Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 15 Julai 2011

Siapa Yang Nak Pergi Pureen Warehouse Sale??

Pada sesiapa yang nak pergi, dinasihatkan silalah keluar awal-awal pagi ya..Kalau boleh tak payahlah bawa anak-anak kecil, tambah-tambah dalam cuaca yang berjerebu sekarang ni, tak elok untuk mereka. Sudahlah tempat ramai orang, memacam penyakit boleh berjangkit nanti so pada sesiapa yang bercadang nak pergi, sila tinggalkan anak-anak korang di bawah jagaan laki/adik/kakak/jiran aje ya;P

Aku pernah pergi sekali je (2 tahun lepas kot) lepas tu dah tobat tak nak g dah..Bukan pe, malas nak mengharung orang ramai & beratur panjang masa nak membayarnya..Hehehe..Lagipun duit dah lebur masa Jcard Day Jumaat lepas so takde alasan dah nak ajak en suami pergi.

Aku suka juga rangkaian barangan dari Pureen ni. Kebanyakan barangannya macam botol susu free BPA, wet tissue, mandian, bedak (hadiah orang bagi), sabun basuh botol, berus botol, baju basahan anak-anak aku semuanya pakai jenama Pureen je. Walaupun harga murah tapi barangan dia berkualitilah juga. Pastu jangan tak tahu, pampers, ubat gigi, tuala wanita pun ada juga dijual bawah jenama ni. So kalau nak pergi sale ni, elok sangatlah sebab semuanya ada!! *saja nak suruh korang pergi sebab aku takleh pergi*

Tapi kan..haritu masa aku g Jcard Day beli baju raya anak-anak. Terkejutnyalah dengan harga baju budak-budak zaman sekarang ni. Melampau-lampau mahalnya kan?? Even after diskaun 70% tu pon masih mahal mengalahkan baju kita-kita orang dewasa ni. Itu jenama biasa-biasa je (maksud aku jenama Made in Malaysia bukan datang dari oversea sana)..Kalau yang berjenama macam Baby GAP, Mothercare, GUESS Kids..haruslah lagi pengsan kan *orang kupik macam akulah akan pengsan, kalau orang berduit takdenya diorang nak pengsan*

Huhuhuhu..Apa nak jadilah dengan dunia sekarang kan?? Makin lama barang makin mahal. Aku terfikir juga kalaulah orang yang ada anak ramai macam aku ni, macamanalah persiapan raya untuk anak-anak diorang?? Haruslah beli ala kadar je kan?? Silap haribulan baju pun recycle yang lama-lama kan?? Isy..sedih pula aku mengenangkan muka anak-anak aku kalau pagi raya pakai baju lama..Sebab tulah aku bersyukur, at least masih mampu berikan anak-anak aku pakaian yang baru setiap bulan

So buat Haziq, Husna, Hariz..Jangan lupa balas jasa mama belikan mama & papa baju baru setiapkali raya nanti (bila korang dah besarlah kan)!!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^