Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 30 Disember 2011

Korang Puas Hati Tak Ending Tentang Dhia???

Hi uolsss..semalam siapa tengok ending cerita Tentang Dhia?? sila angkat keyboard tinggi-tinggi..hehehehehe

Aku pon tengok juga tapi macam biasalah, pukul 7.30 petang baru sampai rumah..haisssyyy..selalu tertinggal keretapi tau..Tapi takpelah..as long as berjaya juga tengok final episode cerita ni kan..hehehe..Macam-macam spekulasilah yang aku baca / dengar..Perghhh!! Memang meletoplah cerita ni..Mana-mana aku pergi, konpem akan ada orang bercerita pasal Dhia;-) Haritu masa aku g KPJ Selangor pon, nurse-nurse kat kaunter pendaftaran dok bercerita pasal Tentang Dhia juga (waktu rehat) & lepas tu sambung topik hantu..hikhikhik..Nak tergelak aku dengar *eh curi-curi dengar*

Oklah, semalam siapa yang tak puas hati dengan ending Tentang Dhia?? Bagi aku..ok jer kalau Dhia & Zikir mati sesama..nanti kebumi pon satu liang lahad, barulah sehidup semati gituuuu..Kalau Dhia sorang yang mati & Zikir pula hidup bahagia dengan Rose, konpemlah ramai yang tak puas hati kan?? Seb baik si Zikir tak tamak haloba p tidur *malam pertama* ngan Rose kan=P
Tapi yang geramnya bila watak Ku Salmi jahat tu tak tahu apa kesudahannya..Sepatutnya buatlah Ku Salmi tu bertaubat ke apa ke, kena langgar oleh lori then koma then bertaubat macam Melly ke apa kan?? Sudahlah dalam cerita ni dia watak yang paling jahat gila-gila babas punyalah..Bomoh sana bomoh sini..isy..isy..isy..Pada yang melihat, sila jangan follow yaa aksi Ku Salmi ni..tak baik tau!! Tapi tulah kesilapan besar cerita ni, janganlah dibiarkan penonton tertanya-tanya tentang kesudahan watak Ku Salmi kan?? Aku rasa watak Melly & Ku Salmi yang paling menyerlah dalam Tentang Dhia sebabnya orang naik menyampah dengan perangai diorang yang jahat tu..Tapi at least Melly tu sempatlah juga bertaubat kan..Ku Salmi?? Agaknya lepas ni Ku Salmi akan sambung lagi wataknya dalam slot Seram di TV3, tajuk cerita "Bomoh Puaka" kot..hahahaha=P

Masa tengah google gambar untuk cerita Tentang Dhia ni, aku terjumpa lawak siapa ntah buat kat facebook..Kreatif sungguh diorang ni;-

(sila klik gambar untuk besarkan)

Apa-apa pon, pada yang follow cerita ni..harap ambil pengajaran yang baik-baik saja yaaaa..Jangan ditiru perangai Ku Salmi tu..bomoh-bomoh merosakkan akidah..huhuhuhu

Overall aku boleh katakan cerita Tentang Dhia ni memang best untuk ditonton *sambil buat ulasan sendiri di facebook* Nora Danish sumpah cantik, tak kisahlah pakai apa pon, baju kurung ke, kaften ke, telekung ke..flawlessnye kulit diaaaaaaaaa..Zikir pulaaa..herm, aku tak berapa suka sangat ngan Adi Putra ni tapi bolehlah kan..kalau Aaron Aziz yang bawa watak ni, konpem mak sookaaa *dasar gatal*

Oklah, pada uolss yang tengok last episode semalam, ada nak komen apa-apa tak??

2 ulasan:

Joy berkata...

tengok jugak!! suka endingnye biarla sedih yg amat. berjurai2 air mata ni. ku salmi dah dpt balasan dah tu.. dia kematian anak..cukup pilu dah tu...for sure dia sedih jugak tu kan...

littlehumblelynn berkata...

aku dok ikut sgt..tp hak smlm aku tgk 1/2 jam terakhir..

hak mak mertua dhia tuh xde kesudahan..mmg x punch lgsg !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^