Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 11 Oktober 2011

Movie Review : Fantastic Mr. Fox

Actually cerita ni dah lama..dalam 2009 gitu tapi aku tak pernah pula nak follow every movie kan..Thanks to Astro yang siarkan dalam channel StarMovie bulan lepas..Masa aku balik site visit kat kampung halaman haritu dapatlah aku tengok penuh cerita ni sebab kat rumah aku ada Astro Beyond..Jangan memain ngan Mak Limah..Pasang Beyond tengok guna TV Sony LED 40 inci tu..Aku pon tak mampu nak subscribe bengong beyond koooo -____-"

Of courselah kalau kat rumah mak aku, adik akulah yang suka..record movie sana sini..eh eh best juga ada beyond ni..memacam movie dah dia record simpan..kalau anak-anak aku ada, bolehlah pancing tengok kartun:P Ok back to landasan again..aku kan terjatuh cinta juga dengan cerita ni..entah kenapa, kalau cerita best mesti ada si Meryl Streep ni..Even hanya pinjamkan suara tapi cukup-cukup membuatkan watak tu hidup..Baca entri ini & ini kalau nak tahu tentang movie Meryl Streep yang aku suka;-)

Ok, nak cerita tentang MrFox ni..watak ni George Clooney yang bawa..kisahnya tentang seekor musang yang suka mencuri..memula tu dia ok je, berkahwin & mulakan hidup baru di sebuah rumah (dalam pokok) & dekat dengan rumah tu ada 3 orang jiran yang akhirnya jadi musuh MrFox ni..Paling kelakar bila part meet the neighbours time..Ada sorang tu penguasaha ladang ayam, ermm..lagi 2 orang lupa..(silalah donlod citer ni)..Macamana diorang jadi musuh?? Mestilah sebab MrFox tu pergi mencuri di ladang-ladang manusia ni..Hampir tiap malam kena ceroboh..Siapa tak bengang kan?? So adalah sorang peladang yang agresif tu melancarkan misi besar-besaran untuk tangkap si Mr Fox ni..

Memang kelakarlah!!! Especially bila tengok diorang pakat-pakat gali tanah melarikan diri dari peladang-peladang tu..Adik aku cakap every karakter dalam movie ni adalah rakaman dari patung-patung..memang detail r setiap pergerakan tu..Misai MrFox tu bergerak-gerak..chumel aje..again, sila donlod & tengok sendiri & fahamkan cerita ni..Kalau harapkan aku memanglah jenis lambat nak faham tapi seb baiklah adanya adik aku, dialah yang bagi penerangan segala..lepas tu memang enjoy tengok cerita ni;-)

nilah fantastic MrFox tu;-)

Aku macam biasalah, malas nak cerita sampai habis sebab nak biarkan korang rasa teruja *yelah sangat* & donlod cerita ni kat internet..Entah bilalah Astro nak ulang tayang lagi cerita ni..huhuhu..jom tengok preview Fantastic Mr Fox ni;- (adik aku suka buat siulan MrFox ni)

3 ulasan:

Joy berkata...

minat jugak dgn makcik Meryl Streep. lakonan dia mantap!! tp lom pernah tgk lagi cite Fantastic Mr.Fox ni...

Tihara berkata...

best jugak eks :)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

tak perasan plak citer ni..lagi2 pakej2 hbo, star movie bagai dh tak amik..klu tk kompem leh terlayan jugak kat astro..=p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^