friso Go Explore Contest

Assalamu'alaikum,

Tahun ni aku berazam nak rajinkan diri join contest..Mana tahu kot-kot ada rezeki terpijak kan:P

So marilah kita pakat sesama join Friso Go Explore Contest:) Memandangkan anak-anak aku memang peminum tegar Friso 3 & 4 so alang-alang dok melaburkan duit beli susu diorang tetiap bulan, mohler kita join contest sekali..Mana tahu dapat g Disneyland ke apa..Insya ALLAH..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...


borang pertama sudah dihantar..lepas ni nak hantar lagi & lagi & lagi & lagi sampai menang..hahahaha


korang semua janganlah masuk contest ni..biar nama aku sorang yang naik..muahahahahaa *gelak setan*

Oklah, aku tipu..pada yang berminat, bolehlah join contest ini ya..More info here!

Khamis, 3 November 2011

Giveaway My Granny Square


Hari ni aku nak ajak korang join GA dari one of my blogger fren yang memang setia meninggalkan komen kat blog aku..Huhuhuhu..sungguh rasa malu sebab aku jarang-jarang dapat berkunjung balik menjenguk blog beliau..Sorry ya Tiha..So sebagai menghargai jasa beliau, meh kita meriahkan GA yang Tiha buat..

Cara-caranya senang bangat;-
1) Follow Blog Herba-Tihara & onshop2u ~ ok done!!
2) Buat entri bertajuk "Giveaway My Granny Square" ~ ok done!!
3) Letak banner ke dalam entri ~ done also!!
4) Link entry ~ ok, pasa sape-sape nak join, meh klik sini
5) Tinggalkan entri di kotak komen ~ jap lagi pas publish entri ni aku buat;)

Senang bangat so apa lagi, meh kita join;)

Ahad, 30 Oktober 2011

Jom Sertai Kuiz The Drawer Contest by Libresse

 **This is Sticky Entry Sampai 30/10/2011, for new updates, scroll down kat bawah..thanks!!**

Owh rasanya masih belum terlambat untuk korang join contest ni..Hadiahnyaaa..umang aih..semua pompuan pon dambakan benda tu:P Senang je nak join contest ni, just beli produk Libresse *serious aku cakap aku sukakan panty liner jenama ni lebih dari yang lain* then uploadlah gambar apa yang ada dalam drawer korang..Lagi kreatif lagi tinggi peluang untuk menang. Then upload & suruh semua kawan-kawan, sedara mara vote kat vido kita tu!!

Hadiah dia korang boleh pilih antara ipad2, Samsung Galaxy S2, MAC kosmetik set, henbeg LV & SK2 skincare..Kalau korang apa yang korang pilih?? Kalau aku konpemlah henbeg LV..ngeh ngeh ngeh..kalau pilih henset kejap je dah keluar siri baru, kalau set ake up boleh habis tapi kalau henbeg LV..hehehehe silap-silap boleh jual balik kat e-bay:P

so korang, cepatlah join contest ni sebelum 31/10/2011..Masih belum terlambat pon..ada lebih kurang 5 hari lagi..ngeh ngeh ngeh..Klik sini untuk join The Drawer Contest by Libresse

Photobucket
Ini pula just nak share apa yang ada dalam drawer kat rumah aku:P Konpemlah baju anak-anak aku..Takkan ada gajah ghimau plak kan..Aku beli Aneboda Drawer ni kat IKEA..Ada 3 drawer & seb baiklah anak-anak aku ada 3 lagi..Pas dah tambah, kenalah cari drawer lain:P

Photobucket
First drawer adalah tempat baju si abang Amirul Haziq..sebab dia sulung, so kenalah duduk atas kan

Photobucket
Drawer kedua pula untuk si kakak Nur AMeera Husna..paling banyak baju & paling bersepah..Naseb ko lah sebab tak laratlah aku nak kemaskan sepah yang dia buat masa cari baju nak pakai:P

Photobucket
Hak bawah sekali konpemlah si adik Ashraf Hariz yang punya..Masih tak banyak baju..hehehe slow-slow kumpul:P

Oklah, what's in your drawer pula???

Selasa, 27 September 2011

Jom Sertai Blackmores Our Best Moments Contest

Menyampah pula bila aku tengok gambar yang aku submit dalam contest ni..Hahaha..Bukan apa, memula cadang nak upload gambar lain then bila tekan butang submit tak keluar-keluar so aku tukarlah gambar yang lain kan..Sekali bila dah submit..hambek koooooo..gambar lain yang masuk T__________T" *nampak sangat mak buta contest*

Oklah, since aku tahu yang aku tak akan terpilih pon..so aku nak ajak korang sama-sama meriahkan contest yang dianjurkan pleh rangkaian produk makanan tambahan terbesar di Malaysia iatu Blackmores..Senang sangat nak masuk contest ni, mula-mula masuk website Blackmores Our Best Moments dulu, then isi borang, upload gambar & lepas tu canang-cananglah kat facebook korang ke, Twitter ke atau pon blog suruh vote like..Kalau korang nak vote aku punya, boleh masuk ke sini & then lepas tu cari nama aku (Zaila Binti Mohamad) & kliklah butang love tu..thanks ya kalau tolong vote..Walaupon aku tahu takde chance pun nak menang tapi takpelah..aku masuk untuk memeriahkan majlis aje *skemanya jawapan*

Oklah..contest end 31/10/2011..cepat-cepatlah masuk kalau nak memenangi percutian 2D1N kat Singapore..Banyak juga hadiah lain yang menarik so apa tunggu lagi..jom sertainya sekarang!!!

Sabtu, 30 Julai 2011

Free Fridge Magnet

*sticky entry sampai ada pemenang yaaaa*


Oleh kerana soalan yang aku bagi tu ramai yang takleh jawab..so aku rasa to be fair pada semua orang, aku nak tukar Give Away ni pada Misi Pencarian Pembaca Ke 50 000..So pada sesiapa yang bertuah, sila print screen bukti & email pada aku zailamohamad@yahoo.com



Siapa cepat dia dapat..owh, aku nak tambah satu lagi fridge magnet dari Dubai, so semua sekali 3 fridge magnet free yaaaaaaa..so mari kita lihat siapa yang bertuah;)

Khamis, 21 Julai 2011

Jom Join Contest SmartHeart, Boleh Menang iPhone;)

Perasan tak sekarang ni memang banyak sangat peraduan kan?? Rata-rata mesti bagi hadiah yang best-best & yang paling banyak aku tengok hadiah iPhone ngan iPad..Hadiah kereta pun ada juga macam Tropicana Twister punya contest yang hadiah BMW sebijik tu..Tapi tak tahulah sempat ke nak masuk sebab closing 31hb Julai ni..Selalunya kitorang ni hujung-hujung contest barulah nak masuk..Rugi..Rugi..

So kali ni bertekad nak masuk contest Smart Heart..Pasainya aku ni kira pelanggan tetap jenama ni dahlah..Nak wat camna, beli makanan kucing sama naik dengan susu anak-anak..Hehehe..Kalau yang sekilo tu tahanlah sampai 2 minggu then kena beli lagi..Kalau beli jenama lain, tak nak depa telan *berlagak sungguh kucing-kucing aku ni kan, nak yang jenama aje*

Oklah, tu je nak kongsi ngan korang..Kalau sesiapa yang ada bela kucing & guna jenama ni..mohlah kita masuk contest secara jemaah;) *kalah menang adat pertandingan, ada rezeki Alhamdulillah..*

Isnin, 7 Jun 2010

Saya Mahu Buku Jana RM Dari Rumah

Tatkala melihat entry peraduan ini di blog Masayu Ahmad, Zaila rasa begitu teruja untuk menyertainya. Semoga Zaila bernasib baik kali ini kerana sebagai seorang wanita berkerjaya & berniat untuk menjadi WAHM, sudah semestinya Zaila memerlukan buku ini untuk mencapai hasrat murni Zaila ini. Hadiah akan ditentukan secara cabutan bertuah, so kawan-kawan..apa kata kita pakat join peraduan ini..Boleh baca selanjutnya di sini.

Khamis, 13 Mei 2010

Kuiz Bersama Zaila

Soalannya senang sahaja;-
"Cuba perhatikan apa yang tak kena pada gambar di atas??"
Setiap orang boleh meneka seberapa banyak jawapan yang terlintas di fikiran mereka & of courselah siapa yang dapat jawab dengan tepat or almost tepat akan diberikan hadiah;)
So start guessing now. Contest will end 12 midnight malam ni..Esok Zaila umumkan siapa pemenang yang bertuah tu;))

Btw, Zaila ada pengalaman untuk dikongsi bersama. Ianya berkisah tentang wall covering yang kat atas tuler tapi right now, focus on quiz first..till then, good luck^,^

Rabu, 10 Mac 2010

Pemenang Grand Prize MKS Contest 2010

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu hadiah utama contest hari tu kan?? Ke semua dah lupa yang masih ada lagi hadiah yang tertinggal??
Maafkan Zaila ya buat anda semua ternanti-nanti..Dengan ini Zaila umumkan bahawa pemenang utama MKS Contest 2010 adalah 1 x RM70 baucer barangan di MKS jatuh kepada:-
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

no. 9 : zaikulim

Tahniah ZaiKulim!!!
cepat claim hadiah di MKS ya!!
pada yang tidak menang, jangan risau
Insya ALLAH kalau ada rezeki lebih Zaila akan buat lagi contest
di masa akan datang so teruskan membaca blog Zaila & berikan sokongan padu kepada Mari Kelih Store


Khamis, 4 Mac 2010

Senarai Peserta Terakhir MKS Contest 2010

Salam semua, sila kenal pasti nombor cabutan bertuah masing-masing ya!!

1. deyatica
2. herba-tihara
3. honeylanz-mydream
4. very-berry-strawberry
5. Maghfarah
6. Kasihaienur
7. cieda
8. elissmie
9. zaikulim
10. inasepi
11. inahasan
12. segalanyerkuterima
13. izancute
14. taufidris
15. nurulainaadnan
16. Eynda
17. Syakila
18. ogy2112
19. blogjuniza
20. ieyza83
21. sukadukaceritaku
22. erynaraisyajoincontest
23. oya-contest
24. seindahbayu
25. sarah-rinduselalu
26. asmikimie
27. saat-saatini
28. mommyrifqy6704
29. sumijelly
30. mek-senyumsokmo
31. suriareal0911
32. diraummimalikcontestgiveaway
33. neaflerida
34. noiya
35. ABH
36. Usharapa

Diharap pemegang nombor-nombor bersedia kerana keputusan contest akan diumumkan dalam masa yang terdekat;D





Perhatian Kepada Peserta Mari Kelih Store 2010

Salam semua, mesti ramai yang tertanya-tanya ke mana Zaila menghilang kan??
Terlalu banyak cerita & gambar yang ingin dikongsi bersama, cuma masa sahaja yang agak terhad. Alhamdulillah, haritu Mari Kelih Store telah berada selama 2 hari di ilovebazaar yang diadakan di Subang Parade. Jutaan terima kasih kepada bloggers yang datang & kawan-kawan Zaila yang cukup baik untuk memberikan moral support kepada Zaila. Insya Allah, 28hb Mac ini Zaila akan berada lagi sekali di bazaar tersebut demi untuk menghabiskan stok menjual barangan yang ada tu;D

Buat peserta MKS 2010 Contest, harap bersabar kerana sekarang Zaila agak busy mengendalikan rumahtangga Zaila dek kerana suami Zaila terpaksa berjauhan dengan kami buat semetara. Semoga hubby cepat balik sebab mama sudah tidak tahan dibuli ditinggalkan sendirian menjaga Haziq & Ameera yang makin hari makin nakal comel;D

Insya Allah, malam ini Zaila akan cuba untuk buat cabutan bertuah sempena malam Jumaat so cepat-cepat doakan moga anda yang bertuah!!! Pada mereka yang masih tidak menjadi follower blog Zaila & Mari Kelih Store, harap cepat2 bertindak sebab penyertaan akan ditolak sekiranya tidak menjadi follower 2 blog ini..hehehee sorrylah ya, Zaila kena bertindak adil bg mereka yang sanggup menjadi follower Zaila & MKS so semua kena follow meeeeee^_^

Isnin, 1 Mac 2010

Mari Kelih Store 2010 Contest

Bismillahirrahmanirahim..
Sempena dengan penyertaan Mari Kelih Store di I Love Bazaar the RedRush by RylDesigns, Zaila dengan berbesar hati ingin menganjurkan "Mari Kelih Store 2010 Contest" bagi memeriahkan lagi penyertaan Mari Kelih Store di bazaar tersebut maklumlah first time katakan

Syarat2 penyertaan mudah sahaja;-
1. Anda perlulah copy & paste gambar di atas & diletakkan di entri anda / side banner anda.
2. Anda perlulah meletakkan tajuk sebagai "Mari Kelih Store Contest 2010" sebagai tajuk entri anda
3. Anda perlulah menjadi seorang follower kepada blog ini & Mari Kelih Store (kalau nak jadi fan of Mari Kelih Store di facebook lagi bagus)
4. Anda perlulah link kan entri anda ke entri ini (dengan meninggalkan komen & link entri)
5. Anda seterusnya harus menceritakan serba sedikit tentang Mari Kelih Store yang menyertai I Love Bazaar pada 27 & 28hb Februari 2010 di Subang Parade. Anda wajib menggunakan gambar2 di bawah sebagai bahan di entri anda. Panjang karangan terpulang, janji ada 2 gambar di bawah sudah memadai;)

Gambar 1 : Banner iklan I Love Bazaar

Gambar 2 : Lokasi Mari Kelih Store pada hari tersebut

Mudah bukan?? Kalau dah namanya contest, haruslah ada hadiah juga kan??

Hadiah-hadiah terdiri:
- 1 x RM70 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 2 x RM50 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 1 x RM30 baucer membeli belah di Mari Kelih Store

Menarik bukan??

Oleh itu, apa tunggu lagi..mulakan karangan anda & hantar kepada Zaila dengan segera;)

Tarikh Tutup penyertaan:
- 1 Mac 2010 (apa tunggu lagiiiiiii, kalau malas sangat nak karang ayat, copy paste gambar je letak dalam entri tu)

Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah (oleh tangan yang bertuah) so tiada unsur bias di sini;p

Terma & Syarat:
- Hadiah tidak boleh ditukar ke Ringgit Malaysia (RM)
- Hadiah akan dipilih sendiri oleh pemenang (barangan yang terdapat di Mari Kelih Store sahaja)
- Kos penghantaran & pembungkusan termasuk dalam hadiah
- Zaila tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan barangan yang berlaku semasa proses penghantaran (melalui pos berdaftar sahaja)
- Sebarang rayuan tidak akan dilayan kerana hadiah berdasarkan cabutan bertuah;)

~SELAMAT MENCUBA~

Rabu, 10 Februari 2010

Million Thanks

Sedari semalam, berduyun2 blogger chomeyl join Mari Kelih Store 2010 Contest ni..Terima kasih diucapkan..Zaila telah senaraikan senarai peserta di atas belah kanan blog ini. Pada yang belum tersenarai, insya ALLAH, Zaila akan letak pada belah malam nanti sebab di office Zaila blogspot telah diblock. Harap bersabar ya, kalau Zaila terlepas pandang, jangan malu untuk bagitahu kat Zaila. Untuk kak CT Noramiza, Zaila tak dapat link contest tu so haap akak submit balik kepada Zaila ya;)

Ingin diingatkan supaya kawan-kawan yang menyertai contest ini agar menjadi follower Zaila & blog Mari Kelih Store. Bukan apa, nanti kalau ada apa-apa update, kawan-kawan boleh terus melihatnya melalui Reading List yang ada di Dashboard Blogger.com. Lagi satu, Zaila nak berlaku adil pada peserta yang memenuhi syarat dengan memenuhi segala syarat yang Zaila telah tetapkan so katakanlah salah seorang dari anda tidak menjadi follower blog Mari Kelih Store tapi menang tempat pertama, sudah tentu peserta yang lain akan merasa kecik hati kan..so sebelum terlambat, baik kawan-kawan check adakah anda sudah menjadi follower Zaila & Mari Kelih Store??

Insya Allah, keputusan akan diketahui pada minggu pertama bulan March. So good luck guys;)

Khamis, 28 Januari 2010

Entry buat Jue

Salam semua, since Jue (one of my blogger friends) ada tanya nak buat karangan macamana & apa tajuknya & memandangkan Zaila tak boleh balas komen dia (kat office blogspot kena block just boleh approved comment sahaja) so Zaila cerita kat sini ya.

Tajuk tu kawan2 letak aje sebagai "Mari Kelih 2010 Contest" then dalam isi entri tu kawan2 letaklah gambar yang Zaila sediakan iaitu gambar banner bazaar & lokasi kedai kami, just ceritakan yang Mari Kelih Store akan berada di bazaar tu pada 27 & 28hb Februari 2010 di booth #24, senang bukan?? Tak perlu ayat berbunga2 just buat ayat simple yang boleh orang faham sebab tujuan sebenar Zaila buat contest ini adalah untuk buat sedikit promosi tentang bazaar & booth Zaila;)

Lepas dah siap entry tu, copy link entri anda and then paste kat comment box contest Zaila ni, then follow blog Zaila, Mari Kelih & jadik fan of Mari Kelih Store di facebook (yang ni pilihan, kalau ada akaun facebook bolehlah ya)..Then Zaila akan lawatlah blog kawan2 nanti..Senang je, yang penting tolong Zaila promosikan bazaar & booth Zaila aje;)

Berikut adalah beberapa info yang boleh digunakan untuk esei entri tersebut;-
Booth Name & No. : Mari Kelih Store booth #24
Date : 27 & 28hb Februari 2010
Place : Subang Parade (in front of Celebrity Fitness)
What we offer : Pelbagai pilihan tudung muslimah, kain ela, sutera pada harga yang berpatutan (Diskaun 10% ~ 20% ditawarkan) beserta free gift pada 10 orang yang pertama membeli di booth kami;)

So, apa tunggu lagi?? Mulakan karangan anda sekarang..Btw, contest ini tidak terhad pada sesiapa pun, kalau anda berada di over the sea pun boleh join asalkan patuhi syarat2 yang dikenakan;)

Tak jelas lagi?? jangan malu untuk bertanya lagi;)

I'm waiting

Herm, i'm waiting for the first contestant to submit her/his entry. Does anybody interested to join in this contest?? Is it the price aren't good enough?? Is it too hard for you?? Any questions?? Please don't shy to ask me ya;)

Ahad, 24 Januari 2010

Your Best Vacation Moment Contest

Hai, kali ni Zaila nak cuba nasib masuk contest "Your Best Vacation Moment" yang dianjurkan oleh Mama Zara pula.

Kenangan percutian yang terindah buat Zaila adalah semasa ke Phuket pada penghujung bulan April tahun lepas. Mengapa Zaila sukakan percutian ini?? Sebab pertamanya segalanya ditanggung oleh pihak syarikat tempat Zaila bekerja ni & memandangkan kami suami isteri bekerja di bawah satu bumbung, maka percutian ini boleh diibaratkan sebagai pakej berbulan madu untuk kami berdua^___^

Sebenarnya pihak syarikat ada menyediakan 2 pilihan iaitu di antara percutian ke Phuket dan Langkawi. Zaila dan suami sepakat untuk ke Phuket kerana kami ingin merasai dengan sendiri keindahan pantai & pulau yang terdapat di Phuket.

Selain pemandangan pantai yang indah, Zaila suka kedudukan hotel kami yang terletak di Phatong Beach di mana spa dan rumah urut Thai begitu senang untuk dikunjungi pada harga yang berpatutan. Waktu malam pula, hampir setiap malam kami ke Bangla Road untuk membeli belah selain menjamu mata dengan persembahan dari Lady Boy;)

Selain itu, makanan halal juga senang diperolehi di sini. Terdapat banyak restoran yang menyediakan pelbagai hidangan Thai yang amat menyelerakan. Selain dari matawang mereka yang rendah (RM1 = Bath10), boleh dikatakan barangan mereka teramatlah murah & berbaloi untuk dibeli;)
Zaila menikmati setiap saat ketika di Phuket (semasa bersama-sama dengan rakan sekerja)

Paling best bila dapat berbulan madu bersama hubby. Insya Allah, kalau ada rezeki kami akan berkunjung lagi bersama-sama dengan anak-anak pula;)

Pada kawan2 yang berminat untuk menyertai contest ini, bolehlah berkunjung ke blog Mama Zara dan bersama2 memeriahkan contest ini..Owh, Mama Zara sekeluarga akan ke Bali tak lama je lagi..mesti best tuuu;)

So pada sesiap yang nak join contest ni, make sure buat semua syarat di bawah??

1. Letak banner contest pada entry masing2. Jangan lupe link balik banner tersebut pada entry contest ni ye..Penyertaan akan disqualified jika tiada link semula.~~ada kat tepi entry ini~~

2. Hanya satu destinasi percutian yang dibenarkan untuk setiap peserta. Maksudnya.. kalau anda seorang yang kaki jalan, pilihla salah satu tempat sahaja untuk masuk contest ini ok..~~Phuket je;p~~

3. Maksimum 3 keping gambar dibenarkan untuk contest ini. Jadi, pandai2 la pilih gambar yang paling menarik untuk disertakan di dalam entry masing2..=D~~gambar tak menarik sebab pakai kamera cabuk je;p~~

4. Ceritakan juga serba sedikit tentang percutian anda itu dan nyatakan mengapa percutian tersebut menjadi antara best moment dalam hidup anda~~sudah cerita sket, memang best!!~~

5. Tempat dan tarikh percutian adalah tidak terhad. maksudnya, tidak kire bila masa percutian itu diadakan, samada jauh atau dekat, dan walau bersama siapa jua anda bercuti tetap mama terima..=)) ~~tahun lepas, tahun ni tak tahu ke mana, Vietnam kot;)~~

5. Digalakkan untuk menjadi follower mama ~~i follow youuuuu~~

6. Digalakkan untuk menyenaraikan blog ini dalam bloglist anda~~sudah jugaaaa~~

7. Untuk setiap penyertaan, sila tinggalkan komen anda di entry ini..mama Zara akan segera menerjah dan meninggalkan jejak di entry contest masing2..~~nak p tinggal jejak dah ni~~

8. Tarikh tutup penyertaan: 25 Januari 2010 ~~sempat lagi nooo~~

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^