Lepas je jumpa doktor..Kalau tak silap nama klinik kat dalam tu adalah Klinik Medivron..harga boleh tahan juga mahal sebab dapat ubat cirit-birit, beberapa pek serbuk air garam & krim sapu pon dah berhabis dalam RM43!! ok, lepas tu dek kerana perut yang lapar, kami ni teruslah masuk The Chicken Rice Shop yang ada kat situ..Malam tu memang ramai orang, maklumlah time tu kan hujan lebat so ramailah orang masuk Carrefour untuk makan malam..So kami anak beranak ni duduklah kat meja kosong sebelah cashier & kat atas meja tu penuh ngan pinggan bekas customer lain yang dah blah dah..*ceaaa ayat takleh blah*
Lepas tu kami menunggulah dengan sabar..kat tempat cashier tu ada sorang budak pompuan tengah
Dek kerana malas menunggu sebab hampir setengah jam di situ pon masih belum diambil order, then kalau ambil pon nak tunggu dapat makan, konpem ada yang naik hantu dulu so kami dengan selambernya keluar dari TCRS tu..Kesian Haziq sebab kecewa takleh makan nasi ayam kan tapi aku cakap kat dia suh sabar & kita cari tempat makan lain yang lagi best..diorang kat restoran tu tak nak duit, sebab tu diorang tak layan kita:P *macamlah Haziq tu faham* so kami meninggalkan Carrefour dalam hujan lebat kilat dentum dentam terus menuju ke Kota Kemuning untuk:-
beli drivetru McD lah of coz!!! masa tu petir & kilat kuat kemain, nak bagi order pon susah!! Hehehehe..akhirnya, sukalah Haziq & Husna sebab bukan selalu mama & papa belanja makan McD..huhuhu..Kami ambil yang Family Dinner Box Set B, habislah juga dalam RM40++ Kalau makan kat TCRS pon, lebih kurang juga..tapi nak buat camne, bukan rezeki TCRS malam tu:P
Berbaloi juga sebab ada 4 biji burger, 3 fries, ape dah namanya yang ayam berketoi-ketoi tu, 2 sundae & 4 air..giler banyak..TAMAK sungguh!! kesudahan tak menghabis..huhuhuhu
Dah lama aku tak makan Mcsundae ni..Haziq kami bagi rasa sesudu dua aje..takleh banyak-banyak nanti batuk, last-last Husna yang makan banyak & sekarang ni Husna yang tengah batuk..demn!! i hate this part bila kita tak straight ngan anak then anak sakit..salah kami juga;(
inilah Classic Chicken McDeluxe..komen aku : aku rasa sedap lagi Double Cheese Burger..herm, agak muak sedikit sebab isi ayam yang banyak, ada mayonis, fresh tomato & salad & takde timun jeruk..tak kena ngan selera tekak aku
So pada malam hujan lebat, kilat dentum dentam kami telah menghabiskan dalam RM80++ hukhuk *pejam mata jelah*
2 ulasan:
tu lakan...demi anak2...tpkan.. bab mkn mmg kekadang bila x tegas kat anak...hasilnyer dia batuk2 kita lak rasa..alahai..nyesalnyer kasi.. tp dr tgk muka dia mcm org kempunan pun xsanggup gak kan??
Iela FAzielah,
a'a..aku memang tak bagi diorang makan ais krim sebab tahu konfem akan batuk punya tapi kadang2 kesian juga bila tengok muka dua posen diorang buat tu..anak..anak..
Catat Ulasan