Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 4 Oktober 2011

Ada Apa Menarik Di Jusco Aeon Bukit Tinggi

Aku rasa rata-rata orang sekitar KL ni dah tahu akan kewujudan Jusco Aeon Bukit Tinggi di Klang..Kalau tak silap antara yang terbesar di Malaysia ni..Kalau nak tahu, sini adalah tempat favourite aku & anak-anak untuk melepak..Hehehe bunyi macam takde keje sangat kan sampai g melepak di supermarket:P

Actually aku selalu juga bawa budak-budak ni jalan-jalan kat sini pada hari Jumaat lepas kerja & juga pada hujung minggu..Salah satu sebabnya ialah dekat aje dengan rumah (lebih kurang 20 minit perjalanan dari Kota Kemuning ke Bukit Tinggi melalui highway KESAS), sebab kedua; kami suka dengan keadaan Jusco ni yang luas & nak parking pon senang..selalunya kami parking kat bahagian bawah & dekat dengan lif, tak payah nak rebut-rebut parking kecuali pada hari JCard Day yang mana orang-orang entah dari mana akan memenuhi Jusco ni:P

Dalam Jusco ni juga ada banyak kedai-kedai pakaian (selain Jusco sendiri) & restoran-restoran yang boleh tahan r harganya..Pendek kata, semua (well almost) ada di bawah satu bumbung!!

Photobucket
ini adalah tempat kanak-kanak bermain..kalau tak silap kena bayar RM8 untuk sekali masuk (betulkan kalau silap ya sebab aku tak pernah bawa anak-anak masuk sini)
Photobucket
tengoklah Husna dengan pakai baju tidurnya..sungguh tak senonoh..anak saperlah tu ya:P

Photobucket
depan restoran The Manhattan Fish Market
Photobucket
aku baru tahu butik Dorothy Perkins ada kat sini;)

Pada mereka yang tak pernah menjejakkan kaki di sini..cubalah datang untuk melihat sendiri macamana..Memanglah kat sini tak happening sangat macam KLCC, Pavillion & seangkatan dengannya tapi aku suka sebab tak ramai manusia..bila tak ramai manusia, aku pon tak pening kepala nak kejar anak-anak aku kan..Hehehehe..

Oklah, nak share sikit antara tempat-tempat menarik untuk korang tabur duit kunjungi bila berkunjung ke sini nanti..cekidaut

Restoran yang ada;-
- McD
- KFC
- Kenny Rogers
- Pasta Mania
- Vivo sila baca entry ini 
- Dome
- Manhattan Fish Market
- The Chicken Rice Shop
- Black Canyon Cafe
- Rasa Ayamas
- Windmill
- Pizza Hut
- Big Apple
- & a few lagi restoran Chinese yang aku rasa tak halal di masuk:P

Butik-butik pakaian yang ada;-
- Guess
- Mango
- Esprit
- Roxy
- Levis Store
- East India
- Hush Puppies
- Nichii
- Dorothy Perkins
- Polo
- Padini
- FOS
- & banyak lagi yang aku tak berapa ingat namanya

Butik pakaian Baby & ibu mengandung
- World of Cartoon
- Poney
- 9 Months
- ada juga yang aku tak ingat nama..hehehe

Butik kasut;-
- Clarks
- Hush Puppies
- Summit
- beberapa yang aku tak ingat nama juga

Selain itu *wah skemanya ayat* ada juga TGV, Harvey Norman, Foot Master, Fitness First & banyak jugalah kedai-kedai yang menarik..Pendek kata, kalaus ehari berjalan pun belum pasti habis:P

Oklah, actually ada benda menarik yang happen kat Jusco ni tapi tu cerita next entrylah *bilalah tu*

Tata!!

4 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

ZAILA

never been there..rasa macam jauh sgt..mcm lynn..kitorg suka g Alamanda shj..

Lily@MamaZaraZareef berkata...

heee..tpt fevret kami jugak..kdg kalau pergi tk round habis pon..pi jusco, then round tingkst 2 tu jekla..ada tgv, tpt baju budak2, big apple, brg2 letrik n lain2..=p.pastu pi mamam kedai bawah..selesa kan jjbt nih

Tanpa Nama berkata...

Kat sana ada bowling tak?

Tanpa Nama berkata...

Vans ada tak

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^