Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Warehouse. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Warehouse. Papar semua catatan

Khamis, 2 Julai 2015

Warehouse Anakku & BUM Sale


Sumber : http://www.shoppingnsales.com/2015/06/24/25-jun-14-jul-2015-anakku-b-u-m-adults-warehouse-clearance-sale/

Assalamualaikum,

Belum cari baju raya anak-anak? Haaa mohler kita memborong di sini. Berikut adalah maklumatnya :

Products Offered
Babies Apparels
Kids Apparels
Adults Apparels
Baby Products
and many more
Brands Offered
Mickey Mouse & Friends
Diesel
Annakku
Disney Baby
B.U.M Kid
Antioni Kids
and many more
Location
No. 22, Jalan 6/91
Taman Shamelin Perkasa
Cheras, Kuala Lumpur
(inside SSH Textile Outlet)
Time
10.00am to 10.00pm


Jumaat, 6 Februari 2015

Pureen Stok Clearance


Lama tak kongsikan jualan gudang ya. Yang ini dekat sahaja dengan rumah aku ni tapi tak tahu lah rajin ke tak nak pergi. Kalau pergi pun rasanya tak ada apa dah nak dibeli. Sejak anak-anak dah ramai dan besar ni, rasa aku lebih suka cara "koboi" aje. Kalau bersiap pun kadang ada bedak kadang takde. Tak kisah! Ha ha ha

Bukan apa, sakit hati bila beli bedak pantang dapat dekat "Upin Ipin" aka Ashraf & Azzam tu maknanya mandi salji lah bilik kami. Jadinya, baik haramkan penggunaan bedak di rumah ini sahaja :P Kasihan Aaliyah, menajdi mangsa keadaan ;P

Oklah pada yang mahu pergi, eloklah pergi awal-awal tatkala mood anak masih baik. Pastikan bagi suami makan kenyang-kenyang dahulu demi mengelakkan sebuah pergaduhan berlaku. Eh! Bercakap dari pengalaman nampak!

Tata!

Selasa, 5 Mac 2013

Kiko Warehouse Sale 7-10 Mac 2013



Products Offered
Baby Apparels
Accessories
Feeding
Weaning
and more
Time
10am – 5pm
Location
No.1, Jalan Industri PBP 13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong
Selangor
For more information, visit:
Website: www.babykiko.com

Sumber dari sini

Selasa, 14 Ogos 2012

Jom Beli Lorenzo Untuk Raya

Assalamu'alaikum,

Masih belum terlambt rasanya kalau nak membeli-belah perabut raya kan?? Korang mesti berminat untuk 9 day moving out clearance dari Lorenzo ni :-


Jom terjah bermula dari 11~19 August 2012

Tempatnya boleh klik sini untuk info selanjutnya

Selamat bershopping perabut rayaaaa

Sabtu, 6 Ogos 2011

The Macy Big Sale

semalam aku dah kongsi di blog Hias Kediaman Anda, hari ni aku nak kongsi kat sini..

Pada sesiapa yang plan nak survey & beli sofa raya tu, elok sangatlah p sini..tengok terus bayar sebab pada minggu ni diorang akan hantar free..Best kan?? Kalaulah aku ada duit segunung, haruslah aku pergi menabur duit juga;P

Oklah, selamat berhujung minggu!! Cabaran kuat sket sebab nak kena jaga anak-anak yang tak puasa. Minta dikuatkan iman aku agar tidak terliur dengan makanan budak-budak ni;P

Selasa, 26 Julai 2011

Jom Beli Baju Raya Di KIKO Warehouse Sale

info from here




Pada mereka yang belum cari lagi baju raya anak, bolehlah pergi sini cepat-cepat tinjau apa yang best.


Sale start dari 26 - 31hb Julai 2011




Selamat bershopping!!


Jumaat, 15 Julai 2011

Siapa Yang Nak Pergi Pureen Warehouse Sale??

Pada sesiapa yang nak pergi, dinasihatkan silalah keluar awal-awal pagi ya..Kalau boleh tak payahlah bawa anak-anak kecil, tambah-tambah dalam cuaca yang berjerebu sekarang ni, tak elok untuk mereka. Sudahlah tempat ramai orang, memacam penyakit boleh berjangkit nanti so pada sesiapa yang bercadang nak pergi, sila tinggalkan anak-anak korang di bawah jagaan laki/adik/kakak/jiran aje ya;P

Aku pernah pergi sekali je (2 tahun lepas kot) lepas tu dah tobat tak nak g dah..Bukan pe, malas nak mengharung orang ramai & beratur panjang masa nak membayarnya..Hehehe..Lagipun duit dah lebur masa Jcard Day Jumaat lepas so takde alasan dah nak ajak en suami pergi.

Aku suka juga rangkaian barangan dari Pureen ni. Kebanyakan barangannya macam botol susu free BPA, wet tissue, mandian, bedak (hadiah orang bagi), sabun basuh botol, berus botol, baju basahan anak-anak aku semuanya pakai jenama Pureen je. Walaupun harga murah tapi barangan dia berkualitilah juga. Pastu jangan tak tahu, pampers, ubat gigi, tuala wanita pun ada juga dijual bawah jenama ni. So kalau nak pergi sale ni, elok sangatlah sebab semuanya ada!! *saja nak suruh korang pergi sebab aku takleh pergi*

Tapi kan..haritu masa aku g Jcard Day beli baju raya anak-anak. Terkejutnyalah dengan harga baju budak-budak zaman sekarang ni. Melampau-lampau mahalnya kan?? Even after diskaun 70% tu pon masih mahal mengalahkan baju kita-kita orang dewasa ni. Itu jenama biasa-biasa je (maksud aku jenama Made in Malaysia bukan datang dari oversea sana)..Kalau yang berjenama macam Baby GAP, Mothercare, GUESS Kids..haruslah lagi pengsan kan *orang kupik macam akulah akan pengsan, kalau orang berduit takdenya diorang nak pengsan*

Huhuhuhu..Apa nak jadilah dengan dunia sekarang kan?? Makin lama barang makin mahal. Aku terfikir juga kalaulah orang yang ada anak ramai macam aku ni, macamanalah persiapan raya untuk anak-anak diorang?? Haruslah beli ala kadar je kan?? Silap haribulan baju pun recycle yang lama-lama kan?? Isy..sedih pula aku mengenangkan muka anak-anak aku kalau pagi raya pakai baju lama..Sebab tulah aku bersyukur, at least masih mampu berikan anak-anak aku pakaian yang baru setiap bulan

So buat Haziq, Husna, Hariz..Jangan lupa balas jasa mama belikan mama & papa baju baru setiapkali raya nanti (bila korang dah besarlah kan)!!!

Khamis, 10 Mac 2011

Kenapa Macy Oh Kenapa

Kalau haritu Mak Buyong menangis kerana Ikea, sila rujuk entry ini, hari ni Mak Buyong nak menangis lagi disebabkan oleh minah Macy ni..Haiyyooohhhhh, kenapalah suka buat massive sale masa Mak Buyong sudah tak larat nak ke sana cuci-cuci mata

Buat semua, jom terjah Macy Warehouse Sale hari ni juga;-

Tarikh : 10-13 Mac 2011
Tempat : Wisma Minlon, Seri Kembangan
sumber dari sini

Pada sesiapa yang pergi, ce ceciter apa yang best kat sana;D

Sabtu, 27 November 2010

Jom Terjah Warehouse Sale!!

Jom kita g terjah jualan gudang yang ada;-

yang ni dekat aje dengan rumah Zaila, ingat nak g terjah esok tengok apa-apa yang menarik. Antara barangan yang ada adalah;-
Casserini
Kinohimitsu
Activa
Bagman
Camel Active
QQ
Soda
Edwin
Portfolio
Barbie
Barney
Info selanjutnya di sini

yang ni pula sesuai untuk mereka yang nak cari baju anak-anak. Tapi en suami kata tak payah pergi since baru je beli baju untuk budak-budak ni. Err, ada sesiapa yang nak g tak?? Nak kirim;D
Info selanjutnya di sini.

Yang ni pula sesuai untuk mummy-mummy atau anak dara yang ingin tampil bergaya sentiasa. Info selanjutnya di sini.

Jumaat, 15 Januari 2010

Fella Deisgn 3 Days Only Sale

Aisey takleh nak upload gambarlah pula..by the way, more info here
Bgaus juga kalau boleh cuci2 mata perabut untuk rumah baru kan*wink*wink*

Khamis, 31 Disember 2009

Marks & Spencer Sale

I'm so excited with this one;-

more info here


Yap, i'll be going to MV tomorrow (starting the new year with shopping~~heaven ok) with my bestie during my degree in UPM..of course we'll be measuring MV & The Gardens till i've lost few kilos of my saturated fat (of couselah my best friends were excluded;p because they are so thin)~~ayat nak sedapkan hati : yerlah diorang takde anak lagi!!~~


Hopefully i will find something that will fit me nicely or else my husband will sepak terajang me because he's the one who will take care of our kids tomorrow..thanks yang for giving me this big licence (after Mister potato event that day)..I'm sure will enjoy my Ladies Day's Out or should i say Ladies, shopping day's out??~~macamlah nak shopping juta2~~


With the limited budget that i've in hands, i'm sure the searching for my list will take one day long..hahahaaa..Nana & Ija, you better prepare physically & mentally fit that day;p sape yang nak shopping ni??ntah2 jalan sket dah sakit kaki;p

k lah, mummies out there i'm sure you will love this;-



more info here

For those who are going to MV tomorrow, tegur2 ya~~cess, perasan ko ni diva ke~~

Khamis, 19 November 2009

~~Warehouse Sale~~

Haritu, Akak CT ada menyuruh bertanyakan tentang warehouse sale yang akan datang kan?? Haaa..ni ada beberapa jualan gudang yang sempat Zaila cari;-

1. Pureen Warehouse Sale (21~22/11/2009)

Nak tahu lebih lanjut, klik sini
Zaila pernah pergi tahun lepas & memang berbaloi beratur selama berjam2 untuk membayar sejumlah RM150 tapi untuk berbakul2 barangan anak2 seperti pakaian, pampers, mandian, wet tissues, botol2 susu & macam2 lagilah!!!
Tips Zaila nak kongsi;- make sure sampai di sana seawal mungkin (susah nak dapat parking) & kalau boleh tak payah bawa anak2 kecil..Bukan ape, kesian kat diorang pasal kat situ punyalah ramai umat manusia & tersangatlah panas..so kalau boleh, tinggalkan aje mereka di rumah atau nursery agar mereka dapat bermain dengan riang;)

2. Baby KIKO Warehouse Sale (19~22/11/2009)

Klik sini for more info..Yang ni Zaila tak pernah pergi tapi mengikut kata kawan Zaila, bagus juga baju2 yang dijual di sini cuma nak kena pandai pilih jugalah!! Tips : Ambil cuti (semata2??) dan pergi awal pagi lagi bagi memastikan kita dapat memilih pakaian yang terbaik..haahaahaa!!!

3. ZARA Warehouse Sale (26~29/11/2009)

Baca sini untuk tahu lebih lanjut;P Yang ni Zaila tak pernah pergi cuma dengar2 macam nak kena berebut je..Isy, tak sukalah kalau macam tuuu..

4. ISetan Year End SAle (20/11/2009~03/01/2010)

Baca sini..Herm, yang ni macam best je..Ade sape2 nak ajak Zaila g tak??^___^

5. Padini Group Fair Sale (10~21/11/2009)

Klik sini..Zaila ada kad Padini..hihihihi..ade sape2 nak guna tak???

ACtually ada banyak lagi..Kalau nak tahu lebih lanjut, masuk sini..Ermm..ada sesiapa pernah p warehouse sale selain yang di atas tak?? Apa pandangan kawan2 tentang jualan gudang ah?? Membantu atau membuatkan kita makin membazir??

Sabtu, 8 Ogos 2009

Popia & Dettol

Salam hujung minggu semua..Zaila pagi2 lagi sudah berkunjung ke Tesco Bukit Tinggi..sudah agak lama Zaila tidak ke sana memandangkan kami sudah selesa berbelanja di Econsave yang berdekatan dengan rumah kami..Tapi sudah tentulah Econsave juga mempunyai kekurangan iaitu tidak banyak menyediakan barangan keperluan anak2 so terpaksalah Zaila ke Tesco juga

Zaila ke Tesco semata2 nak carik ni;-

Pureen Liquid Cleanser - rugi xpegi Pureen warehouse last week pasal kat Tesco harganya RM17.90 sebotol, kalau kat Pureen Warehouse mungkin dalam RM16.90 (last year punya price, this year Zaila xpasti)

Dettol Instant Hand Sanitizer - nak letak dalam handbag, so senang nak pakai;)

Botol susu ntok Haziq & Ameera - Zaila memang tukar botol susu every 3 months, kali ni beli yang free dari BPA (Bisphenol-A)..Apa tu BPA?? Nanti2 Zaila cerita

Dan juga beberapa lagi barangan lain..tup tap tup tap pon habis dalam RM150.00 huhuhuhu..bukan penuh troli pon..ni yang xsuka datang Tesco ni;p

Owh, by the way kat bawah ni adalah gambar popia yang Zaila jual..yang ni setengah kilo punya..sedap..dah nak habis pon..Haziq & Ameera suka sangat sebab popia ni rangup..Kalau kawan2 berminta nak order, bolehlah bagitau Zaila ya..boleh dapatkan sebelum puasa juga..


Till then, uols p mana hujung minggu ni??? Hubby larang Zaila g Padini Warehouse sale tu..sedihnyer..tapi mungkin ada hikmahnya;-)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^