Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 15 Julai 2011

Progress Pagar

Korang jangan tanyalah bila nak siap pagar rumah aku ni..Huhuhu..Sebab aku sendiri pon tak tahu bila akan siap, takperlah..harap-harap semuanya akan siap sebelum raya pasal nak raya dengan rumah berwajah baru tapi itulah, tak nak pk sangat sebab terpulang pada progress kontraktor kan..Kalau cepat, Alhamdulillah..Kalau lambat..redho jelah T___T"

Haritu barang (aku tak tahu nak panggil apa; tiles??batu??) dah sampai & pekerja Indon tu dah pasang dah pun separuh kat depan pagar mailbox aku..Nanti-nanti aku snap gambar *kalau angin rajin datang* Payah jugak nak pasang benda alah tu kan..Seharian buat pun baru siap sikit je, kalau aku yang kena buat sendiri..mahu berpeluh-peluh celah ketiak, kangkang segala;P



ingat tak entri aku yang ni, aku beli kat situlah..Harga memang tak boleh kurang walau seposen pon..Ramai yang kata nape tak beli kat nurseri Sungai Buloh kan, tapi kalau setakat nak buat sikit, tak payahlah sampai ke sana sebab bazir duit minyak & kudrat aje, sudahlah tak tahu jalan, kalau sesat, anak lapar, laki marah..hisyyy..buat aku tension aje kan?? So nipun aku suruh kontraktor aku yang beli semua sebab aku dah malas nak fikir dah apa design yang sesuai..Sudah makin caca marba dah design rumah aku ni.. *pasrah jelah* yang penting, siap!!


Kat bawah ni pula hasil bila letak hiasan pagar yang aku beli di nurseri yang sama juga;-

haritu aku beli 3 keping, rupanya tak cukup so aku pergilah beli sekeping lagi. Plastik pun tak buka lagi tu;P Cuma..aku menyesal p pilih design yang berlubang macam ni..sebabnya;-

kesian kat jiran aku..(ni gambar dari tepi rumah jiran aku), buruk rupa kan?? Harap-harap jiran aku tak saman aku..Ya ampunnnnn!! Sorry sesangat sebab tak terfikir pun akan berlaku macam ni;(

Tapi so far, jiran-jiran selang dua biji dari rumah aku selalu dok datang rumah aku cakap cantik *kembang lubang hidong maks* Actually gambar aku snap ni dalam keadaan tak siap lagi..takperlah..tunggu betul-betul siap baru aku share gambar (itupun kalau cantik)..Kalau tak cantik..huwaaaaaa..mak nanges sorang-sorang!!

1 ulasan:

Nurhayati berkata...

harap2 dpt la siap sblom rayakan.
baru bole betul2 raya ngan pagar baru ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^