Januari - Well tahun baru aku mulakan dengan entry Tahun Baru Suasana Pun Baru..biaserlah aku ni cepat bosan so suka tukar atur susunan perabut rumah aku..Insya Allah nanti aku share gambar susana tahun 2012 pula *kalau ada perubahanlah tapi nampak gaya macam same je macam tahun lepas* then bulan ni juga aku telah kehilangan seorang teman sejati aku *al fatihah buat Allahyarhamah Siti Nurulkhatijah* betapa sedihnya aku, sampai sekarang aku masih terasa akan kehilangan arwah;( Bulan ni juga Haziq memulakan sesi persekolahan yang baru di Genius Aulad..masa ni aku yang over excited..berdebar mengalahkan anak nak masuk U..Yerlah kan, masa ni kira first time Haziq ke sekolah berdikari naik van..Tapi Haziq pernah juga merasa jatuh semasa berlari nak naik van balik ke taska..it's ok dear, sesekali kena jatuh juga sebab dalam hidup pon tak selalu kita akan berada di atas;) Alhamdulillah..tahun ni aku dah tak perlu risau dah sebab Haziq dah biasa dengan semua ni;)
Februari - Bulan ni masa cuti CNY aku pulang ke kampung..Sepatutnya aku ke majlis perkahwinan arwah sahabatku yang pergi bulan lepas tapi nampaknya Allah lebih menyayangi arwah..Arwah pergi sebelum sempat merasa pengalaman menjadi isteri..Bulan ni kandungan aku dah masuk 8 bulan so aku ada sedikit gelabah *huh, anak ke tiga pon masih nak takut* & aku banyak juga share tips & petua mengelakkan baby terkena Jaundice, tanda-tanda ingin melahirkan & update barang baby sebagai peringatan buat aku sendiri juga..Selain tu, sempat juga ke Genius Aulad ambil report card Haziq & share deko rumah ikut budget & share resipi mudah bagi ibu bekerja;) Nampaknya bulan ni aku aktif menulis..Macam-macam aku
Mac - Masa ni sepatutnya aku tak bersalin lagi..Sempat beli Set Bersalin Puteri Rembulan lagi..tapi kan lupa nak buat review..tapi next time kalau bersalin lagi aku nak pakai Leesa jelah..hak Puteri Rembulan ni tak terasa sangatlah..huhuhu Sebelum bersalin aku sempatlah membebel dulu then tanggal 16hb lahirlah seorang putera yang kami namakan Ashraf Hariz. Boleh baca pengalaman bersalin anak ke 3 aku di sini & sini..Masa ni aku pantang sendiri aje kat rumah. Alhamdulillah en suami banyak membantu;)
April - Awal bulan agak mencabar bila anak-anak aku Haziq & Husna kena chicken pox..Merasalah aku berpantang sambil menjadi pengasuh anak-anak..Macam-macam karenah diorang semasa berada di rumah..Lepas 2 minggu menjadi pengasuh anak-anak, aku sendiri pula yang kena..Masa ni memang betul-betul mencabar keimanan aku..Serious sakit bila orang tua yang kena chicken pox;( Terima kasih pada kawan-kawan blogger yang banyak memberi sokongan & kata-kata semangat pada aku..Rasa nak menangis je bila baca balik semua entri-entri tu..Thanks ya uolsss..terima kasih sebab senantiasa mendoakan kesihatan aku..
Mei - Masa ni dah masuk hujung-hujung pantang dah..Seingat aku, aku masuk je keje en suami terus outstation ke Labuan..Balik Labuan, merasalah aku mengepaw dia..Boleh refer entri ni kalau nak tips untuk mengepaw suami:P Haziq pula yang kegatalan selepas kena chicken pox hari tu..Penat juga mencuba dengan berjumpa macam-macam doktor tapi last-last terjumpa juga dengan doktor yang serasi dengan Haziq iaitu Dr. Amdan dari Klinik Adek..Bulan ni juga aku terkena penangan drama Nora Elena tu..terus tangkap lentok sama Aaron Aziz..Huhuhuhu
Jun - Masa ni rumah kami sedang diubahsuai..Tapi bukan semua, cuma bahagian porch je..Sempatlah berkongsi Misi Mencari Hiasan Pagar & pagar idaman hati..Masa ni aku makin rajin buat entry..Sehari sekurang-kurangnya 2 entri tapi banyak lebih kepada iklan..hehehe Biaserlah, nak naikkan $$ dalam akaun Nuffnang & Churp-Churp;-) Pada yang selalu singgah di blog aku, konpem bosan ngan entri iklan / balik-balik Wordless Wednesday..hahahaha :P
Julai - Owh bulan ni berjaya mengepaw en suami belikan handbag di KLCC..Melampau aku ni..suka sangat mengepaw laki:P Bulan ni genaplah umur anak dara aku 3 tahun..Macam biasa, takde sambutan pon..just beli kek sambut anak beranak aje..Bulan ni juga aku ada 2 hari course di Kota Permai Golf & Country Club yang super cantik itu..Bulan ni juga aku & sebahagian adik beradik en suami pakat-pakat bercuti 2 hari 1 malam di Cameron Highland (refer entri ini, ini & ini)..Memang best pergi ramai-ramai..Rasa macam nak pergi je lagi tapi entah bila lah tu:P Selain itu, aku ada share pengalaman mencari tiles di Ceramic World juga.
Ogos - Bulan ni kita berpuasa;-) Semoga ibadah kita diterima oleh Yang Esa..Masa ni progress porch rumah aku dah hampir siap..Owh, seronok buat projek biskut raya ngan anak-anak juga..Bulan puasa macam biasalah, kadang-kadang aku masak, kadang-kadang beli tapi rasanya aku banyak masak sebab tekak ni takleh telan masakan bidang terjun di Pasar Ramadhan..Alhamdulillah..berjaya puasa & pulang ke kampung untuk berhari raya dengan selamat;-)
September - Aku suka gambar raya kami ni..Biasalah kalau musim raya, sana-sini ada open house..Memula di office, rumah, kawan-kawan, blogger & mula-mula ingat tak nak buat open house tapi last-last buat juga..Terima kasih pada yang sudi datang yaaaaa..Bulan ni birthday aku..huhuhu dah menginjak 29 tahun dah aku ya *feeling muda remaja lagi* Alhamdulillah, dapat juga jam idaman hati..terima kasih pada yang memberi;-) Bulan ni juga aku dapat merasa terbang sendirian ke kampung halaman dek kerana tugas..seb baik semalaman je tinggalkan anak-anak..Hehehe
Oktober - Tiada apa yang menarik pon..tahun ni aku suka ke Ikea..jalan-jalan
November - bulan ni genap 6 tahun aku mendirikan rumahtangga..Alhamdulillah, moga kami bahagia hingga ke syurga..Terima kasih pada yang mendoakan kebahagiaan kami;-) Bulan ni juga ambil report card Amirul Haziq..Alhamdulillah nampak banyak perubahan pada Haziq & kami bersetuju untuk masih memilih Genius Aulad lagi tahun ni (2012)..Bulan ni best friend aku Fir berkahwin..semoga Fir & Badry berbahagia selalu;) Alhamdulillah bulan ni aku cuba mengaktifkan diri dalam biz balik setelah hampir setahun berehat..syukur pada rezeki yang mendatang..Pada sesiapa yang berminat untuk berniaga tudung dengan modal serendah RM50, sila kontek aku ya;)
Disember - Bulan ni paling best bila en suami bagi aku tengok movie Ombak Rindu..Hari kedua tayangan lagi aku pergi tengok tau:P Tapi tak syok pasal layan sorang-sorang..Seb baik ada Aaron Aziz yang hensem tu;) Lepas tu aku ke Dusun Eco Resort 2 hari 1 malam meninggalkan en suami & anak-anak..Mula-mula ingat macam tak best tapi rupanya enjoy juga..sesekali berjauhan dengan anak-anak..buat mereka makin rindu dengan kita;) Lepas tu berpeluang menonton movie Alvin & the Chipmunks 3 bersama anak-anak pun seronok juga..
Tak sangka, awal tahun aku banyak berduka..tapi lama-lama makin menarik pula life aku ni..Dulu selalu terfikir kalau dah ada anak 3 ni akan makin kelam tapi rupanya tak..Rasa macam lebih terhibur & banyak masa dihabiskan untuk anak-anak..Tipulah kalau cakap tak letih..mengamuk, meroyan tu adalah biasa..hehehehe
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri..Nanti nak buat entri Azam tahun baru lah pula..wakakakakaka:P
2 ulasan:
selamat thn baru zaila
semoga harapan, impian kita mjadi kenyataan dengan izin Allah...amin YRA
alhamdulillah..ething was just perfect for 2011..especially dpt anak no 3 tu zaila..rezeki tu!!alhamdulillah:) yg pahit2 sket tu anggap jek ujian..happy new year beb:)
Catat Ulasan