Haritu aku ada bertanyakan di facebook mana nak cari winter coat murah-murah kan..ada yang suruh cari kat Jusco & ada juga suggest pergi ke Universal Traveller. Teringat kat Jusco Bukit Tinggi ada kedai tu so malam Sabtu tu terus terjah ke sana. Kami keluar lepas solat maghrib sebab weekend lepas en suami ada training so segala aktiviti merayap haruslah dilakukan pada belah malam:P
Actually aku ke sini bukan nak cari winter coat untuk aku pon..huhuhu..aku ni, manalah ada peluang (lagi) untuk ke luar negara T___T" En suamilah, nak ke luar negara Selasa ni..tapi bukan untuk berjimba-jimba..semuanya atas urusan kerja..dapat tahu pon last minute so kenalah cepat-cepat buat persediaan..Sudahlah satu barang pon takde so nak tak nak kenalah beli kan..kalau tak beli..mahu menggelupur kesejukan:P
Lokasi kedai ni di Tingkat 1 bangunan Jusco Bukit Tinggi tu..Kebetulan masa ni ada sale, teruslah terjah tanpa fikir panjang
Pada yang tak tahu, kedai ni ada menjual pelbagai barangan untuk mereka yang nak ke luar negara..Masa aku g tu, ramai juga manusia yang datang shopping, maklumlah sekarang kan musim sejuk so ramailah yang beli baju sejuk kan..SA kat sini pon ramah..Al kisahnya, kami ni biasalah
Aku macam biasalah..berkenan ngan topi menatang ni *ntah apa ntah namanya* letak atas kepala Haziq suh posing:P
Husna pon nak interframe sama..baru perasan bulatnya mata hitam anak aku ni;)
Macam-macam jenis topi ada..kalau budak-budak pakai memang comel kan??kan??
Husna yang lebih-lebih..tapi kalau bapak budak pakai..konpem kelakau...
ini SA tu tengah ambilkan baju long jack *typo error long john lah!! thanks Yatie Chomeyl sebab betulkan~lari tutup muka* untuk en suami. Baju ni pakai kat dalam kot untuk mengekalkan suhu badan kita..harga bergantung pada material tapi yang en suami beli ni harganya dalam RM100+ sepasang (baju & seluar)
Inilah hasil rembatan malam tu, nanti-nanti share..
Aku da jugak usha-usha winter coat kat situ..harga mak aih *pengsan* tapi tuler..huhuhu bilalah da duit terpijak boleh pergi bercuti ke luar negara feeling-feeling main salji ke apa..tapi takpelah, bak kata kawan-kawan..berangan kan best..free je pon..bukan kena bayar:P
Mesti ramai yang tertanya-tanya lokasi en suami nak pergi kan..Yerlah shopping baju segala..Nanti aku bagitahu next entry..Bye!!
3 ulasan:
k.ila,kite so geng ko kene tinggal nie?hahha.tapi hubby ami kelik male sabtu,de la rayo haji dumoh.kalu winter coat nie ke k ila,ami sekali jah beli sini,sebab mahal sgt pastu tok puas hati sebab tgk2 bilo sapa denung,tok cukup tebal benarnyo,so end up keno beli denung.tapi tok ke nok gi toge2 takdok coat langsung dok?
buke baju long jack zaila, tp long john..wat pakai alik dalam x sey wi sejuk sgt :)
lawanye winter coat tu. n comel2 je model cilik nih..ada bakat
Catat Ulasan