Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 27 Julai 2011

Tips Bagi Mereka Yang Malas Melipat Kain

Dalam banyak-banyak kerja rumah, lipat kain baju lah antara aku paling malas tak suka buat;P Kalau basuh baju takpe sebab basuh baju bukan aku yang kena buat, aku hanya tekan-tekan then tengok-tengok dah siap TAPI kalau lipat baju, huhuhuhu..setakat ni takde lagi mesin yang boleh lipat baju manusia kan?? Ke dah ada?? Alah, kalau ada pun bukannya aku boleh beli pon;P

Dulu, masa rumah aku kelihatanbersepah dengan kain baju yang tak berlipat, aku request almari dengan en suami. Alasannya konon-konon, kalau malas lipat baju boleh terus hang baju dalam almari kan, nanti mestilah nampak kemas *kononlah* tapi rupa-rupanya, baju-baju kami ni terlampau banyaaaaaaaak & aku pula naik malas nak mengemas macam selalu.

Lepas tu aku request IKEA Aneboda chest drawer untuk letak dekat bilik bawah konon-konon sebab malas nak turun naik tangga ambil baju anak-anak & konon-konon untuk simpan elok-elok baju anak-anak kan..Kesudahannya, aku malas juga nak lipat & simpan baju anak-anak elok-elok dalam drawer tu;P


IKEA Aneboda chest of 3 drawer (RM199.00)


So antara penyelesaian yang aku selalu buat adalah dengan membeli raga plastik banyak-banyak, kiranya Haziq, Husna, Ashraf, en suami dengan aku ada raga masing-masing;P Kalau hari bekerja, beginilah rupa raga kami;-



bercampur aduk dengan pakaian..hehehe..time ni baru je angkat dari jemuran..Lepas tu asingkanlah ikut raga masing-masing. Walaupun ianya tak berlipat, tapi at least takderlah nampak bersepah sangat kan;P



Lepas tu, kalau aku rajin, aku akan lipat kain sambil menonton TV ke, malam-malam ke..selalunya hujung minggulah antara masa yang sesuai sebab badan pun tak penat & sambil-sambil mata melayan movie, tangan boleh melipat baju;)



Aku tak tahulah orang lain macamana, tapi kalau rumah aku..kerja membasuh baju memang tak pernah putus (especially on weekend). Bayangkan, sehari aku akan bekalkan setiap orang anak aku 4 pasang baju untuk dipakai di taska. Kalau 3 orang anak = 12 pasang baju. Campur pula baju kerja aku & en suami, tuala, baju sekolah Haziq, stokin, cadar, selimut, bla, bla, bla..Semua tu dibasuh time hujung minggu, mana tak bertimbun kain-kain yang menanti untuk dilipat;P

sekarang ni aku lipat baju budak-budak ni & simpan dalam raga. Bila malam tu, just ambil mana yang perlu untuk dimasukkan ke dalam beg taska diorang;P



hak ni pula budak debab tersalah masuk raga..Seb baik comel;P

4 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

chomeyl sgt3x :)

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

santek kabinet ikea tue .. beli zaila ;-)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

hihi..serius lom pernah lagi jumpe org guna idea raga nih..siap ada sorang satu tuh..penuh lah bilik bawah ngan 5 bijik raga yek..apepon, asyraf mmg maintain comelllll dlm itu raga..bile nk jumpe budak bambam ni ek....hehehe

bmnsolution berkata...

Memang betul. Lipat baju ni walaupun nampak mcm senang, tapi malas kita nak buat. Memang dari zaman budak - budak lagi.

Tapi skrg ni saya pernah nampak ada orang jual alat lipat baju ajaib & cepatkat web. Nampak macam senang & menyeronokkan. Sampai budak2 pun berebut nak buat.

Boleh tengok alat ni kat blog ni http://www.malaysiatrendshop.com.

Harga pun tak lah mahal sangat. Heheh

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^