Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 26 Oktober 2011

Agak-Agak Boleh Masuk Junior Masterchef Tak??

Lately ni kan, anak dara aku rajin juga masuk dapur tengok-tengok apa yang aku masak..Sejak aku involvekan diorang dalam projek buat biskut raya dengan anak, Husna rajin jugalah menolong aku di dapur..Actually lebih kepada tolong sepah tapi aku malas nak marah-marah ke apa sebab kang nanti kalau dia tak masuk terus sampai besar kang naye plak kan:P

Aku dulu masa kecik-kecik mana nak tolong mak aku kat dapur..Dasar pemalas!! Serious tak tipu..nak-nak kalo Kak Na aku ada kat rumah..Lagilah aku tak buat apa, tahu masuk makan aje:P Tapi dulu selalu juga culas kalau Kak Na aku suruh lap meja & sapu lantai..Isy, isy, isy..janganlah Husna nanti ikut perangai tak senonoh aku ni:P

Tapi kan, lepas kawen ni..otomatik perangai aku berubah sikit-sikit..Kalau dulu nak siang ayam & ikan pon tak pandai, sekarang ni bukan lagi..Aku pula yang makin cerewet bila bersihkan ayam..kulit, darah semua kena buang!! Thanks pada en suami yang banyak mengajar & membantu aku mengasahkan skill masakan aku..*poyo jek*

Ok, back to story, sekarang ni kalau nak air, tak kisahlah air Milo ke teh tarik ke..Husna request nak buat sendiri..Kalau time aku tak sibuk masak, aku layankan juga pe'el dia tu..tapi kalau time aku busy berkungfu kat dapur masak, haruslah dapat amukan puaka dari mama dia yang garang macam singa ni

Photobucket
await muka hang masam sangat ni?? hehehe lepas kena marah ngan mama ya??sorry ya sayang, masa tu mama tengah goreng nugget, takut minyak terpecik kena muka hang yang cantik tu je *kang kurang harga hantaran hang nanti*

Photobucket
Ok, masa ni Husna nak buat teh tarik..Aku suh dia masukkan susu dalam gelas dia

Photobucket
Ok juga anak dara ni buat keje..tak tumpah..Kalau tumpah pon, nanti dia yang lap *bagus!! anak mama kenalah rajin-rajin*

Agak-agak dah boleh masuk Junior Masterchef tak?? Hak hak hak..berangan selaluh mama dio:P

Ni top 12 Junior Masterchef, kagum aku lihat diorang masak..spontan lak tu..kalo aku lah..huhuhuhu harus tak tahu nak buat apa:P

Tapi betullah kata orang-orang tua kan "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"..Kalau sejak kecil lagi tak diajar, macamana diorang nak pandai / suka kan?? So lepas ni bolehlah suruh Husna masak:P

Eh eh chop!! Korang layan tak Masterchef Malaysia punya kat Astro Ria 104??

best jugak walau ramai komen skema..biaserlah kan..first timer memang lagutu kan..Lama-lama santailah tu:P Hak paling aku suka boleh dapat resepi-resipi & petua-petua yang bagus..Agak-agak, siapalah yang bakal menang nanti??

2 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

rajin anok daro zila ni, x lamo lg buleh nnatu la demo ehehhe

Zaila Mohamad berkata...

yatie chomeyl, jadi calon natu demo ah xleh ko?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^