Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 22 Disember 2011

Update Anak Kucing

Sorry late update..ni gambar anak-anak kucing aku..Husna yang snap gambar kat bawah ni..Masa ni masih 6 ekor lagi..Now dah tinggal 5 dah sebab sekor dah mati kena lenyek oleh kereta kami sendiri..Tak tahulah salah siapa, yang pasti benda tu berlaku terlalu cepat..Aku tak perasan pon diorang dok main-main bawah kereta..sedar-sedar.. *tak nak cerita*

Seriously kami masih trauma..yerlah, itu baru terpijak anak kucing..huhuhu..lepas kejadian tu memang akan pastikan kami nampak 5 ekor barulah bawa masuk / keluar kereta..huhuhuhu


Kalau nak tahu, yang kuning kecik sebelah hak putih tu yang dah mati..kalau tak silap dia lah yang paling baby, adik beradik kepada yang putih tu..herm..tinggal kenangan jelah;(



Oklah, setakat ni..yang putih & hitam tu dah ada orang chop..tinggal hak kuning 2 ekor (klon ibu dia) & hak putih bertompok tu kami nak bela..Pada sesiapa yang haritu cakap berminat, bolehlah sms aku (012-3228651) untuk datang ambil diorang ni..Herm, so far diorang dah start makan makanan pejal dah..Tapi please ya..pada mereka yang betul-betul berminat & bertanggungjawab aje..kalau nak bela, biarlah penuh kasih sayang & cukup makan yaaaa...Tak baik tau buat naye kat kucing..

oklah..ni tengah pening nak tinggalkan kat sape diorang ni sementara kami balik bercuti..

4 ulasan:

Prettywrite berkata...

alahai tak sampai hati nak pisahkan kucing tu..huhu..kat rumah pun banyak kucing..kadang sedara2 datang rumah berkenan dengan anak salah sekor ke yna tak bagi kalau nak ambik semua sebab tak sampai hati tengok mereka pisah..huhu

DaZzlingLilLy berkata...

isk sedihnya terlenyek..hok putih tompok kuning tu cantik la..

Lady of Leisure berkata...

comel comel semuaa.. belang yg oren tu lawa la hehe

Unknown berkata...

ada lagi x? kat area mane ye?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^