Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 14 Jun 2011

Misi Mencari Hiasan Pagar

Last week en suami bagitahu yang kontraktor yang buat rumah kami ni suh kami bagitahu design pagar yang berkenan di hati kat pekerja indon yang buat rumah kami ni *berapa kali yang daaa* In case pada sesiapa yang tak tahu, actually Zaila pernah post kat WW beberapa minggu yang lalu keadaan rumah kami sekarang. Ada sedikit pembaharuan di bahagian hadapan rumah, tapi takderlah extend ruang tamu macam yang korang teka pun, just baiki depan rumah ni untuk kebaikan kami di masa hadapan;P

Pastu en suami ni cakaplah kat kontraktor tu "alah, buat jelah macamana pon, kami tak kisah bang *memandangkan budget pon ciput ajork* tapi boleh kontraktor tu jawab "eh, mana buleh..hang tanya dulu bini hang nak buat macamana, kang tak kena selera dia kang payah pulak" eh, ahkak juga yang dipersalahkan yaaa;P

Actually dalam kepala ni takde specific design pun memandangkan Zaila just imagine nak buat pagar simen aje (pagar yang memisahkan antara rumah kami & rumah jiran) tapi kontraktor tu cakap kot-kotlah kami nak buat lubang angin (kotak yang macam trend sekarang tu) ke, takpun nak letak hiasan macam kaca tu ke, apa-apalah kan!! So petang Ahad yang lepas, ajaklah en suami ke nursery yang dekat rumah untuk survey-survey apa-apa (sebab tak tahu nak panggil apa) yang berkenan di hati.

Bila sampai nursery tu, serious terpukau dengan water featuresnya kat depan tu & adalah hiasan seramik yang ditampal kat dinding simen tu. Macam berkenanlah plak so timbullah idea nak letak hiasan tu di pagar kami. So meh layan gambar yang sempat disnap;)

benda alah nilah..apa dah namanya?? Zaila panggil hiasan seramik jelah ya..yang ni harga dalam RM100++ tapi kalau ambil lebih dari 3 harga boleh kurang lagi


yang ni kecil sket, harga dalam RM25. cantik kan??

yang ni pula RM35


Zaila beli yang lebih kurang macam nilah. Harga asal RM95 tapi sebab beli 3 keping, dapatlah harga RM85 sekeping.


Tapi tak tahulah cantik ke tak nanti bila siap pasang. Herm, kalau Zaila rasa cantik, nanti upload gambar kat sini, kalau tak cantik..meranalah ahkak seumur hidup..Hahahaha;P


Lepas tu kan, usha water features ni;-


boleh gila ahkak!! semua cantiksss


mulalah berangan nak buat kat rumah satu


Isy, mulalah tak sabar nak beli. Tunggulah bonus raya tahun ni, kalau dapat green light dari en suami & kalau rumah dah siap..konpom mak bedah angkut satu (mak bedah ya, bukan mek Zaila)..Pastu mulalah berangan nak buat kolam ikanlah, nak bela ikan kaloilah, ikan talapialah..Hahahaha..Berangan adalah best..Kan??Kan??

















6 ulasan:

FaRah Baharom berkata...

wahaha...dah nak buat pagar.
cantikkk seramik wall tu. :)
zaila nanti dah siap sile upload gambar yek!

littlehumblelynn berkata...

zaila

mmg best berangan!!dan lagik best kala berangan ada geng nak tumpang berangan sekali

kita & hubby adalah pasangan berangan paling ideal..:)

apapun cantik pilihan zaila tuh..mesti cantik bila dah siap nanti ;)

Nurhayati berkata...

Dah siap sila amik gambo
Mesti cantik ni
Ai plak yg teruja hihi

linahilmin berkata...

puan zaila, kat mn kedai ni? :p
ps- nanti mau jumpa, mau antar air zam2.. :)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

ni utk hiasan pagar kiri kanan ek..nnti klu dh siap pagar zaila tu silalah tepek gmbar yek..kotrng tkde ubah ape2 pon bab pagar or pintu gate nih..bajet nan ado..huhu

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

cantiknyer ..kita minat yg gmbr last tue cantik sgt2 .. kami tak reno pun pagar2 .. mcm mana beli umh cam gitu jer .. x der bajet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^