Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 29 Disember 2011

Krismas Di Jusco Bukit Tinggi

Wah, hari ni dah 30hb kan?? Sekejapnyaaa dah nak masuk tahun baru 2012 & aku masih terhegeh-hegeh dengan cerita back dated..huhuhu..well, mek busy uolsss..last week (Sabtu sampai Rabu) aku balik bercuti di kampung halaman..Alhamdulillah sempat juga berjumpa dengan Kak Na & anak-anak..Owh, paling best bila dapat makan nasi kerabu, nasi berlauk & segala macam kuih Klate yang murah-murah..Ok, nothing interesting to share bout our holiday in Klate..gambar pun ada sekeping dua aje, nanti-nantilah aku update ya:P

Ni nak share gambar masa minggu lepas, kalau tak silap hari Khamis selepas kerja kami ke Jusco Bukit Tinggi makan malam kat situ sempena meraikan ehem*ehem* dapat duit bonus hujung tahun kami..Kalau selalu dinner kat rumah tapi haritu saje bawa anak-anak ke sana makan Kenny Rogers..Nak pergi jauh-jauh pon esoknya masih kerja so dekat-dekat jelah..Waaa matiklah kena kutuk ngan budak office aku..dapat duit bonus pon nak rai=P Hahahaha Alhamdulillah..syukur dengan rezeki yang Allah bagi;)
Sambil-sambil tu layan anak-anak bergambar..eh silap, suruh anak-anak bergambar dekat deko krismas yang ada kat situ..Tahun ni tak sempatlah nak bawa g Midvalley ke KLCC ke..Bagus juga..selamat duit ahkak:P Oklah, sebelum melalut ke mana-mana..layankan gambar anak-anak aku yang berpakaian tidur ni..hikhikhik


Haziq je yang nampak, Husna tak sampai:P

 

kesian..nampak rambut je..hikhikhik


buah hati kesayangan mama *gambar ni dah selamat jadi pic profile facebook aku dah pon*

 

Ashraf selamba keluar tak pakai stokin / kasut..tengah khusyuk layan lampu kat atas tu;)

 

Ada pentas kat situ & tetiba Haziq & Husna naik menari-nari atas pentas tu..hebat juga abang Haziq melompat terkinja-kinja kat atas tu ya:P


Sian Ashraf tak leh join sama..takpelah dik..nanti dah besar sikit boleh join abang & kakak ya

 

see..bersungguh Haziq melompat..pastu batuk *great*



isy, siapa pula interframe ni..

 

Haziq sekarang ni kalau bergambar sibuk nak buat "peace" je..belajar dari sapelah tu:P

 

Husna with Ashraf yang begitu behave dalam stroller;)

 

anak sapelah ni???


this year aku rasa deko krismas kat sini cantik sikit compare ngan last year

 

kalau tak silap haritu ada snow ball kat area sini tapi rupanya tak lama benda tu ada..rugi tak ambil gambar



Ashraf dok tengok benda alah ni lah..agaknya terpegun dengan lampu yang berjuntai tu kot



ada juga booth dari Memory Lane & kedai cendarahati jual gifts & candies;)

 

Ashraf yang comel *cair hati mama*

 

masa ni tak sabar dah nak makan..

 

Husna will always be daddy's little gurl..*mode mama : menyampah*

 

ngengada tau..kalau tanya HUsna sayang sape?? sayang papa *deng, mama terasa*


Haziq will always be mummy's little boy..manja melampau!!

 

macaroni & cheese ni Haziq yang minta tapi last-last mama yang makan..nyum nyum


dinner with Kenny Rogers then stop complaining about getting FAT
 T____T

2 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

ZAILA

ini fav anak2 aku KR ni..harus ptg ni makan benda alah ni jugak..sbb ptg ni hari wajib berjimba2 sama anak2..

akan ke Alamanda ptg ni..

huhuhu!!

Unknown berkata...

krismas ahad kan? saya ge jj bukit tinggi hari sabtu...kuar masuk tol sbb nk u-turn, jem tak hinggat...

hihi

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^